Monday, 19 May 2014

ENTRI 44 : JAHITAN.

Pengisian : Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisan dan tidak mensia-siakan umurnya  - Imam Ali.

Bismillah....


Memandang lesu kain yang tersusun diatas meja rendah diruang tamu membuat hati sedikit tertekan. Sudah agak lama terbiar disitu. 

Straight to the point.
Malas.
Kenapalah agaknya
Tapi saya mesti mulakan. 
Itu adalah baju raya kami sekeluarga!

*******

Emak mula menjahit sejak muda. Sebaik sahaja berkahwin dan berpindah kerumah sendiri, dia telah menghadiri kelas jahitan Kemas yang diadakan di masjid. Mula mengambil tempahan dari orang kampung sehinggalah ke hari ini.
      " Dah sedap dengan jahitan emak kau...."
Itu kata regular customer. 
Dramalah juga bila ada yang tidak dapat menerima penolakan dari emak. Selalu terjadi menjelang akhir bulan puasa. Banyak tempahan ditolak. Si makcik ini kelihatan pasrah bila emak menerangkan kenapa bajunya tidak dapat dijahit. Diluar rumah, ketika menyarung selipar jepunnya, dia mengomel-ngomel...
    " ...kesian cucu-cucu aku,mana lagi aku nak hantar kain-kain tu....." 
Diatas sofa terletak elok satu bungkusan plastik merah. 
Saya memandang si makcik yang semakin menjauh, tanpa sebarang apa-apa yang dijinjingnya!

Baik punya drama.



Saya?
Belajar menjahit dari emak?
Tidak pernah!

4 bulan selepas bernikah, saya yang tinggal dirumah mertua pergi mendaftar kelas menjahit. Pelajarnya ramai. Masa saya banyak terbuang, memerhati, memerhati dan memerhati. Tidak boleh jadi..Saya angkat tangan. Cikgu datang. Setelah memberitahu saya budak baharu, diambil buku seorang pelajar lain dan disuruhnya trace pelan baju blaus. Kemudian dia sambung semula kerja yang terberhenti tadi iaitu menyembang!
Saya salin saja membuta tuli. 
Siap. 
Saya memerhati semula. Si cikgu terkekeh-kekeh dengan teman yang mungkin pelajar senior, mungkin kawan-kawan sekolahnya atau mungkin adik angkat bapa dia- whatever!

Adakah saya hadiri kelas seterusnya?
Tidak.
Kerana bosan?
Tidak juga.
Pening kerana tidak faham pola? 
Pening gelagat cikgu?
Tidak! Tapi saya memang pening kerana baru saja berbadan dua!
Maka berakhirlah  satu impian yang baru sahaja hendak jadi kenyataan.

The end.

Pola baju blaus. Walau setiap yang dicatatkan disitu tidak saya fahami namun ia berguna juga. Saya jahit juga blaus secara hentam keromo berdasarkan pola itulah.
 Blaus-blaus yang saya pakai ketika mengandung anak sulung.

Banyak kesilapan berlaku, dari situlah saya belajar perlahan-lahan. 

  " Malam ini kita keluar eh?"
" Nak cari apa?"
  " Kain ela. Ni....kain Zara dah salah potong.."  
Malam itu kami ke kota fesyen.
   " Ha sama!. Yang warna biru bunga besar-besar tu...." gembira dihati bukan kepalang. Dapatlah ganti tanpa diberitahu tuan kain. Harga pun tidak mahal. Lega sungguh. 
Setibanya di rumah, rasa hendak meraung! 
Menyesal kerana tidak bawa cebisan kain. Coraknya sangat sama cuma warna bunga sedikit lain. 

    " Maaflah Zara, kan aku sudah cakap awal-awal? Kau hendak juga hantar."
     " Tak apa, tak kisah pun. Yalah, yalah- aku takkan hantar lagi. Bukan sebab engkau jahit tak kemas sebab aku takut kau kena beli kain lain lagi nanti....hahaha!."

Ya lah! kelakar sangatlah tu kan?

Gembira juga nampak  Zara pakai baju biru bunga besar yang telah saya jahit itu. Baju yang tersalah gunting saya alter untuk buat sepasang kurung anak daranya. Kata mereka, baju-baju itu sedap dipakai. 
Syukur.


Sekian.


 
 




No comments:

Post a Comment