Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...
Cerita di hari ketiga- Jumaat.
Jika sebelah pagi sudah menjejaki Hutan Sungai Sedim, sesudah solat Jumaat dibawa pula ke Hutan Lipur Ulu Paip untuk mandi manda. Walaupun tidak sehebat Sungai Sedim, agak selamat jugalah untuk kanak-kanak kerana arusnya tidak berapa deras. Saiznya juga agak kecil. Hujan turun dan berhenti tidak lama kemudian. Tercari-cari port yang sesuai. Kawasan terpencil itu tidak terurus. Kemudahan tandas dan surau tidak terjaga. Bergerak kedalam, melalui denai yang hanya sesuai dilalui pacuan empat roda....
Berhenti disatu kawasan lapang, berpondok namun sedikit menyeramkan selain kotor akibat tiada selenggaraan.
Sejujurnya sangat tidak selesa.
Laluan kecil membawa kepada satu penempatan sekolah tahfiz.
Menghafaz Quran perlukan suasana tenang dan jauh dari gangguan luar.
Gitu.
Cerita malam Jumaat.
Hampa pi la. Mughah...
Handbag ada...dompet ada....ghugi tak pi...
Ok mak-mak, jom pi Batu Ferringhi Night Market.
3 kereta kesana.
Dalam kereta,
Apasai tak sampai-sampai, kata dekat. Sudah 1 jam dah.
Jenuh lagu ni.
Jem pulak dah!
Jam menunjukkan hampir 11 malam!
Ia berupa canopy stall dibuka 6 pm- 12 pm.
Round sampai longlai kepala lutut.
Anak-anak bujang yang ada program lain sudah sibuk bagi mesej, bila nak balik?
Depa nakpi main bowling dengan bapak-bapak, tapi pusat bowling penuh orang.
Last-last pi makan char kuey tiow...
Malam kan masih muda.
Murah?
Dok aih.
Sama ja.
Belikan mak satu coach, harga tergantung RM 389
Gila.
Minta diskaun macam minta sedekah.
Bangla tu bagi RM 120.
Jadi la.
Boleh tahan mahai na.
Kami tak beli apa walau banyak barang perempuan.
Macam indah khabar dari rupa saja.
Nyesal pergi ek.
Baik pi pasar malam kat tempat kita.
Tiba homestay 1.15 pagi.
*****
Pagi Sabtu.
Ke Kulim mencari jeruk Pak Ali.
Depa pi.
Saya tak.
Ini jeruk yang dicari-cari.
Belum kena dah terasa, katanya.
Untuk pek besar harganya RM 10 dan pek kecil RM 5.
Jeruk Madu ini diusaha sejak 1985 lagi dengan campuran cuka epal, madu, air tapis, gula pasir dan buah terpilih.
Ingat Penang, ingat Pak Ali.
Jeruk ini tiada kesan batuk katanya, Selamat untuk dimakan.
Iklan tidak berbayar harap maklum.
Isnin.
Masa untuk pulang.
Seawal 4.30 pagi bangun mandi. Time management kena ikut sebab plan mulakan perjalanan seawal jam 7 .
Sayonara Kedah.
Sekitar 10 pagi berhenti di sebuah kawasan R & R arah selatan, kalau tidak silap diTapah.
Sukanya tengok R & R ini.
Design yang cantik dan kemas.
Beli limau bali, tanda sudah sampai Perak.
Mahal jugak- sebiji dalam sekilo RM 10.
Pekena nasi lemak sebab kat Kedah kami tidak jumpa walau sebungkus .
Yang selalu jumpa nasi kandar all the way..
Hujan emas dinegeri orang, kami sudah rindu negeri kami.
Alhamdulillah, selamat sampai depan pintu rumah jam 2.30 petang.
Rindu rumah.
Sekian.
Selamat mendobi.
No comments:
Post a Comment