Wednesday 24 February 2016

ENTRI 173 : FINAL WEEK- HOME RENOVATION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


After Chinese New Year kerja-kerja disambung kembali, kebetulan pada masa itu, saya dan anak-anak balik kampung selama 2 hari. 
Dikampung punyalah gelabah. 
Ee macamana la rupa rumah kita.
Tidak sabarnya..
Selagi tidak tengok depan mata, selagi itu hati tidak tenteram.

Malam kami tiba dari kampung, meloncat keluar dari kereta.

Waaa...not bad. 
Lega.

Rabu-10 februari 2016.


Kerja-kerja pemasangan jubin pada kawasan garaj sedang giat berjalan. Pattern saya sudah lakarkan. Kata saya, border tile hitam sekeping saja, dia buat sampai 3 keping.
Itu yang nampak hitam saja.....
Sabar.
Tidak mengapa, setiap yang berlaku pasti bersebab.
Tuhan yang gerakkan hati dia.
Kita berlapang dada.

Tools....!


Macam-macam peralatan tukang yang saya cuba + curi snap. Mesti orang Indon itu kata saya crazy. 
 Sudah hampir sepurnama saya tengok muka mereka, kuranglah sikit rasa curiga.

,

Hari terakhir 17 februari 2016 rabu, bilamana area kat hujung sebelah kanan garaj dikemaskan. 
Selepas paip diganti, disimen dan dipasang tile maka dengan itu rasmilah kerja-kerja tukang telah pun berakhir.
Tukang boleh tarik nafas lega.
Poket tuan rumah mula bergoyang.

Dalam masa seminggu ini, 3 orang tukang besi  datang ukur gate
2 yang pertama direject sebab kos ribu-ribuan. 
Hendak berjimat cermat.


Survey-punya survey akhirnya pilih yang boleh kurangkan beberapa ratus. 
Dua gate pula tu. 
Saya mahu sliding gate sebab pada saya ia lebih kemas tapi tukang rumah dan tukang besi suggest bentuk M- maksudnya folding gate
Terpaksa mengalah sebab pilihan saya ada masalah teknikal.
Pilih pattern pun simple-simple.


Mahu cat warna apa? tanya tukang.
Tukang beli tin sederhana Vinyl Glo.
Warna hijau olive.
Tiang? warna apa kak?
Putih.
Putih?  letak cat warnalah lawa kak.
Putih.

Saya suka buat perbandingan, sebelum vs selepas.
Contohnya :








Seronok tengok perubahan.
Rekaan yang kita buat dan pilih ibarat karya.
Menjadi atau sebaliknya.


Syukur semua sudah selamat.

Rumah akak  macam rumah datuk-datuk!
Mana ada.
 


Sekian.


 

ENTRI 172 : FIFTH WEEK- HOME RENOVATION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....


Sejujurnya saya bukan jenis semua mahu cepat.
Semangat tu mestilah sudah berkobar-kobar.
  Hal buat rumah, tidak mengapa, buatlah perlahan-lahan.
It's ok .


Minggu kelima.

Isnin-1 februari 2016.


Kerja-kerja pemasangan ceiling board sedang dijalankan. Tukang pakai kepala saja tahankan siling sementara tangan menekan skru/ paku.
Kalau kepala saya, sudah lama pecah,
Mak ai, keliling siap ada border.
Saya sudah pesan, buat yang simple-simple, buat siling macam dalam rumah.
Dia ingkar cakap saya.
Dia buat ikut suka dia.

Saya pula, pandang saja.
Hentam sajalah Labu.


Selasa- 2 februari 2016.


Orang wiring sudah datang, buat wiring untuk kawasan luar.
Tukang pasang juga siling kapur.
Sudah ada bulatan ornament cantik disiling, di kawasan letak kipas.
Yalah. Saya terima sajalah.
Sebab dia buat pon kemas.
Why not?

Rabu- 3 februari 2016.


Dinding ditakek untuk persediaan memasang jubin.
Ini lagi satu kerisauan.
Takut lah. Tidak dapat imagine bila sudah dipasang banyak, cantik ke comot, semak ke serabut.
Gamble.

Bang ada masa, kita pergi tengok pintu, tukang mencuit suami.

Kami mengekorinya kebanyak tempat.
Pilih memilih secara tiba-tiba.
Bagi lah katalog. Boleh akak belek pagi petang siang malam, gerutu saya dalam hati.
Kita ikut sajalah rentak dia.


Masa meeting hujung November tahun lalu, saya ada sebut mahu buat pintu pada dinding tepi.
 Dalam anganku, pintu kayuBincang punya bincang, macam ada problem swing.
Maksudnya hayunan pintu kedalam, akan ganggu perletakan perabot nanti.

Akak nak pintu hayun keluar?..tak ada, katanya.
 Tapi boleh kalau akak pakai pintu keselamatan, sekali dengan grill.
Senyap.
Pintu keselamatan macam rumah jiran depan tu?
Macam besi penjara.

*****
Dua pilihan saja?
Patut dia bagi kita katalog.
Berkenan yang ada besi kerawang-kerawang tu, rungut saya.

Selepas kekedai safety door, kami gerak ke kedai jubin.
Yang ini, suka.
Berkenan sungguh satu pattern yang kami sudah survey sebelum ni, namun malang tidak berbau.
Habis stok pula!


Cinta pertama.
Tidak kesampaian.

Carilah yang lain.

Pergi juga beli lampu dan kipas.
Tukang suruh. 
Sudah boleh pasang katanya.
Pak & mak turut ni ikutkan ajja.

Khamis- 4 februari 2016.


Hari ni kelecah ruang tamu macam ada serangan bom. Debu halus berterbangan sesuka hati sampai keruang dapur.
Pintu grill dibuka dan dinding yang ada pintu sliding mula dipecahkan.

Jumaat / Sabtu- 5 & 6 februari 2016. 


Kerja banyak melibatkan ruang tamu yang diextend. Pintu keselamatan sudah selamat dipasang dan panel untuk pintu sliding dipasang semula.


Jubin yang dipilih dan dikira tukang sudah pun sampai.

Kita nantikan endingnya macam mana.
Tuan rumah of course berdebar, begitu juga tukang, sebab orang bukan saja lalu lalang, mata terbeliak memerhati.
Bergosip entah apa buah butir.
Kalau lawa, tukang dapat nama. 
Kalau gah, tuan rumah dapat nama sebab disangka berpoket tebal.
Heh tak kuasa.



Sekian.



Monday 1 February 2016

ENTRI 171 : FOURTH WEEK - HOME RENOVATION.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....

Menghampiri sebulan.
Perkembangan sepanjang minggu ke empat :

HARI KE 21.
( 25jan-isnin )


Mereka plaster dan cat pada bahagian yang sudah siap.


Bahagian atas kepala tiang ini berbeza pada tiang kiri dan kanan.
Ini yang tak berkenan ni.
Ok takpe.
Kami kan orang seni, rumah kami mesti lain.

Sabor je la.

HARI KE 22.
( 26jan-selasa)


Masih siapkan kerangka bumbung.Tau-tau sudah ada part yang dipasang genting.
Kenapa saya tidak perasan genting sudah sampai?
Diletak secara overlap saja antara kepingan.

HARI KE 23.
(27jan-rabu)


Hari ini berkali-kali lori hantar barang.
Bos pon naik bumbung, tolong pasang genting.


Genting dan papan siling sudah sampai.

HARI KE 24. 
( 28jan-khamis )


Wah baru ada rasa berbumbung dan keadaan dalam rumah makin gelap sebab teduh. Mereka juga mula pasang panel untuk letak siling.


Panel untuk siling.


Sebahagian besar sudah ditampal kemasan bumbung cuma pada setiap sempadan dan bahagian atas belum disettle lagi. Gambar diatas adalah bumbung diatas bilik tidur utama.


 Tiba-tiba hujan rahmat menyimbah bumi.
Alhamdulilah.
Namun ia turun bersama dugaan.

Hujan yang turun lewat petang itu semakin lebat.
Hingga ke malam.

Kami menyanyi perlahan 3 beranak sambil tangan menghayun batang mop...
......banjir o banjir o banjir rumah kita naik air o ei o....
O macam ni rasanya rumah naik air ya.

 Semua perabot ringan yang ada dalam master bedroom perlu dikeluarkan.
....habeh basah langsir den...

HARI KE 25.
( 29jan-penghulu hari )

Berita bilik tidur utama kebanjiran sampai ke telinga bos.
Macam cacing kepanasan mereka hari ni.
Tuan rumah cool saja.

Sabar dapat pahala.
Marah-marah  dapat apa?


Ha panjat. 
Semua memanjat keatas bumbung. Semua mesti ditutup hari ini juga. Sebab ikut rekod, hujan mula turun petang-petang. Ada risiko hujan turun lagi. 
Bunyi diatas bumbung tidak pernah berhenti hingga petang.
Semua telah selamat ditutup walaupun hujan renyai mula membasah bumi.
Alhamdulillah.


Genting lama diatas living hall dibuka sepanjang hari sebab boleh nampak cahaya melalui celah-celah kepingan siling, debu turun bagaikan salji, aduh satu hal lagi. 
Cepat-cepat alih perabot. 
Bahagian tepi pintu baru akan ada landing area.
Depan sliding nanti kami plan buat step sebab aras lantai agak tinggi.
Macamanalah rupanya nanti.


HARI KE 26.
( 30 jan-sabtu )


Bila tukang balik baru orang dalam rumah nampakkan diri. 
Begitu eksklusif sekali.
Jom belek-belek.
Hancur angan-angan mahu fascia board yang ada ukiran kayu.
Well tidak mengapa. 
Besi tahan lama.
Kawan satu taman usik, katanya rumah saya yang paling tinggi di kawasan ini.
Iya ke?


Extend rumah teres ada had dan kena consider banyak faktor.
 Tidak macam rumah sebiji, bebas explore.
Diberi rezeki ini pon,sudah bersyukur,
Alhamdulillah.


Sekian.