Alhamdulillah.
Lately banyak pula mendapat tempahan sireh junjung.
Mestilah saya suka.
Sebab buat benda yang saya minat.
Kali ini pattern yang agak ringkas.
Bekas yang tepat bagi menyusun bunga hidup. Ia dapat menampung air yang ada pada gabus basah, juga stabil dan gabus dapat dikejapkan dengan kemas. Ada bahagian berlubang dibahagian tepi untuk masukkan dawai kasar terus kedasar gabus, untuk kukuhkan ia. Tidaklah gubahan yang sudah siap, bergoyang atau beralih kedudukan bila dibawa nanti. Datang dalam pelbagai saiz dan bentuk, ada dijual dikedai-kedai bunga.
Dapatkan ukuran yang sesuai dan potong gabus basah, masukkan ketat-ketat kedalam bekas plastik. Dengan menggunakan dawai yang keras, cucuk kedalam gabus putih supaya bekas tadi tetap kedudukannya. Jika menggunakan dulang hantaran, gunakan dawai halus untuk mengikat bekas plastik ini.
Jika tiada bekas plastik ini pun tidak mengapa. Kadang-kadang saya guna cara yang lebih simple. Balut saja gabus basah dengan aluminium foil, kemudian saya lekatkan bawahnya pada satu kertas tebal dari kotak-barulah saya lekatkan pada gabus. Malah pernah juga saya balutkan gabus basah dengan plastik saja (darurat sangatlah tu ). Asalkan bahan yang digunakankan mampu menampung air dari gabus basah,itu sudah memadai.
Bahan utama- daun sireh.
Bunga kekwa. Cantik dan murah.
Ambil 2 helai daun yang berlainan saiz, susun seperti dalam gambar mengengilingi bekas plastik. Kemaskan dengan pin. Slain sebagai dasar, ia juga bagi menutup bekas gabus.
Ambil lagi 2 helai daun sireh- satu besar, satu kecil. Lipat bahagian kiri dan kanannya kebelakang. Kemudian patahkan separuh bahagian atasnya kebelakang juga. Pinkan pada sebelah atas sireh yang mula-mula tadi.. Buat dengan teratur dan dalam saiz yang sama..
Susunan dalam saiz yang sama dapat hasilkan jalinan daun yang kemas.
Mulakan dengan satu warna dahulu. Susunkan dalam jarak yang sama.
Saya selalu kira dahulu bunga dari warna yang dipilih. Kemudian barulah saya boleh agak bahagian mana yang patut diletak agar ia mencukupi.
Masukkan pula bunga dari warna yang lain. Gubahan yang bagus adalah gubahan yang tidak nampak gabusnya.
Nampak gabus- failed!
Salah satu cara untuk rimbunkan lagi gubahan adalah dengan membuat kudup seperti ini banyak-banyak. Jika ada bunga kecil-kecil (filler), ia adalah satu bonus, tapi saya selalu dibekal dengan bunga utama sahaja,jadi kita kenalah lebih kreatif.
Masukkan kudup ke dalam ruang-ruang yang masih kosong.
Pandangan dari atas, gubahan mesti nampak penuh dan tidak longgar.
Siap.
Selalunya saya akan siapkan gubahan sireh pada waktu lewat malam dan letakkan ia didalam bilik air. Selalulah renjis air supaya daun dan bunga sentiasa segar.
Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.
: SIREH JUNJUNG (2)
: SIREH JUNJUNG (4)
No comments:
Post a Comment