Dengan lafaz BISMILLAH bicaraku bermula.
Sampul surat putih yang agak besar saiznya itu saya buka. Didalamnya berisi kad berwarna gold.
Terncari-cari nama pengirim undangan.
Er... Datuk? Datin?
Bila masa pula mereka bergelar datuk datin?
" Kak Yati sudah jadi datin bang."
Suami juga kelihatan tidak percaya.
Rezeki.
" Muda-muda sudah jadi datin. Datin lawa." kata saya.
Wajahnya putih bersih memang menawan bila tersenyum.
Saya mengenali dia sebagai isteri kepada cucu tiri abah. Saya ini kiranya berpangkat makcik kepada suami Kak Yati itu, (walaupun mereka berdua lebih tua daripada saya).
Sudah hendak bermenantu rupanya.
Bertuah badan.
Saya tumpanglah gembira.
Kami tiba dibangunan tersergam berbelas tingkat tingginya itu. Suasana diperkarangan bawah kelihatan sudah sibuk. Para petugas segak berbaju melayu beratur mengalu-alukan kedatangan kami.
Wah wah wah terasa macam VIP lah pula.
Maklumlah selama ini, pergi majlis kenduri kawin main redah saja, salam tuan rumah, hulur. Terus beratur. Lepas kenyang, balik.
" Puan tetamu Datuk dan Datin?"
" Ya...ya.."
" Sila ke aras 2 ya puan."
Kami menaiki eskulator yang juga diawasi petugas yang agak ramai.
Semuanya ramah-ramah.
" Siapa bayar diaorang ramai-ramai ini."
" Entah"
Grand Ballroom.
Datuk dan datin berpakaian serba merah.
Sibuk melayan hadirin yang mahu bergambar.
Sudah nampak aura kau sebagai mak datin kak!
Saya menyorok di sebalik tirai bila datin terpandangkan saya.
" Jemputlah masuk sayang" dia menarik tangan saya dengan mesra.
Kami berbual seadanya.
Mana boleh lama-lama.
Semua ada protokol.
" Masuk dalam, cari tempat duduk untuk waris." pesannya.
Waris?
Indah sekali pemandangan didalam.
Singgahsana pelaminan dilatari rona baldu maroon.
Sangat grand!
Tempat duduk yang dikhaskan untuk waris mencakupi 3/4 dewan, selebihnya untuk orang besar-besar, rakan kerja, kaum non waris.
Maklumlah sajalah. Satu kampung akan datang.
Tukang jemputnya siapa lagi. - abah saya.
Tukang jemputnya siapa lagi. - abah saya.
Sewaktu turun untuk pulang, kami terpandangkan satu group lelaki pertengahan usia yang membuat saya terus tergelak.
Orang kampung saya!
Mesti exited jugak macam kami!
" Makanan tidak power, kalau datuk, pilihlah betul-betul" komen suami.
Amboi.
Pahat sudah berbunyi.
" Baju merah sangat." komen lagi.
" Baju ok. Tapi muka sudah lain. Cermin mata pun macam, tidak kena"
Sedapnya mengata.
Dia lagi lawa semasa belum jadi datin, itu kesimpulan saya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment