Saturday, 10 October 2015

ENTRI 145: DIY : BUNGA KEPALA flower girl

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Hendak buat camana ini?

Toksah pening-pening.
Kita buat yang simple-simple.
Rasanya tidaklah complicated mana.


Saya bertuah dapat cekup cekak yang paling suitable untuk buat bunga atas kepala. Manik yang sudah ada adalah bonus. Harga setiap satu cuma RM 2.90.


La bunga melambak-lambak ini hendak buat menda mokcik oi?
Masa beli, kurang berfikir. Main rembat saja. Harga sejambak Rose Bud ini RM 3.60
Ambil pula sampai dua!


Angkut juga Bean Leaf ,setangkai ada 5 cabang yang berlainan panjang, harganya RM 4.20
Suka tengok daun ini.


Rasanya perlu juga beli Satin Ribbon 1/2 inci ini yang berharga RM 2.95



Potong Bean Leaf anggaran 20 inci dan lilit dalam jarak yang agak rapat supaya daunnya lebih dekat dan lebat. Gamkan hujungnya dahulu sebelum lilit, seterusnya gam pada jarak yang berpatutan supaya letaknya kejap.


Gunting Satin Ribbon pada anggaran 30 inci. Lebihkan 6 1/2 inci sebelum ikat pada hujung cekak. Ikat kuat dan bentukkan reben.


Kalau mahu yang simple, ini pun sudah memadai. 
Less is more!


Model cilik sedang menggayakan cekak yang sungguh ringkas ala-ala tidak cukup budjet.
Eh.


Ikat bentuk reben pada belakang kepala /tudung.


Mata saya kata, bunga ini agak gedabak. Lagipun kalau hendak glue terus pada cekak nampak tidak kemas. Walaupun begitu, tetap boleh diguna dan punya impak yang menarik.


Tengok itu, model sungguh manis berbunga atas kepala.
Menanti saat menyebok-nyebok depan pengantin.
Tapi macam ada yang tidak kena.
Bunga tu.

Tiba-tiba teringatkan sesuatu.


Cabut bunga kecik ini.
Rasa-rasanya ini yang paling kena dengan concept kita.
Kena cari lagi ni.


Kan?
Better. 

Majlis lama lagi.
Tapi saya tetap saya.
Tidak gemar kerja last minute.


Sekian.


No comments:

Post a Comment