Thursday, 8 October 2015

ENTRI 144: AIR AJAIB.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.


Dalam perjalanan pulang, kami melalui kampung yang menempat sekolah menengah agama tempat anak sulong saya belajar. 
Tiba disatu kawasan, suasananya agak sibuk. Terdapat dua anggota Rela mengawal trafik. Ada majlis apa malam-malam begini?
    " Oh dekat sini " suami tiba-tiba bersuara, nada over exited.
Saya masih belum dapat menangkap.
    " Air ajaib. Disini rupanya."

Air ajaib?

      " Ramai yang sudah sembuh " bersungguh-sungguh dia.
      " Jangan cepat percaya benda-benda macam ini." cepat saya protes.
      " Ramai sudah cuba."
      " Kita tidak tahu apa yang dibacanya, bomoh-bomoh ini tidak baiklah, berdosa tau. Selalunya tukang ubat ini, orang luar yang mencari, orang kampung sendiri tidak heran pun."

Itu cerita bulan lepas.

Dua hari lalu punya cerita.
Jam didinding menunjukkan pukul 10.15 malam tatkala saya terdengar bunyi motorsikal suami menderu masuk ke ruangan depan rumah. Kemudian terdengar pula  satu suara lain menyapa, samada dia memang sedang menunggu atau kedua mereka sampai serentak. Perkara biasa jika orang  cari mekanik malam-malam buta pun. Kereta buat hal bukan kira masa.
 Terdengar mereka bersembang pasal kereta.
Tidak lama lepas itu, topik perbualan bertukar 360 darjah.
Pasal air ajaib.
Saya tahu suami saya memang teruja bab begini.
Terus menelinga. Memanjangkan antena.
Tiba-tiba dia meluru masuk, menggesa saya mencari termos.
Termos?
Sudah berkurun saya tidak masuk hospital, berhabuk dibawah sinki. 
Cepat dia membasuh dan membilas dengan air panas. 
Nak kirim air ajaib katanya.
Ha?


    " Din tahu, tukang buat air ajaib sekampung dengan dia..."
Oh Din kah yang datang tadi.
Saya masih diam tidak setuju.
    " Entah apa benda yang dicampurnya..."
    "  Din hendak kesana, nanti dia isilah dalam termos."
    " Daun apa? entah-entah daun ketum, main percaya saja."
    " Tak, air herba ini memang ramai kata bagus."masih tidak mahu kalah.

11.10 malam, dari kejauhan kedengaran bunyi motorsikal Din.
Cepat suami keluar dan hulurkan RM 5.

Termos mengeluarkan wap tanda air didalam masih panas.
Satu mug air ajaib untuk suami yang sudah tidak sabar-sabar dan 1/2 mug untuk saya yang hendak tahu sangat apa rasanya, mana tahu kot-kot saya boleh teka apa ramuannya.

Air ini baru saja dimasak, kebetulan orang tidak ramai. Lepas turn Din, berderu orang datang.
Saya tidak peduli pasal itu.
Saya lebih ingin tahu apa kandungan air ini.
Warnakan seakan teh. Rasanya seperti air mata kucing yang tawar.
    " Alah air mata kucing saja ni, air mata kucing kan ubat juga" saya buat kesimpulan.

Kata Din, sengal-sengal pada kakinya sudah hilang. Lendir dalam tekak pun sudah banyak keluar...
Jerawat bestfriend isterinya pun sudah banyak berkurang.
Wah wah wah hebatnya penangan air ini.
Kalau benda ini sudah famous, mesti ada kat internet.
Saya pon google.

ALLAMANDA GENUS.
Ini nama daun herba yang didakwa dimasak 60 helai setiap hari dalam 20 periuk oleh Encik tukang kebun itu....
Ingatkan bomoh.

Dakwanya daun itu diambil di hutan di Negeri Sembilan.
Sudah siap direbus, rasanya pun sedap, bayarannya pula seihklas hati, patutlah kena serbu!
Katanya, kalau amalkan kena berpantang kafien dan ikan pari.
Dakwanya lagi, dapat melegakan 15 jenis penyakit. Kena minum panas-panas sampai berpeluh-peluh, itu sebab ramai yang datang duduk bawah khemah yang disediakan, minum panas-panas, boleh tambah berulang-ulang.
Boleh tapau juga.
Orang Melayukan.
Pantang dengar benda begini, laju saja.
Jaga makan tidak mahu pula.

Saya baca lagi. 
Semua bermula bila penyelia yang bekalkan pokok Allamanda Genus untuk ditanam dikawasan sekolah memberitahu tuang kebun bahawa itu adalah pokok herba.
Kebetulan, tukang kebun ada luka akibat terjatuh. Dia cuba gunakan daun tersebut pada lukanya. Terperanjat kerana ia sangat berhasil....
Beliau mula merebus + mengamalkan dan berlaku perubahan dari segi tahap kesihatan lalu dipanjangkan pada jiran tetangga yang berpenyakit.
Dengan harapan satu negeri boleh jadi sihat. 
Wow.
Boleh percayakah?
Boleh buat untung lagi tu!
200-300 orang khabarnya setiap malam.

Bila wartawan tanya resepinya, dia akan kata-rahsia.
Ada pihak tawar berjuta untuk tahu formulasi- rahsia juga.
Ada yang hendak buat kajian- rahsia jawabnya.
Macamana saya boleh tahu rahsia besar dia ini?
Saya google saja!

Semoga kita semua tidak jadi mangsa kelentong.
Allah saja yang maha tahu.

Sekian.




No comments:

Post a Comment