Friday, 11 December 2015

ENTRI 162 : GUBAHAN COKLAT / GULA-GULA 4

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Last minute saya diminta gubah hantaran coklat/ gula-gula.
Replika masjid yang sudah disiap awal tidak dapat digunakan sebab agak besar, ditambah dengan bekas dulang berkaki yang baru diterima juga agak besar dan tinggi, memang agak leceh hendak dibawa jalan jauh.
Ku faham masalah itu.

Kita buat lain.
Bukannya susah.
Leceh saja.
Hi.


Saya terfikir mahu buat ala-ala jambangan bunga. First of all kena juga ada bekasnya. Saya guna loyang bulat untuk trace bentuk bulatan. Potong kotak dan buat dinding. Gamkan dengan glue gun.


Ini adalah antara jajan yang dibeli.


Bekas kotak tadi perlu dibalut. Apa jua kertas dan warna pun boleh sebab semua itu sudah tidak nampak sebab sudah ditampal coklat. Saya gunakan bekas kuih raya lama untuk sumbatkan gabus kering. Sumbatkan apa saja yang sesuai untuk menutup gabus. Saya juga buat bulatan dari kertas dari kotak dan balutkan dengan reben.


Selain gula-gula dan coklat, saya juga cekup beberapa batang lolipop. Ikat coklat bersaiz kecil ketat-ketat dan cantumkan pada batang lolipop. Kemaskan dengan pelilit bunga berwarna hijau atau putih.
Susun atas gabus. Cantum juga gula-gula dengan dawai halus dan untuk menaik seri saya masukkan sedikit manik putih dan reben berwarna cream. Gubahan mesti nampak penuh.


Untuk bekas luarnya pula, tampalkan coklat dengan glue gun. Letak gelungan yang dibalut dengan reben cream tadi diatasnya dan kemaskan dengan sebarang renda yang sesuai. Tampal lagi lebihan coklat.
Masukkan coklat bersalut kertas aluminium warna gold dan susun pada jarak yang sama. Jika ada lebihan coklat bolehlah ditampal dimana yang difikirkan sesuai.


Macam something terkurang somewhere. saya ingat hendak buatkan tangkai jadi ia akan kelihatan seperti sebuah bakul. Jadi saya tampal sebatang dawai bersaiz 16 dan balutkan dengan reben berwarna cream. Sambil balut sambil letak glue. Bila sudah siap, cuba lengkungkan. Gamkan pada bahagian dalam bakul tadi dan tampal lebihan coklat diatas lengkungan tangkai. Kemaskan dengan simpulan reben.

Akhir sekali lambakkan gula-gula disekeliling bekas kuih raya dalam bakul.

Alhamdulillah, semua sudah bercantum mesra.


Apa-apa gubahan pun mesti dibuat sekemas mungkin.




Tips :
Jangan buat awal sangat sebab kita akan berhadapan dengan masalah semut halus.
Sebaik siap letak atas bekas yang disapu minyak masak disekelilingnya dan letak dalam dulang berisi air.


Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.

Lihat juga :BINA MASJID
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (1)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (2)
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA (3)

No comments:

Post a Comment