Thursday, 15 May 2014

ENTRI 41 : REPLIKA MASJID ( 1 ) UNTUK HANTARAN.

Pengisian : Agak menghairankan. Ada manusia mencuci wajahnya berkali-kali namun tidak pula teringat untuk mencuci hatinya walau sekali.

Bismillah....


    " Acik nak bagi something untuk hantaran..boleh?" 
Gadis awal 20 tahun itu tersenyum. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Sedar tidak sedar sudah lima bulan saya dan seorang jiran mengaji di rumahnya. Anak dara ustazah yang belajar disekolah tahfiz itu akan melangsungkan perkahwinannya penghujung musim raya nanti. Kerana rasa terhutang budi kerana mengajar kami tanpa bayaran (ikhlas kata umminya) maka amat berpatutanlah saya beri sesuatu sebagai hadiah.

Bermula sesi memerah idea.
     Apa ya yang boleh buat dia impress? Diakan ustazah yang bakal mendirikan masjid. Apa kata buat sebuah replika masjid, tampal dengan coklat dan gula-gula?.Senang atau tidak,bukan isunya. Yang penting,cuba buat. Dia mesti suka.

Mula mengumpul barang terpakai. 


Barang-barang pertukangan, serta kotak-kotak terpakai- kali ini saya gunakan gabus putih berukuran 12x12 inci sebagai base utama.


Saya memang selalu kumpul kotak-kotak terpakai untuk recycle semula.


Projek begini memerlukan  perancangan yang teliti. Hendak bina masjid mana boleh hentam keromo. Buat plan dulu. Kena ada peralatan yang sesuai dan otak kena cergas .
Base adalah 12x12 inci. Jadi tapak bangunan yang perfect adalah lebih kurang 10x10 inci. Kita akan mereka bangunan within that area.
Sesiapa yang pernah berangan mahu jadi arkitek- ini adalah suasananya, sudah boleh rasai tekanan kerja-kerja yang memeningkan.
Jadi mulakan dengan memotong kertas dari kotak sebagai asas building


Saya sudah ukur, ketinggian yang sesuai adalah 5 inci. Ikut pelan yang sudah dibuat. Cadang-cadang mahu bina tunnel ditengah-tengah supaya building tidak monotonous bahkan menjadi lebih impressive.


 Balut dulu dinding, lebih-lebih lagi bahagian tunnel dan the base. Saya gunakan kertas crepe berwarna gold. Lepas itu bolehlah gamkan mana yang patut.  Bagi memudahkan semua bahagian bercantum dengan tepat, ukuran yang dibuat mestilah betul.


 Ada laluan ditengah-tengahnya. Saya siapkan penutup yang akan diletakkan diatas dinding-dinding itu -sebagai silingnya (ini pun kena refer plan) Lepas itu boleh ambil kotak-kotak kecil dan acukan pada binaan, pilih mana yang paling suitable and boleh beri features yang menarik.


Habis acuan lompangku. Guna apa yang patut. Saya guna kotak ubat gigi, penutup kotak selinder kain pelikat, kotak kon ais krim dan lain-lain.


Acara yang menakutkan. Mengorbankan barang-barang kesayangan.
Jangan gam dulu sebab belum finalised mana yang paling sesuai. Mana rasa kurang menarik,buang tepi.
 

Fikir....fikir....kepala arkitek sudah mula berasap.
Fikir something yang unik. Maybe sedikit touch of arabic architecture ke, moroccon ke, mongol ke, ah whatever!
At last terfikir sesuatu yang awesome!
(mood  jadi tidak stabil sebab ruang tamu rumah sudah macam tongkang pecah)


Acu balik. Tengok dari segala sudut- front elevation - rear elevation - right and left elevation. 
Semua kena diambil kira.Tengok proportion.


Tengok dari pandangan mata burung, lepas itu tengok dari dalam tempurung.


Para pengkritik bangunan akan berasa kagum.
Tambah detailing. Setelah dibungkus cawan kopi kapal api kawww, ia menjadi sungguh tidak kawww lalu keluarkan mereka dari senarai.


Cari alternative lain -apa yang bercirikan seperti dome masjid. Acuan lompang nampaknya kurang suitable.
Cuba botol air mineral- ok solve problems!. Penutup botol pun boleh digunakan pada tempat yang memerlukan perincian.
 
 
Potong bahagian atas botol. Buatlah detailing yang wow sikit. Saya sudah pun balut keseluruhan binaan dengan kertas gold. Renda coklat lebihan menjahit langsir, memang banyak membantu.Bukan bahagian muncung botol air mineral sahaja yang berguna, bahagian bawah juga diguna sebagai kubah masjid.

Jom kita lihat hasilnya

1
                                                     
 2

  3
                                          

Lawa?
Memang agak stress menyiapkan projek ini, tapi saya berpegang pada prinsip-setiap kepayahan itu pasti akan berakhir dengan kemanisan. Satu kepuasan yang sukar digambarkan.

                               
  Macam architecture dulu-dulu.


Banyak yang saya skip, tidak sempat snap step by step.

  
Balcony atas dibuat untuk melambakkan gula-gula didalamnya, banyaklah gula-gula dapat diisi nanti.
Boleh juga diguna  pengantin untuk berlari-lari sekeliling tiang. Sambil menyanyi, sambil menikmati secawan kopi kapal api betul-betul kaww...!


Pada dinding-dinding yang kosong akan dilekatkan coklat bersaiz kecil bersampul warna pink atau mengikut tema warna majlis.

                                         
   Pandangan dari sudut lain.
.

Dalam penutup botol itu ada keratan botol plastik air mineral yang lebih kecil sedikit saiznya dan saya lekatkan batu-batu dari renda langsir dengan susunan yang membulat, menghasilkan effect yang amazing.


Ini pula bahagian bawah botol air mineral 1.5 liter yang diterbalikkan. Juga saya lekatkan dengan batu dari renda langsir.

                                                
  Guna saja bahan recycle.

                                                   
 Finally.

 

Well done.

Sengaja saya buat awal supaya tidak kelam kabut nanti. Musim raya mana ada masa, sibuk bertandang dan memenuhi undangan open house.Tambahan pula saya memang tidak gemar kerja last minutes. Biar rumah saya bersepah sekarang. Kerja saya nanti cumalah tampal coklat dan tabur gula-gula pada kawasan yang telah ditetapkan. 

The end! and they live together happily ever after....

Peringatan : apabila sudah ditampal coklat dan gula-gula,replika ini akan bertambah berat. Perlu ambil kira juga faktor ini,apatah lagi jika majlis melibatkan perjalanan yang jauh.

Sekian.

Lihat juga : BINA MASJID
                 : GUBAHAN COKLAT/GULA (2)
                 : GUBAHAN COKLAT/GULA (3)
                 : GUBAHAN COKLAT/GULA (4)
    

2 comments: