Dengan lafaz B I S M I L L A H bicaraku bermula....
Buat gubahan ini, kadangkala nasib juga.
Ada masa mudah menjadi.
Selalunya tidak.
Stress tahap maksima pon pernah.
Ini antara gubahan sireh yang sangat menguji kesabaran.
Rasa hendak give-up pon ada.
Kisah malam semalam- berhempas pulas menyiapkan sireh junjung untuk perkahwinan seorang saudara.
Sehari sebelum itu, singgah di kedai India kegemaran. Kos keseluruhan untuk 10 tangkai ros merah, 3 tangkai kekwa / chrysanthemum putih dan sedikit bunga filler ini sekitar RM 47.
Bekas plastik hitam disediakan mak pengantin, saya cuma isikan gabus basah.
Meredah gerimis demi mendapatkan daun sireh.
Susun bertiga-tiga, daun besar paling bawah, yang kecil diatas.
Cucuk pada jarak yang selamat, seeloknya guna dawai yang lebih halus supaya lebih adjustable..
Bentukkan bulatan begini. Lebih daun, lebih padat. Cantumkan hujung dawai.
Letak ikatan diatas bekas hitam bergabus basah tadi, pinkan dibeberapa tempat dengan jarum supaya tidak bergerak.
Suspen juga hendak buka sampul bunga ini.
Sesetengah orang buka sampul selepas gubahan siap, tapi saya rasa, saya mesti periksa keadaan bunga.
Ha kan?
Kecewa juga.
Harap yang lain tidak ada yang rosak begini.
Alhamdulillah.
Mula susun. Sebab gabusnya rata jadi gubahan ini akan jadi rendah.
(gambar kurang jelas sebab menggubah diwaktu malam bulan mengambang.)
Masukkan bunga white chrysanthemum ini pula.
Bagai ada yang tidak kena.
Cabut semula.
Cuba cara lain, letak bunga dikeliling pula.
Cuba buat simple-simple.
Letak bunga filler.
Tidak menarik langsung!
Buat lain!
Buka balik semua!
Rasa hendak menangis.
Gambar dan perasaan saling bergegar.
Termenung 5 minit.
Dapat idea.
Tambah gabus. Tambah ketinggian.
Elak dari bergerak, cucuk saja dengan dawai / lidi.
Letak bunga tinggi-tinggi.
Susun bunga kekwa bahagian bawah pula.
Ada space lagi, buat double layer.
Selit-selitkan bunga filler kasi rimbun.
Celah-celah ros pun selitkan juga. Jangan takut takut.
Masuk bunga kekwa putih yang kecil-kecil.
Agak-agak ok tak?
Buat kudup banyak-banyak, selitkan mana yang sesuai.
Ha macam ni.
Yey sudah pun siap..
Tapi.
Tidak puas hati.
Barai balik!
......hadoiiii.
Macam ini saja boleh?
Try susun bunga ros atas bunga kekwa.
Alamak kelopak berguguran..ayopa..ayoma...
K.
Buat diam-diam.
Jangan kacau.
Bukankah Tuhan maha mengasihani?
Akhirnya.
Awesome.
Baru terasa ada udara.
Good job.
Baru rasa kemanisan setelah puas lalui kepayahan.
Gubahan siap setelah 2 1/2 jam berperang dimedan pertempuran.
Sireh junjung pembuka bicara, susunannya mestilah indah dipandang mata.
Alhamdulillah...
Itulah yang selalu terjadi bila menyiapkan apa jua gubahan.
Bukan semudah yang disangka.
Sebab itu perlu bersendiri supaya lebih tenang.
Sekian.
Lihat juga : SIREH JUNJUNG (1)
: SIREH JUNJUNG (2)
: SIREH JUNJUNG (3)
No comments:
Post a Comment