Monday 25 January 2016

ENTRI 170: EAGERNESS.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Hai tidak tahulah.
Walaupun sudah 4 series tapi kadangkala cara fikir macam budak 4 tahun.
Kenapa?
Kenapa pasir ini ada 2 jenis? 
Apa beza?
Hendak tanya sapa?


 Kenapa?


Kenapa beam kiri lebih tebal compare dengan beam depan?
Ada apa disitu?
 Curious sangat hendak tahu..


Suatu hari, tukang tinggalkan benda alah ini betul-betul depan muka pintu hingga kami semua perlu kempiskan diri untuk lepasi. 
Walaupun begitu, ia mencetus idea.....


 Bukankah boleh panjat?


Ok ni.

Ibu naik ni....ibu takut ni..ui papan ni goyang-goyanglah pula....
Ok ok

Berdiri tegak-tegak.
Stabilkan diri.

Wah!


 Lainnya view dari mata burung.
Selalu tengok dari dalam tempurung + celah tingkap.


Patutlah cerita korea gambar bergegar.
Sudah temui jawapan.

Eh hendak cari apa tadi?


Rupanya ada gutter/ talang konkrit. 
Patutlah nampak dari bawah beam tebal saiznya.


Talang-laluan air hujan.
Tengok hujung sana pula.


Macam longkang main boling, nampak hujung tu ada lubang.
 Lubang itu ada salur pvc putih yang sudah dimasuk terus dalam tiang roman pillar.


Ini yang pekerja-pekerja dok hadap bukan main lama.
Kena simen kasi licin.
Ok kita tengok pemandangan pulak.


Macam bangunan industrial pula kan?


Macam bina pejabat yang moden lagi canggih.


Tengok sikit detailing join ini.


Begini saja tembusnya, tidak ada pengetat pun dibelakang skru?
 Kalau bumbung tercabut diterbang angin, see you in court!
Gambar ini sebagai bukti.


Jubin bumbung sedia ada akan dicabut sedikit nanti untuk binaan bumbung hadapan.


Oi makcik hendak pergi mana tu!


Amazing experiance.
Ok ibu hendak turun ni.
Tolong pegang besi tu ya.


Sekian.

Saturday 23 January 2016

ENTRI 169: THIRD WEEK- HOME RENOVATION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Perkembangan kerja-kerja penambahan rumah pada minggu ketiga agak slow sebab lebih memerlukan masa untuk proses pengeringan juga membaik pulih konkrit yang tidak sempurna.
Hari pertama :

HARI KELIMA BELAS. 
( 18jan-isnin )


Sambung naikkan papan-papan penyokong untuk membentuk beam (alang) bumbung.
Paku sana paku sini, ketuk sana ketuk sini, biasalah kan...


Drill sana...drill sini....
Dalam pada depa drill itu, habis bocor dinding dalam rumah pada penjuru paling kiri diruang tamu. Kebocoran agak besar juga pada penjuru paling kanan master bedroom.
What happen
Tengok anak panah putih dalam gambar, mereka drill area sebelah dalam kayu lapis hingga tembus dalam bilik. Bila seorang pekerja basahkan kayu guna salur getah sebelum tuang konkrit, air mengalir turun kelantai..oh tidak.

HARI KEENAM & TUJUH BELAS.
( 19 & 20 jan-selasa/ rabu )


Tiada perubahan ketara. Mereka buat persediaan, papan dan pancang kayu berselirat disana-sini. Memang mengambil masa.


Menjelang tengahari barulah bancuh konkrit dan tuang kedalam acuan kayu yang sudah disiapkan.
Yang seorang bancuh simen, yang seorang isi dalam baldi, yang seorang tukang sambut baldi dan last but not least penuang batter kedalam acuan.
Depa ikut konsep wonderpet.


Bila hampir petang, semua pekerja udah pulang, datang pula lori bawa besi-besi biru ini.
Sudah hendak naik bumbung?.
..ee....excited!

 HARI KELAPAN BELAS. 
( 21 jan-khamis )


 Ada part yang sudah kering telah ditanggalkan kayunya.


Pada sebelah petang, bila saya kembali kerumah around jam 5.30 petang dari meeting keibu bapaan disekolah, terkejut tengok truss atau kerangka bumbung sudah siap dipasang..
Wah birunya. 
Dari jauh sudah nampak.
Kata bos, pakai besi tahan. Tidak ada masalah anai-nai atau kereputan.


HARI KESEMBILAN BELAS.
( 22jan-jumaat)


Pagi-pagi lori hantar barang sudah sampai bawa balance besi biru dan pasir, mereka baiki kembali mana-mana bahagian yang tidak sempurna, simen balik kasi elok.

Saya instead of ambil gambar orang bertukang, interested juga pada tools yang digunakan.
Sangat unik.




HARI KEDUA PULUH.
( 23jan-sabtu )


Apa yang saya perhatikan, seharian mereka lepa simen, baik yang dibawah mahupun pada beam bumbung diatas, kemaskan mana yang patut. Mungkin untuk elak terjadinya masalah dikemudian hari jika yang lopong tidak dibaiki segera.
Bagus.

HARI KEDUA PULUH SATU.
(24jan-ahad)

Hari untuk berlibur.

Sekian.
Rabu, pembayaran kedua.

Monday 18 January 2016

ENTRI 168 : SECOND WEEK- HOME RENOVATION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Hari ini masuk minggu ketiga.
Laporan hari ini berkenaan progress kerja-kerja pembinaan sepanjang minggu lalu.

Pening sudah sebab too much gambar.
....ini gambar bila?..yang ini pulak hari apa ek...
Gitu.
Mencabar minda betul.
 Kerja cari sendiri, silalah sudahkan ya.

MINGGU KEDUA :

HARI KE LAPAN.
( 11jan-isnin )


Pagi Isnin yang indah tercemar dengan pencemaran bunyi.
Rumah siapalah yang memekak tu.....
Maaf ya jiran tetangga!
Kerja-kerja pemecahan simen sedia ada masih berjalan dengan giatnya, berteman terik sang mentari yang luar biasa bahangnya.
Waduh sesudah dipecah harus dikemaskan pula.


Sedikit bahagian beam pada bahagian porch sudah dipecah- itu adalah sempadan, bermaksud beam yang kearah rumah akan dikekalkan, the rest akan dirobohkan. Tapak untuk tiang baru sudah sedia, manakala sedikit bahagian pada dasar tiang sedia ada dikekalkan seketika sebelum kerja meroboh bersambung esok hari.

HARI KESEMBILAN.
(12jan-selasa)

Today...one man show...


Dia seorang buat kerja ini.
 Tengok pun penat.
Bergegar satu rumah.


Setelah beam dan tiang siap diroboh, pada sebelah petang masih dengan kerja pemecahan bongkah simen yang masih bersisa.

HARI KESEPULUH.
(13jan-rabu)


 Ratakan permukaan tanah untuk proses menyimen. Tompok-tompok simen diletak pada jarak yang sekata. Lori pasir datang bawa kampit simen dan dawai-dawai. Sebelum simen dituang kenalah bentangkan dawai supaya lantai akan jadi lebih kukuh.


Simen punya simen, saluran paipnya kebocoran!
 Mengamuk sekejap bos.
...pelik kerja macam ni pun tidak boleh jaga bebelnya....
Itu kerja orang semalam, orang yang kobak tanah, salahkan orang lain.
Gasak.
Bos kata tinggalkan dulu. Nanti dibereskan kemudian.
Bahagian dinding baru sudah dinaikkan papan dan dituang konkrit bagi membentuk beam.

HARI KESEBELAS.
(14jan-khamis )


Beam semalam tu sudah kering lalu ditanggalkan papan penyokong. Susun pula batu bata diatasnya. Seterusnya mendrill dinding jiran untuk proses buat beam bumbung pula. Sori jiranku, rumah kamu pasti berdebu...
Petang itu dengan tidak disangka-sangka....
Oh tidak.
Menjengah ditingkap, lori apakah itu...
Dari kejauhan macam ada benda quiet besar,  ada salur longkang konkrit, punyalah besar!
Mr sadokah itu?
Genyeh mata.
Betul ke saiznya tu?


Tidak sempat rakam, sudah diturunkan atas jalan. Papan-papan itu pula cover pandangan.
Anyway makin lama kurenung, rasanya that size should be ok.
Ada rasa grand disitu.
Yes....that grand feeling...
Golongan marhain mungkin akan berbisik-bisik sesama sendiri, ee..besau nau tiang tu ...
Kita intai macamana depa pasang tiang -roman pillar ni...


Tapak yang kuat sudah disiapkan bersama salur air hujan, jadi tiang yang agak berat dan lopong didalam akan ditegakkan keatas tapak itu. Kemudian dimasuk besi tetulang yang sudah diikat dan dimasukkan pula salur air hujan yang panjangnya bersesuaian. Kemudian bancuhan simen akan dicurah kedalam tiang tersebut. Sebelum kepala tiang dicantum, sambungan salur hujan akan dilekat pada salur sedia ada dalam tiang menggunakan gam khas, baru disambung salur hujan yang lain. Kemudian diletak kepala tiang dan seterusnya dituang bancuhan konkrit...


Dirikan tiang pun bukannya mudah, kena make sure ia betul-betul lurus dan tegak. Mereka gunakan kayu yang bergantung satu besi berbentuk kon terbalik dan mengukur jarak dari tiang ke tali mestilah sama dari atas ke bawah, berposak juga tengok depa hendak ukur, ambil masa dan tuntut kesabaran.

HARI KEDUA BELAS.
( 15jan-jumaat )

Half day.
Sempena menghormati kematian dikawasan kejiranan.

.... around 4 petang pekerja mula datang, siapkan apa yang patut.


Pasang tiang-tiang support untuk letak papan pembentuk beam.

HARI KETIGA BELAS.
( 16jan-sabtu )


Kerja banyak melibatkan sokongan untuk buat beam bumbung.
Nampak macam agak tinggi bahagian siling tapi actually ok sebab sangat proportion dengan saiz tiang.
Hai tidak sabar hendak tunggu minggu akan datang.

Hari kelima tukang minta duit pendahuluan, maka tiap-tiap malam tuan rumah pergi mesin cucuk duit, sebab sehari dibenarkan certain amount saja.
Kok gitu.


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.


Monday 11 January 2016

ENTRI 167 : FIRST WEEK- HOME RENOVATION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....


Ok my sweet home sedang under renovation, suasana amat berdebu sekali ya.
Walau kerja-kerja cuma melibatkan ruang porch didepan rumah, bila melibatkan drill habuk-habuk halus still boleh masuk.
Make sure semua tertutup rapi.

Memang exited..
Sedikit gementar, takut juga pilihan hati tidak menghasil apa yang diimpi.
 Ikut instict ini bahaya juga.
..hopefully semua will goes well, insyaallah.

Saya akan berkongsi sedikit sebanyak progress ditapak pembinaan since hari pertama towards the end.
Sebab bugjet tidak besar, tidak bolehlah berangan bulan dan bintang.
Kata Malay people, ukur baju dibadan sendiri.
Gitu.

Perbincangan dengan tukang berjalan pertengahan Disember tahun lalu. 
Beberapa idea dan sedikit lakaran telah dipersetujui.
Pada hari pertama sekolah dibuka, rumah saya juga memulakan proses pengubahsuaian.

HARI PERTAMA- ISNIN.
( 4 januari 2016 )

Oleh kerana keadaan rumah agak berslope dan bagi memudahkan kerja membuat sliding gate untuk dua buah kereta boleh masuk ke kawasan porch maka level tanah perlu direndahkan sedikit dalam anggaran sekaki.


Ruang bertanah cuma melibatkan kawasan bersaiz 3x6 meter, terletak berhadapan master bedroom.
Hari pertama seawal jam 8 pagi 2 orang pekerja warga asing memulakan kerja mencangkul dan membuang tanah.
Oh sayangnya tanahku.


Tanah perlu dibuang sehingga kedalaman mencapai 1 kaki. Jika tidak, akan wujud slope yang agak tinggi didepan rumah. Tidak cantik dilihat mata.


Tanah yang dikobak akan diangkut dengan kereta tolak  kekawasan tepi padang permainan dimana sebuah container khas disediakan disitu .


Container ini milik China yang akan membeli sisa-sisa tanah dan konkrit yang telah dipecahkan.



2  pekerja begitu tekun dalam cuaca panas menggila. Air yang disediakan tuan rumah pun tidak mencukupi agaknya pasal mereka masih bawa bekal air sendiri.


Sudah ok ni....


Menjelang 6 petang, ruang ini selesai dikerjakan. Mesti penat depa ulang alik tolak kereta sorong ke tepi padang  kan, apo nak buek, udah skop kerjanya begitu.

HARI KEDUA- SELASA.
( 5 januari 2016.)


Telinga mula berdesing bingit dek bunyi drill. Mereka mula memecah lantai simen depan rumah.


Bahagian yang berbumbung ditinggalkan dahulu. 2 lubang dibuat dihujung penjuru kiri dan kanan- itu adalah lokasi baru -2 tiang akan diletak menampung bumbung. Tiang tunggal yang sedia ada akan dirobohkan. Inilah sebab utama menyebabkan kos renovation naik mendadak. Mahukan ruang yang lapang, terpaksalah dibuat begitu.


Lantai simen antara pintu sliding dengan tiang sedia ada dipecah sedikit dan ditanda 5 kaki dari jarak pintu  yang mana itu adalah lokasi dinding baru akan dibina. Saya tidak mahu anjak banyak kerana mahukan kawasan yang lebih lapang diruang porch.

Tukang bagi untuk buat pilihan.
Pilihlah yang mana.
Mula buat sketch dulu saya ingat mahu buat tiang empat segi, dibawahnya ada pattern
Tiba-tiba teringin tiang bulat.
Roman Pillar namanya.


Banyak pilihan, rambang mata.
Gate pillar....pun ada banyak pilihan.


Belakang-belakang itu ada gambar yang saya suka.


Ini dia ukiran, kerawang pujaan hatiku...
Hopefully hargamu tidak mahal sangat. 
Pilihan untuk deco tingkap dan pintu pun ada.




Rasa-rasa saya sudah jatuh hati dengan sidia yang ke 3 itu.
....macho and sado.

HARI KETIGA - RABU. 
( 6 januari 2016 )


 Mula bertugas dipagi hari.


Kedudukan dinding baru telah dibuat lubang dan dikuatkan dengan besi sebelum dinaikkan dinding.


Besi yang tersandar pada dinding itu akan dimuatkan dalam lubang supaya konkrit yang akan dituang menjadi lebih kukuh. 10 kampit simen sudah pun sampai.


Gini rupanya lubang yang diletak besi.


Perhatikan lubang dipenjuru kiri, ada besi yang mengepit salur putih iaitu untuk laluan air hujan telah diletak secara menegak, kemudian pasir bersama batu dan simen akan dibancuh.


Seterusnya pekerja menuang bancuhan konkrit kedalam kedua-dua lubang dipenjuru dan satu lagi lubang didepan pintu.


Sudah siap.
Cuaca sangat panas, jadi ia akan mengering dengan sempurna.

HARI KEEMPAT- KHAMIS.
( 7 januari 2016 )


Sudah sampai papan-papan yang akan bentuk konkrit juga besi yang panjang berjela.


Longkang depan sudah selesai disimen untuk laluan kereta. Sebelum ini cuma ada satu laluan, sebab satu gate. Kami mahukan gate gelongsor yang dapat memberi laluan pada 2 buah kereta.


 Pekerja tekun buat besi ini, dari bentuk lurus dibentuk empat segi.


Guna benda ni. Saya sekodeng ikut tingkap, nampaklah mereka letak besi lurus dan ada caranya untuk jadikannya bersegi...


Yang sorang tengah gentel besi, yang sorang lagi ikat besi empat segi yang sudah siap pada batang besi yang panjang.Yang seorang lagi mandorlah kot, kerjanya tukang beli nasi bungkus.


Besi yang sudah siap diikat.


 Jarak 5 kaki dari existing pintu pun dinaikkan tulang besi untuk naikkan dinding baru nanti.


Tetulang besi diletak juga pada lokasi dimana my roman pillar akan didirikan. Yang putih adalah salur air hujan.

HARI KELIMA-JUMAAT. 
( 8 januari 2016 )


Bahagian yang lopong bersebelahan rumah jiran sudah diletak tabir, untuk elak habuk terbang kesebelah. Pada pintu sliding kami pun dipasang kain kanvas. Tidak dapatlah saya skodeng. Intai ikut celah tingkap sajalah nampaknya.
Pekerja bertambah seorang lagi sebab kerja hari ini nampaknya lebih susah dan mencabar.


Hari ini mereka panjat bumbung, cabut tiles/ tulang belulang bumbung. Sebab tiang tunggal yang support bumbung sedia ada bakal dibuang jadi kenalah buat bumbung yang baru.


Kerja-kerja drill lantai simen masih dijalankan, bergegar satu rumah.


  Bahagian atas bumbung yang berkongsi dengan bumbung jiran ditampal batu bata.


Bahagian lantai yang diextend disempurnakan. Lantai simen yang depan tu masih dalam proses pemecahan.

HARI KEENAM- SABTU.
( 9 januari 2016 )


Masih lagi dengan kerja-kerja memecah konkrit yang tebal dan susah handle, sangat mengambil masa, lhorr sabar ya wak.


Dinding lopong sudah disusun batu bata dan dilepa simen.


Tapak tiang Roman, sudah ada base.


Ui payah betul hendak pecah konkrit tebal.

Encik Tukang, bila kau hendak pecah dinding dan pintu sliding?
Oh lambat lagi kak, bila udah siap bumbung depan itu nanti.
O bagus.

Dengan bossnya saya berani sikit bukak mulut sebab dia menantu jiran selang dua rumah.


HARI KETUJUH- AHAD
( 10 januari 2016 )

Cuti.


Itu yang berlaku dalam minggu pertama.

Kan best ada pekerja Indon wanita, pasti sedikit berbeda. 
Dapat juga ngomong-ngomong cungkil rahasia bikinin bangunan.
Ahaha suka hati saja kan.


Sekian.