Thursday 7 January 2016

ENTRI 166 : HOUSE EXTENSION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Kebanyakan yang sudah punya keluarga dan kediaman sendiri normally mengimpikan rumah yang lebih selesa, yang lebih besar.
Those yang mampu tidak ada masalah.
Yang semput sedut nafas pun tidak lepas memang merangkaklah jawabnya.

Saya tidak gemar yang gah-gah. 
Rumah impian saya- yang ikut selera + citarasa sendiri. 
Yang penting-praktikal.
Kereta diletak ditempat sepatutnya.
Ada ruang untuk mesin basuh.
Ampaian dibelakang rumah ada peneduh transparent.
Rumah tidak perlu besar tapi mesti kemas.
Ada tempat untuk menanam.
Rumah besar, penat hendak berkemas.
Tapi itu pendapat saya, not my father.
Katanya rumah saya tidak cukup kerusi.
Ruang tamu kecil.
Well abah. Ini rumah saya. Tekak saya.

Itulah orang tua. Mahukan yang sempurna saja untuk anak.

Saya ada juga berangan mahu extend sedikit ruang yang ada, mungkin akan tercapai 10 tahun lagi. 
Tidak mengapa. 
Saya tidak kisah menunggu .
Tapi itu fikir saya, not my father.

Pergi besarkan ruang tamu rumah kau, anak sudah besar-besar.
Living hall saya ok saja, tapi itulah...
Sebab dia sudah godak, semua kena bergerak!

******

Sebenarnya saya suka tengok progress kerja-kerja extention rumah.
Alangkah bagusnya kalau pekerja yang ada itu semua perempuan.
Sudah tentu saya bertenggek dari pagi kepetang mengadap, menyoal dengan kamera tidak henti-henti merakam.

Rumah siapa pula ini?
Oh rahsia.
Yang pasti bukan rumah saya.


Naik rumah batu bagi gantikan rumah ibu yang hujung alang penampung bumbung sudah berlubang ditebuk anai-anai. Itu alasan yang cantik untuk mendapatkan sebuah rumah baru.


Bahagian yang menempatkan dapur tidak terlibat. 
Yang dibina baru adalah ruang tamu utama, dua buah bilik tidur dengan sebuah bilik air.


Sebab semasa dibina melewati hujung tahun lalu, proses pembinaan selalu sahaja tergendala kerana hujan lebat, sabar ya tuan rumah yang asyik hendak cepat siap.....


Sebelum....selepas...


Peringkat demi peringkat.


Kemasan tiang yang dibuat kemas.


Sayonara rumah kayu yang sudah mula mereput, jangan kata tuan rumah tidak rindu.
Kayu-kayu yang dibuka dibeli orang dengan harga 2 ribu.

Rumah saya bila pula?


Sekian.
GST menggandakan segala.

No comments:

Post a Comment