بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Kita hanya mampu merancang .
Pada entri 41 yang lepas- saya ada bercerita hajat mahu menghadiah hantaran berbentuk replika masjid yang akan dilekat dengan coklat serta gula-gula. Alhamdulillah, anak ustazah itu sudah pun selamat bergelar isteri bulan lalu. Saya tidak dapat gunakan replika tersebut walaupun telah lama menyiapkannya. Saiznya agak besar!
Tukar plan B.
Buat saiz yang lebih kecil.
Saya hadkan saiz basenya yang berupa gabus putih setakat 10 incix 10 inci sahaja berbanding 12 inci x 12 inci pada hantaran yang lalu.
Kali ini saya gunakan aluminium foil paper berbanding crepe paper pada replika dulu.
Ada kelainan kerana warna kertas aluminium foil ini lebih terang. 3 kertas putih kecil dalam gambar diatas adalah saiz coklat yang saya selalu gunakan. Ini bagi memudahkan saya mengira dengan agak tepat ketinggian dan lebar dinding yang akan dibina nanti.
Lakar pelan yang sesuai.
Gunting pelan untuk dapatkan anggaran kedudukannya. Tekap dan ikut dengan pen supaya memudahkan bila mahu melekatkan dinding pada base nanti.
Setelah mengira jumlah coklat yang akan digunakan, saya anggar ketinggian yang sesuai hanya 5 inci. Potong kotak terpakai mengikut ukuran pelan tadi dan untuk mematahkannya, saya gunakan pisau dan tekan sedikit tanpa putuskan kertas, supaya ia menjadi sempadan yang mudah dilipat mengikut ukurannya. Pada dinding sebelah belakang saya tandakan satu garisan selebar 1 inci sepanjang dinding-dinding itu.
Balut dinding-dinding yang telah digunting dengan sabar. Kata nak bina bangunan. Memanglah tidak mudah. Perhatikan balutan saya sebelah dalam- kertas dibalut hanya sampai ke garisan 1 inci yang saya telah tanda. Gamkan mengikut dinding. Bila sudah 'patahkan' kertas yang telah dibalut, baru gamkan dinding yang disebelahnya. Bila sudah siap, gamkan pada pelan dasar yang telah kita tekap dengan pen tadi.
Faham?
Gunting kertas dari kotak tebal (saiz kecil 1/2 x 3 inci) dan tampal pada sebelah dalam kotak pada garisan yang telah ditanda 1 inci. Buat pada beberapa tempat. Ini adalah untuk sokongan kepada bahagian siling yang akan dilekat diatasnya nanti.
Buat siling pula berdasarkan pelan lantai dan cuba acu dulu samada muat atau tidak, adjust mana yang perlu.
Kerja begini perlu teliti dan tidak mudah.
Kadangkala tidaklah jadi tepat ukurannya. Adjust saja mana yang dapat.
Bila saiznya sudah ok, baru balut. Basic sudah siap.
Perlu dicantikkan lagi.
Kumpul barang terpakai. Saya akan gunakan botol air mineral dan kotak ubat gigi. Cuba dulu untuk tengok proportionnya. Selagi mata rasa ada yang tidak kena- ubah dan cuba cara lain.
Perlu juga detailing (perincian).
Gunting kertas keras putih dari kotak terpakai untuk mendapat bentuk tingkap. Saya lekatkan dengan kertas berpelekat berwarna hijau.
Cipta details yang lain, seperti arca yang menghiasi pintu dan tingkap.
Gunting kertas dari kotak dalam saiz yang sama, gulungkan dan gam. Balutkan dengan belakang kertas aluminium foil bagi mendapatkan warna putih. Ini adalah sebagai tiang. Gamkan bila semua siap dibalut kemas.
Buat juga arca untuk dilekat atas tingkap. Buat sekemas habis.
Oleh kerana warna tema bagi majlis ini adalah pink, jadi saya masukkan renda pink untuk menghiasi gabus putih yang telah dibalut tadi. Rasanya saya perlu korbankan 2 acuan lompang.
Ini antara dua jenis coklat yang selalu saya gunakan.
Dengan menggunakan glue gun, tampal coklat bermula dari bawah.
.
Ambil 3 butir gula-gula dan ikat ketat menggunakan dawai atau benang, cantum pada dawai dan cucukkan dibahagian hadapan sebagai 'pokok'.
Untuk dome (kubah) dari muncung botol air mineral, masukkan gula-gula kedalamnya padat-padat dan dengan terbalikkan- gam segera. Semua sudah siap.
1
2
3
Mak pengantin terharu bila nampak gubahan saya ini.
Alhamdulillah.
Sekian.
Lihat juga :BINA MASJID
:GUBAHAN COKLAT/GULA (1)
:GUBAHAN COKLAT/GULA (3)
:GUBAHAN COKLAT/GULA (4)
No comments:
Post a Comment