Saturday, 3 May 2014

ENTRI 27 : RESEPI SERIMUKA 2.

Pengisian : Berfikir sebelum membuat adalah kebijaksanaan....berfikir selepas membuat adalah satu kebodohan....tetapi membuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.









Geram sungguh bila tengok kuih ini . Lebih-lebih lagi jika potongannya kemas dan cantik,dengan lapisan hijaunya elok mengeras.
       
       Kali ini saya mencuba resepi yang ini.

       RESEPI SERIMUKA.

Lapisan pulut:

2 cawan pulut putih (rendam semalaman)
160 ml santan pekat (santan kotak)
160 ml air
1 sudu teh garam halus
1/4 cawan pulut hitam (rendam semalaman)

Lapisan serikaya:

200 ml santan pekat (santan kotak)
100 air  (blender dengan 4 helai daun pandan-tapis )
3 biji telur (gred B pun boleh )
160 gm gula
4 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar + 1 sudu teh tepung gandum
2 potong hirisan serai
sedikit pewarna hijau

Caranya: Masak pulut hitam terlebih dahulu bersama 3 cawan air bersama 1 sudu teh minyak selama 1/2 jam. Tos dan sejukkan.
Kukus pula pulut putih bersama santan dan garam selama 25 minit. Setelah masak,masukkan pulut hitam dan gaul-gaul dengan garfu.

Teringin pula hendak buat dalam versi comel.


  Seperti biasa bagi mengelakkan kuih dari melekat,sapu dengan sedikit minyak masakPastikan pulut dan pulut hitam sudah dimasak.


Kerat-kerat daun pandan. Oleh kerana saya kurang suka makan lapisan hijau yang plain sahaja manisnya,saya letak sedikit serai. 
Kisar semua- saya kisar santan,air,daun pandan dan serai sekaligus.


Saya tapis 2 kali. Sukat sekali lagi jumlah yang diperlukan.


Satukan semua bahan- kisar supaya tiada tepung berketul. Tuang kedalam periuk.  


 Titis sedikit pewarna untuk menyelahkan warna hijau. Masak dengan api sederhana sehingga menjadi sedikit likat.


Mampatkan pulut (guna sarung plastik yang disapu sedikit minyak supaya pulut tidak melekat ditangan).
Sudukan adunan hijau kedalam acuan.


Kukus 20 minit. Jangan lupa balut penutup periuk kukusan.
Bila sudah masak, keluarkan acuan-acuan itu dan sejukkan dalam dulang berisi air. Permukaan kuih mungkin kelihatan mengembang tetapi akan mula menyusut sebaik sejuk.






Semoga memberi inspirasi.



Sekian.

No comments:

Post a Comment