Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.
Ada permintaan menggubah coklat/ gula-gula dalam bentuk replika masjid, jadi kali ini saya akan share macamana proses pembinaannya.
First of all sesi melakar plan.
As posibble cuba buat design kurang dari 12 inci supaya tidak terlalu besar. Hantaran ini akan ke Kelang, perjalanan jauh sedikit sebanyak akan ada posiblity rosak atau ada bahagian yang tercabut, tersangkut, tersenget dan macam-macam lagi.
Rectangle berwarna oren dalam plan mewakili saiz coklat yang akan saya tampal.
Kumpul barang terpakai yang ada kat rumah.
Perlu trace plan lantai untuk dapatkan saiz dasar.
Potong kotak terpakai dengan ketinggian 4 inci, potong banyak-banyak dan kerat ikut kelebaran dinding.
Pelan dasar tadi tekapkan pada kotak dan gunting ikut bentuknya untuk bahagian siling.
Pada 4 bahagian dinding yang saling bertentang tandakan garisan selebar 1 inci.
Gunting kotak pada saiz yang kecil dan gamkan mengikut garisan 1 inci yang dah dibuat pada dinding tadi.
Gamkan pada setiap sisi dinding, dirikan mengikut pelan dasar supaya saiznya tepat.
Main building sudah siap. Siling perlu diletak pada atas aras 1 inci yang dah dibuat pada 4 dinding tadi supaya kedudukan siling kuat dan tetap.
Coklat akan ditampal ikut susunan yang tertera dalam plan.
Upper floor pula.
Buat perkara yang sama. Trace dulu plan supaya dapat garis luar.
Potong dinding juga setinggi 4 inci dan lekat secebis kotak pada kedudukan 1 inci untuk peletakan siling nanti.
Ini adalah form asasnya.
Untuk kubah saya ingat hendak buat dari muncung botol air mineral 1.5 liter.
Doorgift dari Kedah ini ada gunanya, buang reben dan bunga hiasan.
Kenalah banyak mencuba untuk cari kedudukan yang paling sesuai.
Buat arch untuk memberi impact yang interesting.
Hendak potong pun azab juga.
Barulah nampak awesome.
Tetiba dapat idea.
Susah betul hendak potong bentuk circle, tebuk dulu dengan hujung gunting atau pisau. Memang tidakkan dapat potongan yang licin.
Bulatan biru adalah penutup doorgift yang saya buang bahagian tengahnya.
Letak di area sini.
Gunting kotak lagi untuk dapatkan bentuk 3D yang lebih kemas..
Begini.
Dinding sisi pun boring, saya ingat hendak tebuk buat lorong.
OK cantik.
Kita tidak perlu tergesa-gesa glue tingkat bawah dengan atas sebab semua belum finalised .
Macam-macam boleh berubah disaat akhir.
Buatkan dinding bagi lorong tadi.
Straw bersaiz besar dapat semasa beli coconut shake, sangat sesuai untuk buat tiang..
Setiap pintu atau opening kenalah decorate.
Balutkan tiang ini, gunakan glue gun.
Design something untuk diletak atas pintu.
Hati-hati guna glue ini. Panas kemain.
Nampak ok.
Tukar. Bahagian bawah botol mineral akan ambil alih, kotak ayam brand tu cuba letak kat bawah.
Muncung 2 botol air mineral yang lebih kecil lebih sesuai diletak atas bekas doorgift .
Macam ok je.
Tapi bumbung panjang nampak sangat tidak kena.
Tukar atau pun buat improvement.
Kita ikut kata hati.
Letak bawah bumbung asal dan trace bentuk bulatnya.
Gigil-gigil mahu tebuk.
Ingat senang?
Gini la konon.
Ada hiraki.
Cuba assemble everything.
Inilah posisi yang dipersetujui mata dan diberkenan oleh hati..
Pandangan mata burung, semua elemen kena nampak seimbang.
Ada skylight!
Canggih tidak canggih?
Proses seterusnya adalah - balut.
Saya pilih rainbow paper berwarna gold berharga RM 1.80 segulung.
Pc eva decosheets yang berharga RM 1.90 sekeping dan eva Dummy A4 metal berharga RM 1.00
Kertas hijau silang-silang dan metalik, saya beli saja.
Pakailah dimana yang sesuai nanti.
Baraikan untuk proses masukkan warna.
Alaskan lantai siling juga.
Balutkan semua dinding dengan kemas.
Butiran-butiran kecil seperti arca atas pintu pun perlu dibalut. Saya pilih untuk balut warna putih iaitu dengan menterbalik kertas rainbow gold.
Kalau semuanya berwarna gold pun, tidak indah juga.
Kena ada kontras dimana-mana.
Decide bungkus kotak ayam brand dengan kertas hijau metal.
Bungkus tutup botol dengan belakang kertas gold dan gunting kertas silang-silang, bentukkan tingkap dan lekat pada kotak metalik.
Kumpul manik dari lebihan renda jahit langsir, sungguh berguna sebagai accesories.
Masjid ada banyak lampukan?
Apa yang sesuai boleh ditambah disana-sini untuk naikkan seri.
Lebihan renda jahit langsir yang menjadi mangsa.
Siap akhirnya.
Really nice.
Pandangan dari atas., susunan manik-manik bercorak flora pada bahagian atas skylight masjid. Masjid kampung korang pun tidak ada macam ini kan?
Pandangan dari sisi kanan.
Laluan dalam lorong memberi kesan yang menarik.
Pada dinding sisi kanan dan kiri tingkat atas dibentuk seolah ada tingkap.
Lampu-lampu indah menghiasi ruangan porch.
Harap-harap pihak client begitu juga.
Timbul juga masalah disana-sini.
Normallah itu.
Sediakan glue sticks secukupnya sebab banyak pakai gam.
Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.
Lihat juga :BINA MASJID
:GUBAHAN COKLAT/GULA (1)
:GUBAHAN COKLAT/GULA (2)
:GUBAHAN COKLAT/GULA (4)
No comments:
Post a Comment