Thursday, 1 October 2015

ENTRI 142 : BILA GAMBAR BERCERITA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



Sekeping gambar bisa bercerita tentang sebuah kenangan.


Suka sangat dengan gambar ini.
 Ada stail.
Mungkin ramai mengandai saya sudah expert buat vade.
Hakikatnya : Inilah pertama kali.
Malah, inilah satu-satunya vade yang menjadi dengan perfect.
Yang lain hancur.
Moral : Jangan terpedaya dengan gambar.


Pulut panggang.
Bergaya betul dalam pemanggang ajaib kan.
Hakikatnya : Tidak lalu makan sebab kurang rasa, serba serbi kurang.
Buang.


Kuih serabai, sedap sungguh bila kena kuah yang power.
Satu hari buat serabai untuk dibawa ke rumah adik ipar. Cukup masa perapan, kenapa pula tidak berbuih-buih? 
Gelabah sekejap.
Tapi proceed juga. 
Ada lubang-lubang halus, kira jadilah ini.
Nasib baik tergerak hendak rasa.
Ceh rasa cekodok!
Rupanya salah tepung!

Macam-macam!


Teringat sewaktu belajar buat cendol .
Seronok betul tengok cendol keluar elok jatuh kedalam air sejuk. 
Tapi bila kacau dengan sudu, hancur lebur semuanya.
Tidak menunggu lama, terus bancuh lain.
Buat lagi tapi guna resepi lain pula. Dalam sehari, beberapa resepi berbeza dicuba.
Gila betul.



Kenangan hitam sewaktu buat sambal hitam.
Belimbing tidak hitam-hitam sebaliknya kuali pula yang menghitam.
Aduh. 
Tapi saya jalan terus.
Belasah sajalah, jadi juga.
Sedap juga!


 Durian crepe?
Suami minta saya buat Durian Crepe dirumah adiknya. Saya menolak sebab pertama- saya tidak pernah makan, tidak tahu bagaimana rasanya. 
Kedua- saya belum pernah buat.
Dia mendesak juga.
Haih!
Akhirnya, gitulah hasilnya!
Sudahlah kita tidak pernah handle whipping cream seumur hidup.
Kurang ilmu.
Sekarang pandai bukan main!



Satu lagi pengalaman berasap.
 Berpeluh satu badan mengadap. 
Tengok gambar kemain kiutkan. 
Realiti : Sangat leceh lebih-lebih lagi masa paipkan pattern, tidak tahan hadap wap panas yang keluar dari periuk kukusan. 
Setengah adunan boleh dapat 40 biji, tapi yang betul-betul sempurna macam dalam gambar diatas, boleh dikira dengan jari. Yang lain -ada saja yang tidak kena. 
Sengetlah, daun tidak sama bentuklah.
 Kalau ada yang mahu tempah, memang tidak akan terima.


Bingka ini memang nampak mengancam. 
Sedap boleh tahan. 
 Sukanya hati bila tengok elok ia masak dalam oven.
Tanpa fikir panjang, saya buka pintu oven, masukkan tangan untuk tabur bijan.
Pandai kan?
Atas tapak tangan terkena besi pemanas oven.
Tekalah apa jadi.


Apam gula hangus.
Masa kecil dahulu, mak selalu buat dalam loyang. 
Suka betul makan, tidak kenal muak.
Cari resepi yang betul menjadi memang payah.
Banyak kali buat tidak jadi.
Makan tahunlah juga.
Akhirnya, jumpa juga resepi yang ok, serupa dengan mak buat.


Kuih talam, jika baru-baru dan kurang ilmu, pon susah juga.
Tidak suka buat sebab selalu buat tidak menjadi.
Bila sudah banyak pengalaman, baru dapat agak dan faham.
Yang dalam gambar diatas, lembik.
Susah betul hendak diuruskan.


Buat agar-agar pon pernah juga.
Habis semua menggelongsor.
Tidak melekat.
Manalah tahu kena cakar-cakar dulu permukaan sebelum tuang.


Ini roti jala tak jadi.
Tapi masih boleh dimakan.
Mana hendak jadi?
Buat dalam kuali goreng ikan.

Pengalaman adalah guru terhebat.
Jangan terus terpedaya dengan sekeping gambar, kerana setiap gambar ada berbagai cerita disebaliknya!

Sekian.



No comments:

Post a Comment