Pengisian : Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
Bismillah.....
" Inilah kuih yang paling abah tak suka.."
Tidak apalah abah. Kami semua suka.
Selalu juga buat kuih ini, asalkan ada daun pandan. Kerana saya sebolehnya cuba untuk tidak pakai pewarna tambahan. Lainlah jika berniaga.
APAM SERIAYU.
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan gula halus
1 penutup esen vanilla
1 sudu besar ovalett
santan kotak
10 helai daun pandan
3/4 cawan air
secubit garam
( Saya buat begini- 10 helai daun pandan diracik dan diblend dengan 3/4 cawan air. Tapis 2 kali kemudian penuhkan 3/4 cawan air daun pandan itu dengan santan pekat dari santan kotak sehingga penuh. Campurkan secubit garam kedalamnya dan kacau rata-rata)
kelapa parut putih
2 sudu besar tepung gandum atau tepung ubi
1/2 sudu teh garam halus
( gaul rata )
Cara-cara membuatnya:
Kali ini saya tidak menggunakan santan kotak sebaliknya kelapa parut segar untuk dapatkan santan. Kenalah cuba cara lain juga untuk tahu hasilnya.Jadi resepi kali ini harus ditukar menjadi begini...
1/2 biji kelapa parut
1 1/2 cawan air
10 helai daun pandan
secubit garam
1/2 biji kelapa parut diblend bersama 1 1/2 cawan air. Tapis untuk dapatkan 1 cawan santan.
10 helai daun pandan diracik-racik, masuk kedalam blender. Tambahkan 1 cawan santan tadi.Tapis 2 kali. Jangan lupa masuk secubit garam dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Step 1 : Sukat tepung gandum dan tapis soda bikarbonat. (supaya tidak ada soda yang berketul, adakala terasa sedikit pahit jika soda tidak ditapis,saya sudah rasa pengalaman itu-guna saja penapis kopi yang kecil)
Step 2 : Gunakan gula castor. Kalau hendak guna gula pasir- blend kering. Kalau tak, memang payah hendak hancur bila dipukul dengan telur nanti.(ini pun saya sudah rasa)
Step 3 : 3 biji telur yang segar ( sebagai langkah berhati-hati, pecah secara berasingan supaya kejadian tercampur telur rosak tidak berlaku (pernah terjadi juga)
Step 4 : ovalett dan esen vanilla
Minyakkan acuan supaya kuih tidak melekat bila hendak dikeluarkan.
( pernah juga rasai pengalaman kuih melekat pada acuan)
Kelapa parut putih digaul rata bersama 2 sudu besar tepung gandum dan sedikit garam halus (tepung adalah sebagai agen pemekat-jika tidak letak-kelapa akan berderai). Cubit sedikit dan tekan-tekankan kedalam acuan. Panaskan periuk kukusan, letak beberapa helai daun pandan kedalam air kukusan.
Putar telur, gula dan esen vanila dengan kelajuan maksima selama 5 minit sehingga putih gebu.
Perlahankan speed, masuk 1/3 tepung gandum-putar berselangseli santan sehingga betul sebati. Akhir sekali masukkan 1 sudu besar ovalette. Pastikan ovalette betul-betul hancur. Kuatkan speed pada setengah minit terakhir.
(boleh juga masuk ovallete awal- selepas 5 minit memukul telur,sebelum dimasuk tepung dan santan)
Sudukan kedalam acuan dan kukus 10-15 minit. Jangan lupa balut penutup periuk kukusan supaya air wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.
Sementara menunggu kuih masak, masih ada lagi separuh adunan yang tinggal. Jadi saya hendak tunjuk cara nak buat pattern. Bahagi adunan kepada 2. Satu- biarkan warna asal. Yang lagi satu- titiskan sedikit pewarna hijau. Ambil acuan. Sudukan separuh dari adunan berwarna asal dan sengetkan sedikit acuan tadi kearah kanan.. Cepat-cepat sudukan adunan berwarna hijau terang pula memenuhi acuan tadi sebelah kiri pula.
Cantikkan? Masukkan kedalam periuk kukusan setelah kuih yang mula-mula tadi sudah masak.
Yang diatas, kuih tanpa pewarna tambahan. Yang dibawah-kuih yang ada pattern. Warnanya lebih terang.
No comments:
Post a Comment