Pengisian : Usah kamu mengabaikan seseorang kerana itu akan membunuh kasihnya kepadamu. Usahlah melupakannya kerana kasihnya akan tertutup untukmu.
Bismillah....
Kami saling merindui. Dia masih lagi bekerja di Kuala Lumpur manakala saya sudah pulang kekampung halaman sebaik sahaja berkahwin.. Sesekali bergayut di telefon, melepas yang terbuku dihati.Yang pasti, kemesraan itu sentiasa dibajai.
" Buat apa tu?memasak? mengemas? mengemop?..heh..heh..."
" Ya,apa lagi? Tidak kerja ke Cik Enon?"
" Tengah break lah ini.Hadapan aku, nasi tomato kegemaran engkau. Hari ini aku makankan
untuk engkau ya? "
" Ala..."
Rindu betul nasi tomato kedai itu.
Rindu juga kenangan-kenangan lalu.
" Jom travel, bosanlah asyik kerja" cadang Enon.
" Travel?" bukan kebiasaan bagi saya.
" Kita pergi Langkawi!"
" Ha?jauhnya. Aku kena ikut ke?"
" Kau? wajib!"
" Aku ajak Nina sekali. Nak ajak Dina susah. Sudah berlaki..."
Mengembaralah kami bertiga, anak dara yang kononnya adventurous!
Perjalanan menaiki bas bersambung-sambung dari Puduraya menuju ke Kuala Kedah itu memang lama dan membuat kepala saya pening. Bersambung menaiki feri pula untuk ke Langkawi.
Di sana kami meronda menaiki kereta sewa yang dipandu Enon. Menyewa di sebuah chalet comel yang harganya amat murah, cuma RM 30++ sahaja! Sesuai sangat dengan 'destinasi bajet' kami! Banyak tempat menarik . Kegiatan utama bukan membeli belah kerana belum lagi jadi 'emak-emak'. Seperti anak dara yang lain, kami suka berposing. Air Hangat Village, Craft Cultural Complex, Rumah Mahsuri, Galeria Perdana dan Pantai pasir hitam-antara yang di lawati. Kebanyakkan entrance fee cuma RM 2.00 (zaman lewat 90an.)
" Jom contect Mazni.."
Kami mendongak memandang Menara Komtar Pulau Pinang yang tinggi melangit. Sanggup menunggu hingga tiba waktu break, barulah naik keatas untuk menemui seorang lagi teman semasa belajar dahulu. Malam pula bermalam di rumah Nina di Butterworth setelah seharian meronda. Penat sungguh kerana kami hanyalah naik bas, turun bas, menapak dan menapak. Rasanya sudah beribu kilometer telah kami berjalan demi mencapai satu kepuasan!
Namun itu cerita dulu.
Cerita yang sudah lama berlalu.
" Non!! Ada hal sikit"
Gementar.
Bolehkah dia menerima? Apa reaksinya? Marah?
Semalam semasa sibuk melayan anak-anak dirumah, telefon berdering. Seorang kawan lelaki meminta jasa baik saya untuk turut sama membantu. Dibuat atas dasar ingin menolong kawan,konon.
Kata-kata Wan Kelantan yang baru beberapa bulan mendirikan rumahtangga itu membuat saya bermenung. Perlukah saya terlibat sama?
" Cakaplah! kata ada hal nak bincang?"
" Eh...ada...ada...."
Saya tahu saya perlu kuat. Atas rasa tanggungjawab saya juga teringin membantu dia.
" Kau kenal Rosdi?"
" Rosdi? yang pendek-pendek ?"
" Sekarang ini dia belajar fine art, buat lukisan untuk dijual. Mungkin nak lari dari line kita dulu..Kau ada baca colum sukan tidak kat paper? Tak percayakan dia ada masuk acara angkat berat.?ha..ha...ha..tak padan pendek?..ha ha ha...."
" Cakap je la. Kenapa dia tu..."
" Er dia single lagi tau....bla...bla...bla....."
" Ha??? Kau nak jalankan dengan aku lah ni? Apasal? Korang ingat aku desperate sangat?" PANG..!!..gagang diletak kasar!
Saya bagai kena tampar.
Sejak itu saya kehilangan dia. Rajuknya sampai kehari ini.
Dan dia masih belum bertemu jodoh.
Ya Rahim, kau lembutkanlah hati Enonku dan kau temukanlah jodoh terbaik untuknya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment