Thursday, 8 May 2014

ENTRI 34 : MISI MENCARI/MENOLAK JODOH ( Episod akhir)

Pengisian :  Boleh jadi Allah mengabulkan harapan kita dengan tidak memberi apa yang kita inginkan kerana Dia maha tahu bahaya yang akan menimpa disebalik keinginan tersebut.

Bismillah...


Lagi?
Eerggh!!
Kali ini stress tahap maksima! kerana yang mahu menjalankan adalah adik tiri abah. Mana boleh kata- 'tidak mahu'! Gila ? Bagi mengelak masalah, semuanya harus diturutkan.
Ya....baik.
Ok boleh.

Saya masih ingat kami berempat (abah dan emak saya tidak diberitahu - rahsiakan dahulu) berkereta menuju ke rumah keluarga lelaki itu (keluarga angkat mereka). Jantung terasa mahu gugur. Yang pergi hanyalah jasad.

Rupanya kami sangat dialu-alukan.
Maklum sajalah, mahu ditemukan dengan adik bongsu lelaki mereka. Kebetulan ketika itu cuti sempena sambutan hari raya haji, jadi seluruh keluarga ada berkumpul di rumah emak mereka. Terasa  keikhlasan itu. Mereka memang orang yang baik-baik.

    Ya Allah...jika ini jodohku...kau permudahkanlah segala urusan ini. Jika sebaliknya..maka kau
jauhilah dia dari  aku Ya Allah......

    Siapakah lelaki kali ini..?
Usia awal 30an. Wajah saling tidak tumpah Amy Search. Tidak tipu! Menjalankan bisness kecil-kecilan di Kuala Lumpur. Tempat kerjanya itu amat berhampiran benar dengan rumah sewa saya rupanya. Memikirkan campur tangan keluarga, mahu tidak mahu terpaksa jua saya hadapi apa jua yang bakal berlaku.

    " Wak...nanti kita balik KL sama eh? "
"Err......"
  
Amy Search mempelawa saya balik sama!
Ahad yang dijanjikan, kami balik berdua. Sebelum menaiki bas, dia sempat berjumpa rakan-rakannya terlebih dahulu. Mungkin mereka telah berjanji. Saya cuma memerhati dari jauh. Rata-rata mat motor.   Setelah tamat perbualan, dia terus datang menghampiri saya dan  seorang rakannya telah menjerit dari jauh.....
   " Lepas ni kau kenalah pakai kopiah..."dan yang lainnya ketawa. 
Hati saya jadi panas.
(peratusan untuk menerima mula menurun)
Apa?
Pakai tudung itu 'alim'?
Kamu semua celik hukum atau tidak?

 Bersyukur betul kerana lelaki ini akhirnya telah berterus terang. Terlalu  jujur! Mungkin anggapannya saya ini akan menjadi isterinya dan perlu tahu segala perkara.Yang dia tidak tahu ialah- saya sedang menilai dia. Saya tidak akan teragak-agak untuk angkat kaki sekiranya ada yang tidak kena.
Heh.

Teringat lagi kata-katanya didalam bas.

    " Wak! saya ni 'zero'..! semua benda saya 'zero'....bla...bla..bla...."
Pengakuan demi pengakuan. 
Bagus! 
Saya terpaksa mengambil risiko,dicaci makcik dan keluarganya. Mungkin dikatakan terlalu memilih. Berkecil hati mungkin kerana mereka juga akan mendapat malu. Saya mesti tegas.Saya lebih sayangkan masa hadapan sendiri.

   " Nanti saya belajar sembahyang ya wak!".
Elok benarlah!
Umur dah berapa?

Apa rasanya seorang yang mengaku dirinya hampir perfectionist..ditemukan dengan seorang yang zero in everything?
Bagi si zero mestilah no problem.
Tapi adakah saya pula yang akan menggalas seribu tanggungjawab demi memenuhi rongga-rongga kosong yang ada pada dia? Membimbing dia? Tugas sayakah?

******

     " Hello!...ada rumah tak?...tadi saya lalu depan rumah awak...Pagi tadi pun..."
      ???
      " Saya baru balik dari kelas mengaji."
     
 Oh Tuhan, saya betul-betul tidak boleh teruskannya. Saya tidak mahu hipokrit!

  Ternganga mulut makcik-makcik keluarga sebelah emak mendengar cerita ini. Semua diceritakan dalam satu mesyuarat tergempar. Saya ceritakan yang si zero mempunyai seorang kawan dari kampung nenek dan apabila disebut nama kawannya, makcik-makcik sebulat suara menolak si zero!Alasannya, kenalan si zero itu adalah kepala samseng kampung. 
Keputusan sudah diambil. 
Apa alasan saya ?
     " Katakan saja keluarga sebelah emak engkau sudah lama ada pilihan sendiri. Baru-baru ini rundingan sudah dibuat dengan pihak lelaki, cuma kau saja yang tidak tahu..." 

 Logikkah?

Logik atau tidak,tolak tepi.

******

Si zero terdiam lama bila saya mengkhabarkan.

      Keluarganya semestinya marah.
      " Taklah marah...tapi kata mereka awak sudah 26 tahun, takkan tak boleh buat keputusan sendiri...."
Saya diam.
Maafkan daku wahai Amy.



Berjaya lagi melepaskan diri!
Baru dapat tarik nafas dengan normal semula. Tidaklah berpening-pening.
Namun pada sebelah malam dirumah salah seorang makcik, saya digamit Pakcik Seman.
     " Pakcik hendak cakap sikit "
Wajah suami makcik Gayah yang bekerja di jabatan haiwan tenang saja. Uban putih sudah memenuhi seluruh kawasan kepalanya.
     " Pakcik hendak kenalkan kau dengan seorang budak ini sudah lama sebenarnya.....bla...bla...bla....." 

Ada lagi..?

 Calon terakhir adalah muktamad. Saya tidak diberi pilihan untuk berfikir!
Akhirnya ditunangkan tanpa sempat menganalisa lelaki tersebut!



Berkahwin akhirnya.

Dengan ini misi mencari/menolak jodoh pun tamat!



Sekian.





     

    

No comments:

Post a Comment