Thursday 29 January 2015

ENTRI 116 : RAJIN VS MALAS

Bismillah.


Dulu saya ada seorang kenalan.
Sangat rapat.
Semua bermula ketika sama-sama menunggu anak diluar gate sekolah.
Makin kenal makin serasi.
Sampai bertukar-tukar lauklah jadinya.
Kami punya banyak persamaan, baik dari segi latar belakang pendidikan mahupun sejarah hidup. 
Itu membuat kami saling memahami.
Kebanyakan rahsianya ada dalam genggaman saya.
Dia suka pula bertandang ke rumah.
Dalam seminggu paling tidak pun sekali.
Rimas?
Oh tidak.
Kedatangannya sentiasa dinanti.
Rumah saya sentiasa terbuka untuk dia.

Tapi bukan keakraban kami yang saya mahu perkatakan.
Ia lebih kepada kesan dari kemunculan dia dalam hidup saya.

Ada SMS masuk. 
Dia hendak datang.
Saya mengemas, mengemop, mengelap sehingga berkilat semua yang ada.
Baru hati lapang.

Saya akan siapkan sedikit juadah. 
Tetapi masa itu saya masih belum berapa pandai baking.
Hanya menu biasa.

Kerana tidak tahan tekanan, dia berpindah ke Johor Bahru bersama suami dan 2 orang anak. 
Sejak itu kami putus hubungan.
Saya memang terasa kehilangan.

Sejak itu rumah saya jarang menerima kunjungan kecuali hari raya.
Semakin suka bermalas-malas.
Semakin bertambah usia, semakin tidak kuasa.

Sebab itulah rasa teruja bila ada tetamu hendak bertandang .
Kemas rumah! opah nak datang!
...jerit saya pada anak-anak...
Semua meloncat dan macam ada jadual kerja pula, semua tahu tugas masing-masing.
Lantai dimop, bilik air dicuci bersih, ruang tamu dikemas laju.
Tidak sampai setengah jam semuanya nampak fantastic.
Bersihnya rumah kita.

Itulah.

Dua hari lepas, saya berada dihadapan rumah. Dari kejauhan nampak seseorang. 
Hati kuat mengatakan dia mahu ke rumah saya. 
Aduh.
Rasanya ada selonggok baju depan tv.
Lantai sudah bersapu ke belum?
Buku sekolah sikecik bertaburan.

 Memang sudah tidak sempat.
Rezeki tetamu itu dapat lihat 'true color'.

Itulah....
Bila syok berselerak, ada pula yang datang.
Tuhan sengaja mahu menguji?


Sekian.




Wednesday 28 January 2015

ENTRI 115 : CAKAP BESAR.

Bismillah...


Bercerita melalui pengalaman.
Kadang-kadang terkena juga diri sendiri.
Bagi orang yang emo macam saya, sakitnya adalah double.
Serious.

Yang membuat saya selalu terkedu adalah 10 tahun selepas itu- saya akan mendengar rentetan cerita dari orang berkenaan. Pasal benda yang dibangga-banggakan itu selalunya memakan diri. 
Mungkin kafarah dari Tuhan. 
Cara Tuhan menegur hambaNya.
Tidak pula kita doa yang buruk-buruk tapi itulah...

Jadi jagalah mulut.
Jangan sampai meluka hati insan lain.
Satu hari Tuhan akan memulangkan semula apa yang kita buat/cakap.

Contoh:
Seorang bapa saudara berbual santai dengan anak buah yang sangat kurus. Sambil memberi nasihat, dia secara berdepan menyindir bentuk tubuh sigadis yang selama ini memang tiada keyakinan diri (lambat pula jodohnya). Sindirnya itu sangat mengguris hati. Setiap yang luka ada parut rupanya.

10 tahun kemudian.
Sibapa saudara tiba bersama keluarga. Anak buah tadi dengan izin Allah telah bertemu jodoh.
Kerana sudah lama tidak bertemu lalu mencari-cari sepupunya iaitu anak kepada bapa saudaranya itu.
Mana Zeera?
Zeera muncul dari belakang.
Sudah besar panjang pun dia.
Sangat kurus. 
Lebih kurus dari sigadis tadi. 
Dia masih belum lagi bertemu jodohnya walau umurnya sudah lewat 20an.


Pengajaran :
Jangan sesekali menyebut kelemahan atau kekurangan orang lain dengan nada sinis sehingga mencetus rasa sedih. Mana ada manusia sempurna kerana yang sempurna hanyalah Allah. Manusia yang berwajah sempurna pun selalu cacat tingkahlakunya.

Teringat juga kisah yang saya baca dari majalah dulu-dulu.
Kisah pertama : Personaliti wanita ini menyertakan 3 hidangan, lengkap dengan gambar dan resepinya. Saya masih ingat lagi tulisannya dalam majalah masakan tersebut:
Ikatlah perut suami.
Beringatlah wahai wanita yang tidak suka memasak, suami mungkin akan cari yang lain.
 Dia yang memang pandai memasak dengan bangga berposing sakan disamping masakannya.

10 tahun kemudian.

Berita penceraian personaliti ini tersebar di akhbar.

Kisah 2 :  Juga keluar suratkhabar. Dia melahirkan anak sulung dengan mudah. Terbersalin dalam kereta!. Beserta gambar wajahnya yang berseri-seri.
 Saya masih ingat katanya- Saya bersalin mudah kerana berkat saya melayan suami dengan baik.
Memang bagus dan patut dicontohi tetapi tidak perlulah berkata begitu.

10 tahun kemudian.

Bercerai juga.
Siap berperang lagi dengan bekas suami.

Itulah kisah manusia.
Kadang-kadang bila kita over exited- itulah yang akan memakan diri.
Bila time bersanding- Saya akan jaga awak till jannah.....awaklah pelengkap kekurangan saya....awak amat memahami saya...pandai ambil hati mak bapak saya.....
Ceh menanah telinga!
Tidak payah canang satu dunia.
Tidak perlu keluar Facebook.

Dan jangan selalu komen anak orang. 
Sebab kita pun ada anak. 

Kadang-kadang, diam itu lebih baik.
Kita kelihatan lebih cerdik bila kita diam.


Sekian.

ENTRI 114 : MUHASABAH.

Bismillah.



"Aku mesti keluar, kalau tidak gila rasanya...
Satu hari hadap kerenah anak, kerenah bapak anak.
Walau kejap aku mesti jumpa.
Hilang stress dapat bersembang dengan kawan-kawan..."
Kata-kata benar dari seorang jiran- ibu kepada 5 anak yang memeningkan kepala.

Itu yang berlonggok bila petang hari.
Satu group kat lorong depan.
Satu lagi klik orang belakang.

******
Saya terkedu.
Tetap mendengar walau siaran ulangan.
Terlalu banyak informasi yang terkena batang hidung sendiri.
Pasal berlonggok dipetang hari.
Insaf sekejap.

Walaupun saya asyik memerap dirumah, rupanya itulah yang terbaik. 
Bukan katak bawah tempurung ya.
Teruk sangat bunyinya tu.
Anak kecil saya sudah mula bersekolah agama. Menjelang 6 petang saya sudah bersiap-siap. Saya pastikan pakaian lengkap...
Membawa maksud, betul-betul menutup aurat.
  Dulu saya pernah alpa.
Syukur diberi hidayah.

Satu hari kedengaran jiran depan rumah bersembang, terkekek ketawa, macam memanggil-manggil. nama saya pula.
Best juga sesekali join the club.
Salah seorang dari mereka terus melambai.
Sudah lama betul kita tidak bersembang, katanya

6.28 pm kelibat van kuning muncul dari kejauhan. 
Cepat-cepat saya minta diri.
Saya mahu pastikan sekecil turun dari van dengan selamat.

Waktu bersendirian, fikiran mula melayang.
Banyak betul mulut kau bercakap tadi ya.
Bukan main lagi, cerita pasal sipolan itu, sipolan ini.
Rasa hendak tampar-tampar mulut ini. 

Bila sudah berlonggok begitu, takkan cerita pasal cicak pula. 
Kita akan ada tendency untuk mengata orang walaupun yang diceritakan itu benar.

Kena jumpa makcik N***  ke sebab termengumpat dia tadi?
Astaghfirullah.

Itulah realiti hidup.
Dalam minggu ini, itulah sekali saya join group berlonggok.
Dari situlah agaknya saya dapat dosa paling banyak sepanjang minggu ni.



Sekian.
Ambil ikhtibar.

Monday 26 January 2015

ENTRI 113 : ULAM.

Bismillah.


Umum tahu tentang khasiat ulam-ulaman.
Tapi berapa ramai yang jadikan ia sebagai hidangan wajib. 
Ulam memang tidak sesedap buah-buahan walau sangat bagus kerana kaya nutrisi dan berserat tinggi. Orang yang suka dan sering berfikir tentang khasiat, tiada masalah.
Yang menjadi masalah adalah tekak yang cerewet.
Hendak  makan yang sedap sahaja.
Pahitlah.
Tidak ada rasa lah.
Macam-macam.
Siapa suruh fikir- rasa
Mesti fikir khasiat.

Jadi kita usaha masak ulam dengan cara yang mereka boleh terima.


Senang saja. Ulam goreng bercili. Walaupun sebenarnya lagi bagus dimakan mentah tapi tidak salah kita ubah rasa bagi beri acceptable flavour.
Ingredients- sedikit ikan bilis sebagai rencah, cili hidup, bawang putih serta sayur penyeri yang berwarna kontra, carrot


Selain kacang botol, peria, begemi dan bendi juga sesuai dimasak begini. 
Setelah dicuci bersih, potong menyerong.


   Dapat satu pinggan penuh.


Rencah ditumbuk kasar


 Proses seterusnya- tumis dalam sedikit minyak hingga garing. Tambah gula dan garam secukup rasa dan masukkan ulam tadi. Balik-balikkan dan siap. Sangat mudah.


Barulah nampak tasty. Kalau dimasak begini barulah laju depa makan.
Si kecik saya pun suka. Ini hidangan lengkap. Ada protien dari ikan bilis, dan nutrisi dari sayuran. Untuk saya, makan nasi berlauk begini saja pun sudah cukup. Tidak payah lauk lain.
Sebab saya tidak cerewet.


Sekian.

Saturday 24 January 2015

ENTRI 112 : MASALAH KESIHATAN.

Bismillah.

Alhamdulillah.
Usia meningkat setahun lagi.



Tidak sedar sudah besar rupanya sikecil saya. Riang dan cergas menanti si ayah yang sedang bersiap. Sudah lengkap berpakaian sekolah, tetapi masih melekat berpaut dibadan saya.
" Air sudah melimpah"  suara suami cemas dari dapur.
Air apa?
Saya menepuk dahi.
" Ya Allah.....ibu lupa "

Biasanya setiap pagi sebelum solat Subuh saya akan pasang paip air mesin basuh dan putarkan ia sebaik selepas itu.  Tapi mengapa hari ini saya tidak ingat... 
Paip terpasang hampir 45 minit. Air sudah melimpahi lantai dapur berhampiran pintu!
Allahuakbar!

*****

" Budak-budak ini kata, hari ini ada perarakan Maulidur Rasul"
Suami yang baru pulang dari menghantar anak ke sekolah.kelihatan menggelabah. Terlupa pesanan SMS yang dihantar pihak sekolah semalam supaya membawa cawan plastik sendiri sempena majlis itu....
Enjin motorsikal segera dihidupkan.
Saya menggeleng perlahan, memerhati kelibatnya hilang bersama deruan motor...

Kita semakin tua.
Itulah realitinya.

Berlaku beberapa incident kelupaan tahap kritikal maka kini suami akan double check dapur dan setiap suis jika kami keluar.
Periuk vision saya hitam legam gara-gara memanaskan kuah masak lemak dengan api paling perlahan kemudian pula boleh ke Tesco menghabis duit. 
Subhanallah,Tuhan gerakkan hati untuk pulang awal. 
Memang tidak sangka langsung perkara sebegitu akan berlaku..

Unbelievable you know....
 
Satu.

Yang kedua, 
Rabun.
Dekat? jauh?
Dekat.
Baca paper pun sudah kena adjust.
Jarak around 60 sm baru tulisan nampak clear.
Pengalaman yang langsung tidak best.

Bila umur meningkat, kita akan mula mengalami gangguan dan kemerosotan kesihatan.
Siapalah kita untuk menidakkan semua itu.
Yang mampu kita buat adalah banyak berdoa serta berusaha meminima implikasi.

Apa pula usaha saya?
Sebenarnya sedang gigih mengkaji, mencari informasi.
Saya guna cara yang paling basic dan selamat.
Hendak berjaya, kenalah daki tangga dahulu.

Mula-mula, untuk masalah kerabunan yang belum berapa serius.
Saya guna daun sireh belakang rumah. 2 helai pun sudah cukup. Ramas dalam air bersih dan cuci mata dan muka. Jangan guna banyak helai - jika warna air bertukar sedikit hijau bermakna air itu akan memedihkan mata. Daun tidak perlu banyak.
Harap-harap ia akan membantu.
Saya wajibkan diri untuk tekun.
Jangan hangat-hangat najis ayam sudah.

Perlukah saya makan sesuatu seperti supplement untuk merawat masalah kelupaan?
Saya ambil pendekatan spiritual.
Baca Al Quran.
Dapat merawat pelbagai masalah.-termasuk ingatan dan tajamkan penglihatan.
Saya wajib yakin.
Selebihnya saya tawakal.


Saya rasa perlu buat azam baru.

Wajib control cara ambilan makanan. Hendak serius lebih-lebih lagi dalam pengambilan sumber protien. Kalau ayam, ayam sajalah. Tidak perlu campur protien laut seperti sotong atau udang.
Orang kita suka campur protien dalam makanan seperti tomyam, atau sebagai rencah. Sebenarnya kedua protien ini mengandungi cas ion yang berbeza, bila dicampur akan berlaku tindakbalas biokimia yang tidak bagus untuk perut.
Patutlah orang kita banyak penyakit.
Kita wajib tanamkan dihati- jika Rasulullah kata tidak bagus, mesti ada sebab.
Saya sangat yakin.
Mulakan dengan diri sendiri dulu.


Saya juga mula menjamah sedikit garam sebelum makan. Sangat rasional kerana kandungan klorida dalam bahan itu rupanya sama dengan klorida yang dirembeskan oleh perut untuk proses pencernaan makanan.
Logiknya dengan sedikit garam itu akan menghasil asid secukupnya bagi melancarkan sistem percernaan dalam perut.  
Gitu.

Saya juga sudah tidak mahu makan hati ayam (organ dalaman binatang). Hati itu organ dimana semua toksin dikumpul dan dineutralkan maka kepekatan toksid tentulah sangat tinggi. Carilah sumber lain jika kita mahu tambah darah.

Saya akan cari susu full cream, bukan low fat. Susu itu sendiri kaya khasiat. Dalam proses mengasingkan lemak (low fat milk), ia akan membuang sekali zat-zat bagus yang ada didalamnya. Minum susu full cream tidakkan sama sekali menggemukkan ok?

Ya.
Itulah  yang mesti dibuat demi merealisasi impian mahu jadi umat Nabi yang lebih baik. 
Semoga dipermudahkan. 
Ameen...


Sekian.




Thursday 22 January 2015

ENTRI 111 : PICASA

Bismillah.


Sudah masuk pun tahun 2015.

Azam baru?
Rasanya tidak perlulah saya tukar. 
Saya hanya mahu menjadi seorang umat Nabi yang lebih baik dari yang semalam.
Itulah azam yang akan saya pegang for the rest of my life.
Azam yang semudah itupun kadang-kadang tersangkut.

Insaflah.


Well....
Permulaan tahun saya mula dengan kegilaan baru.
Edit gambar + buat collage- guna aplikasi PICASA.

Memang best sebab sangat seiring dengan minat.
...sebab dapat guna sepenuh kretiviti .
Macam beruk dapat bunga.
Serius, sama.

Tapi tidaklah hebat mana.


Sudah ada blog sendirilah katakan, mesti hendak design layout sendiri.


Suka betul buat collage. 
Sangat bangga dengan hasil masakan walaupun banyak yang indah rupa dari rasa.
 Best dan sangat banyak membuang masa.


Collage dapat himpunkan banyak gambar dalam satu masa. Susunan mesti menarik supaya dapat hasilkan visual yang bagus. Ini antara hasil masakan tahun lalu. Tahun ini, belum lagi.


   Konsep : belasah ikut suka berdasarkan naluri keibuan.                   


 Ala-ala business card. Saja design untuk anak. 
Apa pun memang enjoylah hobi baru ini.

Sudah tidak gila mencuba resepi  baru?
Tak patut.
Ibu-ibu kena tunjuk rajin dan minat bab-bab masak.
Memasak sebetulnya membuat saya gila.
Ke saya patut gila memasak semula.
Eh. 
Konfius kejap.

Lagi best hadap PICASA.
Ya.
Tapi MESTI  pilih masa yang betul.
Oleh kerana ia sangat melekakan- selesaikan dahulu urusan dengan Tuhan.
..diikuti dengan urusan rumahtangga.
...then..apalagi....
ME TIME!


Sekian.