Wednesday, 16 April 2014

ENTRI 10 : BINA MASJID

Pengisian : Orang yang sentiasa membaca Al Quran tidak akan mendapat penyakit nyanyuk..Ini kerana mereka akan dipelihara Allah daripada penyakit yang hina ini apabila tua..


Bismillah.
Ikuti sebuah kisah benar.
 


      " You nak berhenti?...why??"
  " K a w i n "
  " Kahwin?!!orang lain pun kawin juga! taklah sampai nak berhenti kerja!" nada Encik Khalid tegas. Saya macam biasalah-diam merenung lantai,masing-masing hilang kata.
Jelas dia sukar menerima berita saya akan berhenti kerja untuk berkahwin.

" Macam ni la. Why not you ulang alik je,bukannya jauh sangat pun,sejam dua je kan.". 
Amboi Encik Khalid. 
Janganlah sentimental sangat.

Akhirnya dia pasrah.

He has no choice....except to let me go.
       
" ....tapi I nak tanya you."

Ha.
     Saya memandang dia.
  " Boleh tak you carikan I... kawan you,yang macam you?Boleh design,buat interior sikit,boleh draw perspective...boleh buat macam-macam ?"
Amboi amboi.
Terasa lapang telinga yang mendengar.

Dan sehingga kini jika tiba-tiba terkenang setiap kata Encik Khalid itu,saya pasti tersenyum. Banggalah juga. Sebagai pekerja,rasanya saya sudah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.Kata-kata itu membuktikan betapa dia menghargai walaupun baru 2 tahun saya bekerja .
Apa resepinya?

Pikat hati boss dengan hasil kerja yang bagus.
Itu saja.

Teringat saya pada suatu  hari yang ntah bila
" I kena cari colour baru untuk bas mini lama. Semua ada kat PD...you boleh buat tak..?" 
Encik Khalid kelihatan tergesa-gesa seperti biasa.
Apa kuasa saya untuk menolak job tersebut.?
Pada tahun itu penggunaan bas mini telah ditamatkan di Lembah Kelang kerana mahu memperkenalkan sistem bas baru yang lebih moden. Bas mini lama akan dihantar di Port Dickson.Ada perancangan baru.
          Takkan saya hendak cakap sahaja,warna sekian sekian..Mestilah kena buat a few proposal atas kertas.  Maka sudah tentu saya kena lukis gambar bas mini itu.
Camana? Takkan hendak lukis macam lukisan kartun pula.
Hey gaji dibayar untuk perah otak !
Tanpa membuang masa saya turun dari office,menunggu bas untuk ke bus stand Kelang.Dari situ saya mula memerhati setiap bas.Mencari-cari bas yang ada tertulis ' Muzium Negara'.Berteman panas mentari,saya redah jua demi misi mencari bas mini tersebut.Ini kerana saya mendapat maklumat ada sebiji bas mini  terpamer di Muzium Negara.
Saya berjaya menjumpainya! Segera merakam gambar bas itu dari pelbagai sudut.Gambar-gambar tersebut perlu dicuci segera.Akhirnya dapatlah saya trace gambar dengan skil sebenar sebuah bas mini,alhamdulillah...

   " Betul ke drawing you ni?..You jangan main hentam ye.."..kata Encik Khalid sambil membelek-belek proposal saya..
" Betul Encik Khalid. Hari tu dia pergi Muzium, ambil gambar bas tu..."..sampuk Izzah,kerani pejabat. Encik Khalid terangguk-angguk tanda puas hati.

Moral of the story? bekerja bersungguh hati kerana kita dibayar. Itu amanah dan tanggungjawab.

Sebagai memperingati kerjaya lama dalam bidang seni membina ini, saya bercadang mahu mendirikan sebuah masjid.Bukan masjid besar.
Kecil saja.


Kena ada pelan dulu. Buat base ,baru naikkan dinding-dinding. Base kalau boleh jangan melebihi 12 x 12 inci.Kalau boleh jangan gam dulu. Atur elok-elok untuk dapat posisi yang baik.Gunakan apa saja koleksi barang dan kotak terpakai yang ada dirumah.


Bila puas hati,baru boleh balut. Saya guna pembalut aluminium foil paper (ada 2 warna - gold dan grey-pilih mana yang sesuai) Dah balut,baru gam (guna glue gun). Dome/ kubah-pada masa ini sentiasa bertukar.Apa saja yang terlintas,saya akan cuba.


Dome bertukar lagi- bekas cenderahati majlis kahwin.Tiang putih dari bahagian dalam plastik pembalut buku.Warna hijau dari kertas pembalut (untuk bentuk pintu dan tingkap).
.
S

Bentuk masjid sudah kelihatan. Jika warna asas keemasan begini,carilah coklat atau gula-gula yang warnanya berpadanan dan sesuai untuk digandingkan.Saya pilih warna Pink sebagai warna dominasi.                                                                                           

Nampak kemas dan cantik,alhamdulillah.
Untuk dome tengah saya jumpa bekas cenderahati lain(dibuat dari  plastik-lebih selamat).Kubah kecil kiri dan kanan berwarna grey itu adalah acuan lompang yang dibalut.
Ini adalah hantaran untuk majlis pertunangan anak saudara suami. Berat bukan main.


Ini antara gubahan lain.Memang banyak cabaran untuk mengekalkan momentum. Kadang-kadang seolah tidak mencapai standard yang dimahukan pula. Doakan otak ini sentiasa bergeliga mencari idea-idea baru yang lebih kreatif.

Siapa tak pernah tengok bas mini?

  
Inilah transport utama saya semasa zaman bujang dan  bekerja di KL dulu..berhimpit-himpit demi sesuap nasi!



Sekian .              
               

Lihat juga : REPLIKA MASJID UNTUK HANTARAN
                  : GUBAHAN COKLAT/GULA-GULA (2)
                  : GUBAHAN COKLAT/GULA-GULA (3)
                  : GUBAHAN COKLAT/GULA-GULA (4)
                  : GUBAHAN COKLAT/GULA (5)

No comments:

Post a Comment