Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula..
Dia tertidur.
Sedikit pelik sebab sudah bertahun tidak tidur siang.
" Tertidur ya" usik saya.
" Ha ah tadi rasa macam lemah sikit, macam hendak demam.."jawabnya.
Ha? Anak ibu demam?
Ibu mulalah.
Tidak tentu arah.
Esoknya saya cutikan sekolah sebab pagi itu suhu badannya sedikit panas.
Namun ada episod lain,
...yang lebih mendebarkan.
" ...rasanya adik kena chicken pox...."
Trend sekarang sudah tidak cari orang tua-tua.
Kita cari Encik google dulu.
Maka segala macam maklumat saya kutip.
Apa tindakan yang seharusnya diambil?
First off all cari doktor untuk tujuan pengesahan.
Mana tahu simtom penyakit lain pula kan.
Ubat demam, ubat tahan gatal dan ubat sapu.
Semua RM 32.
" Virus ni selalunya ada dalam badan selama 14 hari...." terang doktor perempuan itu, ramah.
" Alamak doktor, lusa periksa akhir tahun, macamana ni?"
Doktor tersenyum.
" Kalau hendak pulih dalam masa seminggu pun boleh tapi ubat pil, kena makan 5 kali sehari, boleh? "
" Pil? besar mana..?"
" Panadol"
Saya terdiam, terbayang drama yang mungkin akan terjadi.
" Er tak payahlah..."
MC 10 hari.
Terus call guru kelas.
Settle.
So sekarang tugas IBU adalah untuk berperang dengan virus dalam badan anak..
Apa yang IBU kena buat dulu ni...?
PERINGKAT 1.
o Turunkan suhu - makan ubat demam.
o Minum air kelapa muda untuk keluarkan semua blister kerana air ini bersifat anti bakteria, bebas kuman malah kaya garam galian. Ia juga dapat menurunkan panas didalam badan.
Saya beli kelapa muda dengan harga RM 3 sebiji.
Ada alternatif lain jika tidak mahu minum air kelapa.
Dalam masa 24-48 jam dari saat diserang chicken pox, perlulah bersegera dapatkan antivirus. Ia akan mempercepatkan proses penyembuhan. Namun tidak digalak ambil bersama air kelapa kerana air kelapa muda akan bertindak meneutralkan ubat antivirus.
Kalau ambil air kelapa saja, akan lebih banyak keluar blister dan of course proses penyembuhan akan lebih panjang. Virus chicken pox / cacar air ni mesti dibuang habis. Jika tidak, ia yang menyorok dalam sistem saraf badan akan lambat laun keluar sebagai kayap ( herper zoster ).
Ada pula yang kata, kelapa muda yang hendak diguna tidak boleh yang jatuh ketanah, maknanya kena guna yang dipetik.
Begitu sekali?
o Demam campak mahupun cacar air memang sinonim sangat dengan daun semambu/ daun neem.
Saya bersyukur sebab tidak ada masalah dapatkan daun ini, di tepi padang sekolah ada dua batang yang sangat rendang. Capai saja dengan tangan...
Minta kebenaran dululah kan.
Pada peringkat awal, alaskan tempat tidur. Susun atas tilam kemudian alaskan dengan kain batik yang bersih. Ini adalah petua orang dulu-dulu. Ada juga yang gantung dalam rumah dengan harapan orang lain yang ada dalam rumah yang sama tidak akan dijangkiti.
Iyakah?
o Hindari udara luar, membawa maksud sila kuarantin anak awak.
Semasa peringkat awal pertumbuhan blister, adalah masa yang kritikal bagi penyebaran virus kepada yang orang lain. Bila sudah kering ia tak sebarkan virus.
o Elak gunakan sabun.
o Untuk hilangkan kegatalan dan rengsa akibat pertumbuhan blister yang mengandungi air, banyak petua yang saya kumpul...
Sejauh mana ia berkesan, Wallahualam.
Inilah yang akan tumbuh bertaburan seluruh badan.
Jangan lupa check pada kulit kepala juga.
Bagi kes anak saya bukan yang ini tumbuh dulu.
Ia bermula dengan satu bintat yang agak besar seperti digigit nyamuk tapi ditengahnya seperti mengelupas, berada pada bawah telinga kanan (kata kawan saya itulah ibu dia, ini la first time saya dengar).
Diatas pula membengkak, kata doktor itu adalah kelenjar.
Macam serius je bunyinya kan.
Diikuti dua lagi bintat yang sedikit kecil diatas dahi.
Esoknya barulah timbul sebiji blister pada paha, masa itu baru saya dapat agak yang anak saya sudah kena chicken pox.....
Cian anakku.
PETUA MEREDA KEGATALAN.
o Calamine Lotion, ia adalah rumusan untuk meredakan sebarang dermatitis/ ekzema, kegatalan kulit, kesan terbakar matahari dan lain-lain masalah keradangan kulit. Ia selalu dibekalkan diklinik bersama ubat demam.
Caranya : Sapu pada kulit yang bermasalah dan biarkan mengering.
o Pinetarsol :
Ia merupakan mandian herba / medicated skincare berPH 6 dalam bentuk gel berwarna hijau dengan bau yang kuat, ada bahan aktif Pine Ta. Ia larutan antiseptic pengganti sabun yang efektif membunuh kuman serta membantu mengurangi gejala gatal dan kemerahan pada kulit akibat cacar, ruam, terbakar matahari, gigitan serangga dan lain-lain masalah kulit.
Kami beli difarmasi dalam bentuk tiub100gm.
Caranya : 1- Sapukan pada kulit yang telah dibasahkan dan biarkan selama 2-3 minit, barulah dibilas dan keringkan.
2- Tuang satu penutup Pinetarsol kedalam satu baldi air suam- kocak dan buat mandi. Tidak perlu bilas.
o Rendam HALIA kedalam sebaldi air suam, buat mandi atau jika tak mahu mandi, guna air ini untuk mengelap badan.
Senarai dibawah ini, saya tidak buat: maklumat dari pembacaan saja.
o Mandian OATMEAL - rendaman bagi legakan kegatalan.
Caranya- kisar 2 cawan oatmeal menjadi serbuk dan campur kedalam tab air suam. Rendam satu badan.
o EPSOM SALT -sebatian mineral yang sangat membantu legakan kegatalan.
Caranya - rendam 2 cawan kedalam tab mandi, rendam setiap hari
o BUNGA JASMINE / melati.
Ini adalah cara orang Thailand menangani masalah ini. Mandi dengan air rendaman bunga Jasmine.
o SAGU BIJI - Rendam sagu biji dalam baldi, buat mandi.
o BAKING POWDER - elak kegatalan + kulit lepuh.
Caranya : 1/2 sudu teh + segelas air untuk dilap pada badan.
1/2 cawan + air suam untuk buat mandi.
o MADU komponen anti bakteria semulajadi yang bagus untuk sembuh kerengsaan.
Caranya : sapu pada tempat yang berkenaan dan biarkan sebentar kemudian bersihkan Ulang 2-4 kali sehari.
o SHAKLEE HERBAL BLEND sangat berkesan bagi menanggalkan kopeng-kopeng yang sudah kering.
o BASIC H2 SHAKLEE ( mandian )
o MANDIAN DETTOL
o BEDAK prickly heat -cooling powder
Jenama 'snake brand'
Dik, gatal tak...?
Tak. Pedih je bila kena ubat dengan masa mandi.
PERINGKAT KEDUA.
Bila semua blister sudah selamat keluar dengan jayanya, apa pula action yang perlu diambil..?
Bagi kes anak saya, ambil masa 6 hari baru berani + konfiden hendak apply next step.
o Mandi dengan air rendaman daun semambu + kunyit hidup.
Caranya : Sediakan sebaldi air suam dan rendamkan secekak daun semambu. Jangan lupa ramaskan daun yang ada khasiat perubatannya itu. Ketuk beberapa ketul kunyit hidup dan tuang air mendidih dalam satu bekas berasingan, biarkan seketika agar keluar khasiat yang kita perlukan, tuang kedalam baldi berisi daun semambu dan buat air mandian.
Personally saya suka sangat dengan cara ini.
Rasa sangat best dan bau air kunyit memang sedap, macam bau nasi pulut kuning.....
Tapi sikecik saya tidak suka.
Ish...nak baik ke tak.?
o Mandi dengan air kelapa muda agar tidak berparut, tapi mana cukup. So lap-lapkan saja.
PERINGKAT KETIGA.
Bila semua blister dalam proses pengeringan, kita sudah boleh mula 'berbedak'
o Blend / tumbuk lumat daun semambu, sedikit beras yang telah direndam dan sedikit kunyit hidup. Sapu pada bahagian yang terlibat setiap hari.
Hari ke lapan, saya mulakan proses berbedak.
Saya gunakan 10 tangkai daun semambu, lurutkan.+ 3 sudu besar beras yang direndam 1 jam+ 2 inci kunyit hidup. Blend bersama 1/2 cawan air.
Ok dik jom berbedak.
Berbedak hapa..? Ni berdaun....iyek.
Pakai! ....esok nak sekolah.
Eeee...
Main drama pulak dia.
Yang paling lawak -katanya...ini rawatan muka yang menjijikkan.
Ada ibu kisah?
Walaupun begitu, haruslah diingatkan bahawa cara ini akan menyebabkan satu rumah berdebu dengan serbuk daun pada badan yang sudah kering.
Atau:
o Tumbuk lumat daun cermai, sedikit beras dan kunyit hidup, juga untuk sapuan bagi tujuan penyembuhan blister yang sudah kering. Kunyit memang bagus kerana ia adalah antiseptik semulajadi.
o BIO OIL- kena rajin sapu sebab ia mengambil masa. Ia lebih kepada penjagaan selepas penyembuhan. Untuk hilangkan parut.
o SET KULIT SHAKLEE produk ini memang bagus jadi hasilnya mesti bagus juga.
o Sapu kulit pisang emas, tapi kena selalu + rajin.
PETUA ORANG TUA :
Adakah masih relevan?
1- Tidak boleh mandi.
Katanya nanti chichen pox itu tidak habis keluar.
Yang ini saya tidak ikut. Atas aspek menjaga kebersihan saya mandikan anak seperti biasa.
2- Tidak boleh kena hujan.
Yang ini boleh diterima pakai. Maklumlah, hujan sekarang sudah tidak sihat kerana faktor udara yang tercemar.
Katanya kalau kena hujan nanti dapat parut yang berlekuk.
3- Tidak boleh menumis dalam rumah.
Katanya nanti pesakit rasa bisa.
Dengar macam seronok, tapi macamana hendak makan kalau tidak masak?
Yang ini pun tidak sampai hati hendak ikut.
Tak pasal nanti kebuluran satu rumah.
ASPEK PEMAKANAN.
Pesakit mestilah banyak minum air putih dan ambil makanan yang berzat untuk kuatkan badan lawan virus. Nutrien asas termasuk vitamin dan mineral juga enzim boleh tingkatkan kekebalan mesti diambil. Ia semua perlu bagi membersih sisa toksid dari sel-sel untuk merawat cacar air ini seperti dalam bentuk buah-buahan dan jus.
Betul!
Namun orang tua-tua banyak pantang larangnya
Tidak boleh makan :
1- ayam
2-daging
3-telur
4-seafood
5-kicap
6-makanan berminyak
7-kurangkan produk tenusu
8-elak marjerin / mentega
Saya pilih ikan tapi sikecik suka yang digoreng.
Rebus-rebus tidak mahu pula.
Kebanyakkan yang dipantang konon untuk elak dari rasa gatal dan kicap pula dikatakan parut susah nak hilang.
Makanan berminyak juga dikaitkan akan meninggalkan parut.
Sudah kena chicken pox pun, mestilah ada parut ya tak?
Ada yang sarankan minum air soya banyak-banyak.
Saya pula kena consider saya jaga budak yang baru berusia 7 tahun.
Saya beri dia buah oren sebiji setiap hari, aiskrim vanilla untuk meredakan demam dan minuman yang sihat untuk kuatkan badan.
ASPEK LAIN.
Selain itu kenalah basuh pakaian mereka secara berasingan supaya tidak berjangkit. Jangan kongsi bekas minuman dengan adik beradik yang lain.
Juga selalulah jemur bantal / tilam yang digunakan untuk matikan kuman.
Ada juga seorang saudara ajarkan- bila ada tanda-tanda awal kena chicken pox, cepat-cepat minum air kunyit untuk bunuh kuman.
Susah ni.
"Anak saya kena chicken pox, bagi makan vitamin C je. Elok je tidak berparut...."
Yer lah. Ikutlah cara masing-masing.
Para doktor sentiasa menasihati agar tidak berpantang makan, kecuali jika anak itu ada alahan terhadap makanan tersebut maka hindarkanlah.
Sekian.
Semoga perkongsian ini membawa manafaat.
No comments:
Post a Comment