Wednesday 16 April 2014

ENTRI 9 : SIREH JUNJUNG 1


Pengisian : " Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sahaja...tetapi pengasih itu adalah orang yang menyayangi orang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"


Bismillah...

Sekadar berkongsi pengalaman dan pengamatan.
Seseorang yang berkerjayakan minat,adalah seorang yang sangat bertuah dan sudah tentu lebih fokus. Saya sangat meminati bidang photography. Kalaulah saya dapat menjadi seorang photographer yang berjaya!Saya juga suka lukisan.Bayangkan dapat pula menjadi seorang pelukis yang handal. Bila minat-kita akan berpotensi jadi hebat.Pernah dulu saya menjadi jurugambar untuk majlis perkahwinan.Dahulu-gambar-gambar kahwin asalkan ada.Ketika bapa saudara melangsungkan perkahwinan,saya 'offer" diri untuk mengambil gambar.Cuma berbekalkan sebuah kamera cabok murah yang berharga cuma RM 100 ++! Waktu akad nikah saya ke depan. Menyelinap ke setiap pelosok ruang,mencari angle terbaik ,berpeluh jangan cakap! Demi minat,semua saya lalui dengan rasa sungguh seronok.Rombongan pengantin sampai,saya berlari keluar dahulu.Sibuk mengalahkan tuan rumah!..
    Selesai tugasan,saya akan kekedai gambar untuk  mencuci filem-antara jenama filem yang ada masa itu adalah KODAK, KONICA,FUJI dan beberapa jenama yang lain.Mencuci gambar akan mengambil masa 3-4 hari. Selalunya kita akan diberi gambar berserta negatifnya sekali  untuk buat copy(salinan) Saya seperti selalu akan membuat banyak salinan untuk diagihkan kepada yang mahu menyimpan gambar kenangan tersebut. Kosnya semua saya yang tanggung (waktu itu saya sudah bekerja dan ada duit sendiri ).Satu sikap saya, tidakkan sampai hati mengambil duit dari emak-emak saudara,sepupu dan kaum keluarga lain.
.
      " Engkau tinggal di Kampung Bharu?"
  " Ye"
   " Dekat dengan Chow Kit? 
   " Ye dekat.
" Beli kain ela. Murahkan? Beli banyak-banyak.Jual kat kami"
                 
        Alamak. Bab kain dan bisnes- memang tidak minat!

   "Err......ok"
Terpaksa juga galas amanah mereka.Saya mencari kain yang berharga RM32 sahaja.
Dengan beg-beg plastik penuh berisi pelbagai jenis kain-saya menaiki bas mini merah jambu nombor 24,berhenti di tepi Shopping Komplex Kotaraya.Terpaksa menapak lagi sebelum sampai ke stesen bas Puduraya- menunggu pula bas eksress untuk pulang ke kampung halaman.

                Kain bertaburan di ruang tamu rumah nenek .Emak-emak saudara yang tahu kepulangan saya telah mula memilih-milih dengan riangnya.Baju dari Kuala Lumpur kot.Saya tersandar dan  bernekad, tidak mahu lagi membeli kain  Tak kena dengan jiwa.
       " Berapa harga sepasang ini?..." 
  " Tak payah "
   " Mana boleh?..harga penat ...haa! berapa?..
"20 ringgit"
Seronok bukan main,tersenyum-senyum dapat kain baharu.Kan saya dah kata,saya memang kalah dengan mereka ini.

Lupakan hal kain.
Saya hendak buat benda yang saya suka.
      

Saya boleh buat sireh junjung,sebab saya suka bunga. Bunga beri ketenangan.
Tidak ada syarat tertentu,asal kemas,susunan nampak teratur-sudah kira ok .

Ini adalah salah satu cara mudah.

                                  
   Saya ada menanam sireh dibelakang rumah.

                                
Balut separuh gabus basah dengan aluminium foil


 Kalau nak guna bakul, kenalah ikat gabus menggunakan dawai supaya gabus tidak bergerak.


Tapi kali ini jiran bagi dulang beralas..Anak daranya nak disunting orang.Selain dulang dia juga sediakan bunga segar. Tak pandai pilih,katanya. Tak apalah.Saya terima saja.





Bunga kekwa pelbagai warna. Satu pilihan yang biasa kerana harga yang agak murah. Jika beli awal-  masuk kedalam bekas/ baldi berisi air-letak didalam bilik air supaya kekal segar(selalu renjis-renjis dengan air)


Sebenarnya saya sudah alaskan sekeping kertas tebal (saya kerat dari kotak ) dibawah gabus bersalut aluminium foil. Diatas dan bawah kertas tebal itu saya letak double sided tape.


Ambil 2 helai daun sireh,yang di atas mesti lebih kecil berbanding dengan yang di bawah-supaya nampak lapisannya.Anggaran 1 1/2 inci dari tangkai daun,patahkan dan sematkan dengan peniti.(lebih baik pakai peniti yang ada kepala berwarna warni )


Susun menegak pula. Buat dengan kemas.


Cara ini asas sahaja.


Ambil sehelai daun dan bentukkan menjadi kudup.Cantumkan dengan lidi atau dawai menggunakan pelilit bunga yang berwarna hijau.Buat banyak-banyak,supaya mudah bila nak guna.
Selepas tu,mulalah bersilat,berpeluh-peluh-macam-macam masalah timbul..itu..ini..tau-tau dah siap.
Ah lega.
                                   
   
 Susunan mestilah menarik.


Selalunya saya kurang berpuas hati dengan kerja sendiri..Lihat gubahan diatas.Jalinan daun  nampak serabut dan kurang menarik.Gubahan bunga- rasanya dah ok.Kalau ikut tradisi orang dulu-dulu sireh junjung perlu disertakan dengan sedikit kapur sireh,sedikit gambir,sedikit pinang dan beberapa bahan lagi.Sekarang ini, bahan-bahan diatas banyak yang telah dikomersialkan,sebagai contoh- buah pinang dibuat bentuk bunga.Dijual dikedai peralatan membuat hantaran. Dunia semakin moden.                        

Ada beberapa gubahan sireh junjung yang pernah saya buat dulu,simpan gambar sebagai kenangan.

                               
 Salah satu gubahan kegemaran.

                                         
 Pelik atau berseni?
                                                     
   
  Boleh la,yang ni untuk jiran depan rumah.

                                             
   Kadang-kadang macam kekeringan idea...


Gubahan ini nampak kurang bermaya.

Kesimpulannya- sireh junjung nampak saja mudah,tetapi tidak sebenarnya.
Kalau mata saya sendiri belum approve,maka saya akan buat semula. Kadang-kadang sampai 2-3 kali barai..sampai gabus pun macam nak terbarai..begitulah!
       Pilihan bunga juga boleh memeningkan kepala.! Kadang-kadang bunga yang siap dibeli oleh mak pengantin kurang serasi gabungannya. Hendak bagitahu serba salah pula. Kita jalan terus.
Itulah serba sedikit pengalaman saya dalam bidang ini.
Sejujurnya masih terkial-kial mencari rentak.

Semoga dipermudahkan.



Sekian.


Lihat juga : SIREH JUNJUNG (2)
                 : SIREH JUNJUNG (3)
                 : SIREH JUNJUNG (4)
                 : GUBAHAN TUALA BENTUK BUAH

No comments:

Post a Comment