Thursday 12 February 2015

ENTRI 121 : SYAIR RAKIS.

Bismillah..


Ceritanya, minggu sudah. 
Anak ketiga sekembalinya dari sekolah beritahu yang dia telah dipilih cikgu masuk acara -baca syair bersama seorang lagi budak lelaki. Mereka berdua akan dilatih oleh seorang ustaz.
Syair?
Alah ibu tahu.
Saya mengalunkan sedikit rentak syair.
"Bukan macam tu bu. Lain"
Lain?

           Bismillah itu mula karangan
           Gurindam bayu nama timangan
           Kisah rencana dagang buangan
           Nestapa lara digunung larangan
   
   Membawa nasib untung sendiri
   Meninggalkan rumah anak dan isteri
   Masuk segenap desa dan negeri
   Seperti orang hendak mencuri

Mak aiii...
Kenapa bagi budak-budak kecik lirik heavy macam ini

Malam itu dia menggoogle. Ustaz suruh.
Bersungguh dia mendengar alunan syair itu. 
Perlahan-lahan dia cuba mengikut.
Si kakak terkekeh-kekeh ketawakan.
Malam esok pun google lagi.
Saya memang tidak boleh tengok anak terkial-kial.
Saya masuk campur.

Meh ibu tengok, saya menarik komputer.
Sapa ni?
Shafa'atussara Silahudin?
Suara macam Siti Nurhaliza!
Kesian saya menjadi-jadi.
Sebab suara anak saya dengan juara pertandingan syair itu ibarat langit petala ketujuh dengan dasar bumi paling bawah.
Kenapalah cikgu pilih kau hai anak.
Saya termenung.

Tidak mengapa.
Apa guna ada ibu.
Meh sini.
Kita praktis sama-sama. 
Pernah dengarkan?
Praktis cipta kesempurnaan.

Tengok balik rakaman Youtube tadi.
Cuba cari rentak. 
Semakin serasi.
 Semakin sama. 
Rangkap kedua kantoi sebab kena tarik tinggi. 
Susah ni.

Kita jalan terus.
Ikut ibu.
Dia ikut dengan suara 'base' nya.
Hish.
Hish.
"Lembutkan suara tu. Kau nyanyi takde feel..."
Dia cuba lagi
Hish

Saya termenung lagi. 
Kesimpulannya- suara anak yang seberat 42kg ini sangat besar, sangat 'base',
...dengan vokal range yang sangat kecil.
 Dia tidak mampu nak project suara dengan lantang.
Sebutannya pun tidak bulat. 
Dia akan menjerit bila tiba time corus. 
Masalah!
Masalah!

Kenapa ustaz tidak bukak telinga. Pilihlah murid bersuara nyaring dan lembut.

Akhirnya saya stress.
Dia pun sama.
"Ustaz sudah dengar ke suara engkau baca syair ni..?"
Belum. Ustaz suruh tengok youtube dulu."


Saya suruh dia buat bubling.
Tidak lepas.
Pipinya yang labuh berlemak tidak boleh nak bubble.
Last-last saya yang bubble.
Last-last saya yang praktis.

Esok kita praktis lagi. 
Kita hadap walau apa pun masalah.
Mana tahu esok suara dia akan ada big improvment,
..who knows!

2 hari kemudian.
"Bu...Ustaz latih budak lelaki tu je "
"Ustaz sudah dengar kau baca syair tu?"
"Dah"
Patutlah.
Ustaz mesti terkejut beruk.

Tapi, lega.

Tapi, 
.....saya tetap tidak puas hati!
Ustaz sepatutnya berkata begini : Maaf ya, saya tidak pilih awak sebab suara awak kurang sesuai.
Gitu.
Namanya- budi bicara.

Tidak apalah anak.
Tidak perlu buat sesuatu yang kita tidak mampu.
Masuk saja acara lontar peluru macam tahun lepas. 
Budak terpilih saja yang layak masuk tau!!


"Bu....cikgu pilih masuk nazam..."
Ada lagi?

Sekian.


ENTRI 120 : HADIAH SENTIMENTAL.

Bismillah.


Kegiatan menyelongkar kotak kerawang semalam menemukan saya dengan sesuatu. 
Lalu saya keluarkan ia. 
Melayang sebuah kisah yang telah lama tersurat.
Ini bukan cara dia.
Bukan sama sekali.

Kenangan mengimbau ke tahun itu.
Ketika seorang bujangan dengan kehendak Allah sekelip mata mempunyai seorang- 'tunang'. 
Gelabah itu sudah pasti. 

Tahun 1998.
Kedatangan parcel kecil dihadapan pintu sebuah pejabat di Seksyen 1 Wangsa Maju tidak dijangka sama sekali.
Kerana ia adalah untuk saya.  


Sebuah jam tangan ALBA yang sangat membahagiakan -masa itulah.


 Bersempena harilahir.

Saya berani gerenti, inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya membeli hadiah beserta kad ucapan. 
Habis dibuang jauh-jauh ego jantannya.
Demi seorang tunang.

Alkisah tahun pertama perkahwinan:
Saya hendak kad birthday yang besar, yang ada muzik!
Dia beli.
Ya lah. Baru dapat bini.

Kan saya sudah kata.
Itulah kali terakhir saya mendapat hadiah dari dia, bekas tunang.
Lelaki akan berubah sekejap saja. 
Selepas itu dia akan kembali ke sifat asal.
Believe me!

Sebab citarasa kami jauh berbeza.
Kalau mahu hadiah, kena pilih sendiri.
Of course dia yang bayar. 
Tidak bestlah pula.
Actually women love surprises.

Suatu hari dalam sebuah kedai menjual pakaian...
Saya masih mencari-cari. 
Rambang mata betul.
Tidak tahu hendak pilih yang mana.
 Suami yang terpacak ditepi tiang sebelah kiri kedai sudah mula tunjuk gelisah.
Itu tandanya saya kena cepat.
 Sambar satu hanger yang menggantung blouse labuh bercorak.
Angkat tinggi hanger tersebut.
Suami menggeleng.
Tak approve pulak. 
Angkat yang lain, geleng juga.
Dia datang.
 Terus capai satu blouse- creamy colour. Berbunga besar berwarna oren plus dedaun hijau dibahagian bawah baju dan hujung tangan, disua kepada saya.
Saya terdiam.
Hish.
Ambil sajalah pilihan dia ini.
Ke kaunter.


Apa yang tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik untuk diri kita.
Semakin dalam direnung semakin saya dapat jawapan.
Redha.


Sekian.




Wednesday 11 February 2015

ENTRI 119 : UKIRAN.

Bismillah.


Saya terlalu minat dengan seni ukiran.
Terlalu indah.
Ada tarikan visual yang sungguh mempersona.
Unik dan tersendiri.

Dulu, semasa muda-muda, selalulah merayau ke Central Market Kuala Lumpur. Disitukan segala cabang seni dapat ditemu. Leka betul melihat para pelukis menyiap kerja diatas kanvas.
Rajin juga mencuci mata masuk satu demi satu kedai yang menjual pelbagai barangan, dan saya tidak mampu menolak keinginan hati untuk miliki sesuatu seperti ini :


Rehal dari ukiran tebuk tembus ini berharga RM 50. 
Usianya kini lebih 20 tahun. 
Rasa sangat berbaloi-baloi.


Satu-satunya rehal mengaji yang masih diguna sehingga kini, alhamdulillah.


Lupa harga kotak ini. Diguna untuk menyimpan khazanah lama seperti jam tangan lama dan beberapa perhiasan diri yang lain. 
Jenis ukiran layang iaitu sebagai perhiasan pada permukaan barangan atau perabot.


Cantikkan? Tapi yang ini saya tidak beli.
Ini kepala katil yang sudah terbarai dan dihumban kedalam tong sampah.
Nasib baik saya nampak.
Lantak pi apa depa nak kata.
Depa tidak nampak ' value ' itu.


Inipun serpihan dari bangkai katil juga. Sampai hati depa campak masuk tong.
Ingat senang hendak ukir benda ini?


Saya berdarah seni.
Saya rela kutip.


Buat ukiran kayu bukannya mudah, perlu ketekunan, kesabaran dan tahap kretiviti yang sangat tinggi. Kayu yang diguna juga kena betul-betul tua, kering dan halus selain punya urat yang liat.
Antara kayu yang sesuai adalah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong.


Seni kraf begini selalunya akan terap unsur-unsur alam sekitar samada awan larat atau ragam hias yang lain seperti unsur-unsur flora dan fauna, kaligrafi jawi, kosmos atau  bentuk geometri.

Lately ada juga barangan moden yang punya motif diadaptasi dari  seni ukiran kayu.
Menarik.


Kotak cenderahati dari plastik. 


  Kotak 'door gift' yang membuat hati terpaut.

Ukiran termasuk dalam seni mukaddas iaitu yang punya maksud tersirat selain maksud tersurat. 
Orang tinggi akal saja yang boleh ' baca ' maksud-maksud yang cuba disampai oleh para pengukir.
Orang Melayukan kreatif.

Perabot jati yang berukir-ukir, minat tidak?
Big no!
Jika diberi pilihan, saya akan pilih yang simple.
Saya bukan mak datin -perabot berukiran heayy bukan taste saya.



Sekian.


Wednesday 4 February 2015

ENTRI 118 : MAKAN TEMPE

Bismillah.


Melentur buluh, biar dari rebung.
Saya mahu anak-anak makan tempe,
....dengan kerelaan sendiri.

Kalau tempe dalam kuah masak lodeh, tidak jalan.
Kalau sambal tempe, tidak jalan juga.
Hendak kasi jalan, saya buat begini.
Letak sepinggan dijamin licin.


  Dapatkan tempe, harga murah tapi mahal  khasiat.


  Hiriskan.


Sangat mudah: tepung beras, secubit garam dan air secukupnya. 
Satukan- dapatkan kepekatan yang sederhana.


Saya beli 10 keping tempe berbalut kertas ini dengan harga RM 1 sahaja.


  Curahkan bancuhan tepung tadi.


Gaul rata. Jika sukakan bancuhan tepung yang pekat- boleh juga celupkan hirisan tempe satu persatu.
Selepas itu bolehlah digoreng garing.


Gerenti ada permintaan lagi.

Sangai sedikit biji ketumbar dan jintan manis, tumbuk dan gaulkan kedalam bancuhan tepung. 
Sangat sedap- namanya Tempe goreng berempah.
Janji kita makan makanan berkhasiat.



Sekian.

ENTRI 117 : OSTEOPOROSIS.

Bismillah.


Bila semakin berumur, makin minat topik sebegini.
Sedar diri, tubuh sudah mula menua.

Apa sebenarnya osteoporosis?
Tulang normal mengandungi protien, kolagen dan kalsium yang buat ia kuat. 
Bila tulang alami osteoporosis, ia hadapi kemerosotan kepadatan- tulang lebih mudah untuk retak atau patah walau dengan sedikit kecederaan. 
Bahayakan?
Wanita lebih terdedah kepada masalah ini. 
Sakit lututlah.
Sakit tulang belakanglah.
 Bila umur hampiri atau mencapai menopaus, kepadatan tulang akan lebih merosot
Paras hormon estrogen yang menurun  memburukkan lagi keadaan. 

Saya takut betul bila lutut mula meragam.
Walau tiada masalah berat badan, saya tetap stress.
Takut betul kalau-kalau itu tanda awal osteoporosis.
Tidak boleh jadi
Mungkin saya tidak amal diet tinggi kalsium.
Kena ubah.
Mesti ubah.

Tajuknya - apa antara makanan yang boleh mencegah osteoporosis.


 Of courselah susu -tinggi kandungan kalsium. 
Minum susu penuh krim ya. 


Tempe dikatakan dapat mencegah anemia (kurang darah ) dan osteoporosis.
 Saya berazam makan tempe banyak-banyak. 
Yang ini beli kat pasar borong dengan harga 10 sen sebungkus. .

Tapi ada satu lagi sumber yang disebut-sebut bagus untuk masalah kerapuhan tulang kerana kaya dengan protien dan ada kolagen lagi. 
Masalahnya - saya tidak lalu hendak makan.

Kaki ayam.
Kolagen pada kaki ayam merupakan sejenis protien jaringan yang liat berwarna kekuningan yang bila terkena kepanasan akan mencair dan menjadi agak kental.


 Harap belum terlambat.



Sekian.