Friday 11 December 2015

ENTRI 162 : GUBAHAN COKLAT / GULA-GULA 4

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Last minute saya diminta gubah hantaran coklat/ gula-gula.
Replika masjid yang sudah disiap awal tidak dapat digunakan sebab agak besar, ditambah dengan bekas dulang berkaki yang baru diterima juga agak besar dan tinggi, memang agak leceh hendak dibawa jalan jauh.
Ku faham masalah itu.

Kita buat lain.
Bukannya susah.
Leceh saja.
Hi.


Saya terfikir mahu buat ala-ala jambangan bunga. First of all kena juga ada bekasnya. Saya guna loyang bulat untuk trace bentuk bulatan. Potong kotak dan buat dinding. Gamkan dengan glue gun.


Ini adalah antara jajan yang dibeli.


Bekas kotak tadi perlu dibalut. Apa jua kertas dan warna pun boleh sebab semua itu sudah tidak nampak sebab sudah ditampal coklat. Saya gunakan bekas kuih raya lama untuk sumbatkan gabus kering. Sumbatkan apa saja yang sesuai untuk menutup gabus. Saya juga buat bulatan dari kertas dari kotak dan balutkan dengan reben.


Selain gula-gula dan coklat, saya juga cekup beberapa batang lolipop. Ikat coklat bersaiz kecil ketat-ketat dan cantumkan pada batang lolipop. Kemaskan dengan pelilit bunga berwarna hijau atau putih.
Susun atas gabus. Cantum juga gula-gula dengan dawai halus dan untuk menaik seri saya masukkan sedikit manik putih dan reben berwarna cream. Gubahan mesti nampak penuh.


Untuk bekas luarnya pula, tampalkan coklat dengan glue gun. Letak gelungan yang dibalut dengan reben cream tadi diatasnya dan kemaskan dengan sebarang renda yang sesuai. Tampal lagi lebihan coklat.
Masukkan coklat bersalut kertas aluminium warna gold dan susun pada jarak yang sama. Jika ada lebihan coklat bolehlah ditampal dimana yang difikirkan sesuai.


Macam something terkurang somewhere. saya ingat hendak buatkan tangkai jadi ia akan kelihatan seperti sebuah bakul. Jadi saya tampal sebatang dawai bersaiz 16 dan balutkan dengan reben berwarna cream. Sambil balut sambil letak glue. Bila sudah siap, cuba lengkungkan. Gamkan pada bahagian dalam bakul tadi dan tampal lebihan coklat diatas lengkungan tangkai. Kemaskan dengan simpulan reben.

Akhir sekali lambakkan gula-gula disekeliling bekas kuih raya dalam bakul.

Alhamdulillah, semua sudah bercantum mesra.


Apa-apa gubahan pun mesti dibuat sekemas mungkin.




Tips :
Jangan buat awal sangat sebab kita akan berhadapan dengan masalah semut halus.
Sebaik siap letak atas bekas yang disapu minyak masak disekelilingnya dan letak dalam dulang berisi air.


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Lihat juga :BINA MASJID
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (1)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (2)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (3)

ENTRI 161 : GUBAHAN TELEKUNG 1.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula..


Dulu banyak sungguh masa terluang tapi lately, macam tidak cukup.
Petang haritu keluar jumpa customer, hish customerlah sangat. 
Alah jumpa jiran lorong belakang saja.
Ikut suka dia lambakkan kain ela di ruang tamu rumah, terpaksalah saya layankan.
 Saya jahit jugalah baju-baju itu.
Sebab itu baju si Sofea, budak berbadan gempal berhidung ala heroin hindustan.
 Ramah pula tu!

Baju Sofea sudah siap, alhamdulillah. 
Setibanya dirumah, sepasang telekung sedia menanti diatas meja.
Ah gerangan siapakah yang menambah lagi beban kerjaku yang sedia melambak ini?
 

Telekung Siti Khadijah! beli online.
Yang biru, instant shawl .
Malam ini juga mesti siap.

Tidak mahu pening-pening, saya keluarkan kotak terpakai. Makcik  sudah tinggal pesan tidak mahu bunga. Buat rendah-rendah.
Hendak diletak mana telekung ini? Dulang pon tidak diberi.
Terpaksalah saya guna kotak, selesai masalah.


Nasib baik ada kotak cerek ini, saya keratkan untuk dapatkan kotak setinggi 3 inci.


Undang-undang gubah telekung, kena nampakkan bahagian sulaman yang cantik, kalau tidak sia-sia. Saya lipatkan pada saiz yang sama. Ikat dengan getah supaya mudah dibentuk samada kekal sebagai kipas ataupun dibuka sebagai bunga (mulanya saya ikat dengan dawai halus, ada problem bila hendak bentukkan). Bungkus kotak yang sudah siap dengan kemas dan bucu mestilah tajam. Biarkan bahagian sulam didalam. Ha fikir, hendak buat camana pula lepas ini. Cuba masuk shawl.
Haii tidak nampak lagi apa bentuknya.
Stop dulu.
Sudah buntu!

Kita makan dulu.


Hadap balik.
Tengok shawl ini, kena tonjolkan keistimewaannya
Saya rasa elok bahagian yang mengelip-ngelip ini di ropolkan begini. Biar orang jauh pun boleh nampak.


Sebab belum nampak pengakhiran yang munasabah jadi terpaksalah saya bikin gempak. Kenalah juga buat bunga sebagai focal point. Buat sekuntum pun jadilah sebagai pembangkit seri. 
Bila sudah siap, macam masih kosong. Kena buat 2 nampaknya.


Ginilah sesaknya hidup bersempitan dalam kotak. Sekejap ditolak ketepi, sekejap ketengah.
Uih pening betul.

Akhirnya, menjelang larut malam dapat juga siapkan satu gubahan yang agak simple.


Bila mata sudah kata ok baru tangan berhenti mengkitai, itu konsepnya.
Mesti kemas walaupun ringkas.






Makcik bagi upah 10 hinggit. 
Katanya sudah campur GST, aha ha ha lawaklah makcik.



Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Lihat juga :GUBAHAN TELEKUNG 2

Thursday 10 December 2015

ENTRI 160 : GUBAHAN TUALA BENTUK BUAH.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Biasalah, hujung tahun begini, ramai sanak saudara melangsungkan perkahwinan/pertunangan.
 Saya jadi agak sibuk, siapkan apa yang diminta.
Hari ini walau separa demam, masih in the mood hendak buat hantaran. 
Sebelum angin itu terbang, baik saya terus take an action.

Dan Tuhan itu sangat sporting pada hambanya yang lemah.
Semua yang dirancang berjalan seperti yang dimahukan, alhamdulilah.

Tuala.
Macam-macam colour.
Yang normal size berwarna cream berharga RM16.90
The other 8, a little bit smaller berharga RM2.90 sehelai, so total RM40.10
Walau sudah tahu dalam kepala mak pengantin berlegar-legar mahu kuntuman roses, namun jiwaku membantah. Tidak mengapa kakak iparku. Akan kupastikan kau berpuas hati dengan hasilnya nanti.


Bila melibatkan tuala, saya lebih suka buat bekas yang boleh sorokkan lebihan yang tidak kemas.
 Jadi saya terus buat kotak berukuran 9x9x 3 1/2 inci. Setelah siap, bentang tuala yang paling besar. Balutkan kotak dengan kemas dan pastikan setiap bucu tajam. Sematkan dengan peniti mana yang perlu. Lebihan tuala itu akan digubah menjadi buah.


Ambil kertas suratkhabar bersaiz besar dan lipat dua. Gulungkan. Beri tekanan pada bahagian hujung dan longgarkan pada tengahnya, gunakan salotep untuk memberi bentuk yang tetap. 
Ada macam bentuk pisang tidak?


Seterusnya ambil towel yang kecil. Cekup bahagian tengah dan ikat ketat dengan gelung getah. Terbalikkan dan masukkan gumpalan dari sehelai suratkhabar bersaiz kecil. Susun dan betulkan kedutan supaya tersusun cantik sebelum ikat bawahnya dengan getah atau dawai halus. Buat lagi dengan saiz yang sama. Actually saya buat saja tanpa rancang buah apakah itu.


Untuk towel berwarna hijau saya buat daun. Senang saja. Guntingkan bentuk daun dari kotak terpakai, balutkan dengan tuala ketat-ketat dan ikat dengan getah. Untuk sehelai tuala boleh dapat 2 helai daun bersaiz sederhana. Tuala yang sehelai lagi saya bentukkan buah .


Tuala pink. Alamak, buah apa hendak buat ni, try yang comel-comel pula. 
Gumpal setengah helai paper saiz kecil banyak-banyak dan buat buah secara bergugusan. Saya ikat ketat dengan dawai halus.
Sehelai lagi saya bantai buat buah macam yang mula-mula.

It's time to assemble everything... 


Nice.
Masa ini baru saya belek betul-betul,buat keputusan-buah purple akan ditransform jadi buah manggis. Yang hijau itu maybe buah jambu batu. Yang pink tu, sukahatilah apa-apa pun boleh.
Lepas itu pening kepala pusing satu rumah perhati apa benda yang boleh digunakan untuk realisasikan ia.


Rasanya kotak itu agak plain juga so saya hiaskan dengan reben warna senada.
Pisang oh pisang, puas memikir apa benda yang sesuai untuk kamu, last-last terfikir hendak guna labuci hitam dari balance renda. Kemaskan dengan pin berkepala hitam. Selesai. 
Tangkai buah pula, kenalah proper, jadi saya tanggalkan kudup bawah bunga ros kecil dan letak pada permukaan atas buah jambu batu. Potong sedikit tangkai bunga dan pinkan dalam kudup tadi. Tekan  bukannya senang, sakit jari mahu kasi jarum peniti tembus gumpalan paper dalam buah itu...


Buah manggis. Fikir punya fikir, terpaksalah kukorbankan daun yang ada pada jambangan bunga di rumah. Itu saja yang nampak suitable. Guna 2 helai yang paling atas saja. Ambil sedikit double sided, tampalkan pada belakang daun tadi dan tampal ditepi tangkai yang sudah dicucuk dengan peniti.
4 helai sudah ok. Buat pada kesemua 3 biji buah manggis jadian itu. Atur setiap buah dengan teliti, ubah kedudukannya sehingga berpuas hati.
Saya juga selitkan daun-daun hijau dari bunga artificial pada celah-celah buah untuk menghidupkan lagi suasana.
OK  siap.
Kita tengok ending nya...

Nice.
Really nice!







Seronoknya semua berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah.
Semoga mak pengantin pun seronok sama walau tidak dapat kuntuman bunga ros idaman kalbu.


Sekian.
(kami sponsor tuala ini- jadi tidaklah salah ikut citarasa sendiri).

Lihat juga  ;  GUBAHAN TUALA BENTUK TEKO
                  :GUBAHAN TUALA BENTUK BUNGA