Kenangan zaman sekolah.
Kalaulah boleh ku undur masa.....
"Izwan kirim salam"
"Kenapa? Sudah gila?"
Berkirim salam pada saya ?
Pelik.
Bin mustahil.
Karut lagi marut!
Saya buat biasa sahaja. Apa sangat kalau setakat berkirim salam. Tidak menjadi kudis pun. Menanah pun tidak.
Peperiksaan SPM bakal menjelang. Siapa saja yang tidak gentar. Stress level mencanak naik.
Buku log sampai ke tangan saya petang tadi.
Senyum berbaur suka. Lega dapat juga release tension. Buku panjang berkulit tebal itu diedar kepada setiap pelajar tingkatan lima setiap penghujung tahun sahaja. Terpulang hendak tulis apa- kata-kata azimat, nasihat, dalam bentuk pantun,puisi, apa sahaja ikut kreativiti masing-masing. Sekarang giliran saya!
Konsep mestilah unik dan kreatif. Setelah puas memikir,akhirnya saya melukis sebuah warkah bergulung atas dan bawah,siap dengan kesan shade and shadow. Biar nampak 'hidup'. Ditengah terisi tulisan tangan saya yang biasa (saya pun sudah lupa apa yang saya tulis.) Setelah berpuas hati, buku itu pun serahkan kepada rakan yang lain. Buku log tersebut akan diletakkan di library sebagai buah tangan dari batch kami.
Tanpa saya sedar, gossip mula bertebaran. Saya dikatakan menaruh hati pada Izwan, ketua murid yang merupakan pelajar terbaik keseluruhan batch kami. Saya jadi bingung. Tiba-tiba wujud 'orang tengah'. Mereka nampaknya lebih berminat hendak tahu, berbanding saya. Mana tidaknya! Skandal ini melibatkan seorang ketua pengawas dengan seorang student perempuan yang sangat pendiam dan sangatlah kampung. Satu gandingan yang tidak kena, tidak mantap dan tidak wajar sama sekali!
" Aku tahu!..." Najwa kelihatan beria-ia. Saya diam menelinga, membiarkan 'orang tengah ' itu menjalankan tugas tidak rasminya.
" Sebenarnya Izwan ada secret admirer!. Setiap minggu dia dapat kad yang ditulis dengan ayat jiwang gila. Siapa baca mesti rasa hendak muntah "
" Lantak dialah,apa kaitan dengan aku?" soal saya.
" Dia tak tahu siapa. Mestilah dia hendak tahu sangatkan?"
" Habis tu,takkan tembak je. Apasal aku pulak yang kena....?"
" Dia compare tulisan dalam kad yang dia dapat dengan tulisan yang ada dalam buku log form five tu-tulisan si jiwang sama dengan tulisan engkau....!!"
???????
Ha? Mana boleh macam itu.!!!
Terang-terang saya difitnah!
TAPI! I took no action. Lantaklah diaorang. Janji saya tak buat. (agaknya pada masa itu semua orang memandang serong - ewah ewah nampak saja diam tapi rupanya..kwang kwang kwang.....)
Rupanya ada kesan juga pada mental. Sejak itu airmata peneman setia,jiwa menjadi kurang tenang, kurang fokus.
Akhirnya keputusan SPM saya merudum.
" Di pihak saya, saya takkan menghebah-hebahkan, tidak tahu pula dipihak awak.." lembut saja suara itu menerpa gegendang telinga.
Amboi mudahnya!
Memanglah kau tidak akan hebahkan, sebab nanti kau yang dapat malu. Habis itu, malu yang aku tanggung -ada kau fikir...?
Siapakah dia?
Dialah dalang disebalik semua ini. Niat asalnya mahu menaikkan semula semangat Izwan siketua penyangak pengawas nampaknya tidak berhasil sebaliknya nama saya pula yang menjadi korban. Atas rasa tanggungjawab (kononnya),dia datang memaklumi saya.Tulisan pada kad jiwang bukan miliknya tetapi tulisan seorang pelajar junior (yang rapat dengannya) yang punyai tulisan tangan yang cantik.
Adakah nama saya kembali bersih?
Tidak.
Kejam sungguh!
********
Bayangkan jika perkara itu terjadi pada usia saya yang sekarang?
Pelan Tindakan Saya :
Perkara pertama- Bersemuka dengan junior sibendul..( ambil secara baik-buku tulis karangan Bahasa Malaysiannya )
Perkara kedua- Pergi date dengan Izwan.
DUSH!!...DUSHHH!!!..
Bagi pelempang dulu ke..?
Tidak!Itu bunyi saya tendang meja atau kerusi berdekatan.
Perkara ketiga- Dialog pembuka bicara...
" Buka mata besar-besar ya!!! On your right is my beautiful handwriting- On your left, is hers!
Tulisan aku jauh lagi mantap ok! These small matter pon tak boleh beza ka?
Lucut jawatan sekarang!!
DUSHH!!!..DUSHH!!!
Apa pula itu?
Saya tumbuk meja pula!
Perkara keempat- Cornfirm Si Izwan terduduk kerana tidak tertahan menanggung malu!
Kalaulah dapat kuputar kembali masa.
Moral of the story?
Jangan biar orang memijak-mijak kepala anda. Pijaklah kepalanya semula!
Geram betul!
Sekian.
Harap belajar sesuatu.
No comments:
Post a Comment