Dengan lafaz BISMILLAH bicaraku bermula..
Teringat waktu itu, anak bongsu masih baby.
Biasalah bagi ibu-ibu memerhati pola tidur sianak.
Baby saya tidurnya ok, tidak meragam.
Dapatlah saya curi-curi menjahit.
Selalu dia akan tidur 1 1/2 - 2 jam pada waktu tengahari, saya pun apalagi.
Tidak sampai 1/2 jam, terdengar ek..ek...ek....
Aduh sudah bangunkah.
Tepuk-tepuk agar tidur kembali. Settle.
Baru melabuh punggung dia berbunyi lagi.
Ish macam tahu-tahu sajakan.
Bila berulang-ulang begitu, saya jadi geram.
Pilih jahit atau pilih anak?
Diketika lain, umurnya 2 atau 3 tahun, bertutur pula bahasa Jerman....
Sedang saya sibuk menjahit langsir, tiba-tiba dia muncul...
" Bu..nak peyuk.."
( peyuk = peluk )
"Alah adik ini. Kan ibu jahit. Pergi tengok kartun. Nanti ibu peluk ya"
Dia berlalu pergi.
Tidak sampai 5 minit,
" Bu....nak peyuk"
" Adik! Nanti-nanti ibu peluk , pergi depan."
Dia menurut pula tu.
Saya memerhati saja langkahnya yang kecil .
Eh eh apa aku sudah buat.
Apa aku sudah buat?
Tidak boleh jadi.
Letak langsir ketepi.
Terus kedepan mendapatkan dia yang rindukan ibunya.
Anak itu perlukan saya!
Akhirnya saya bersara sementara dari bidang jahitan.
Beri tumpuan penuh, sepenuh jiwa kepada dia.
Itu haknya.
Saya tidak boleh bahagi sama adil antara tumpuan terhadap anak dengan tumpuan terhadap minat yang lain. Bila mula menjahit 100% jiwa diserahkan.
Jahit dengan passion dan kesungguhan.
Itu yang bila ada gangguan, mula stress.
Begitu juga bila buat gubahan hantaran.
Sebab bersungguh, saya suka bersendirian.
Adakala cepat hilang sabar.
Hendak marah saja.
Oh tidak boleh jadi.
Tidak adil untuk anak-anak.
Sebab itulah semasa anak kecil, saya ambil keputusan untuk tidak ambil tempahan sama sekali. Biarlah saya jaga betul-betul anugerah Allah ini.
Beri tumpuan penuh biarpun jobless. Tidak mengapa
Memberi keselesaan emosi kepada mereka bahawa mereka selamat kerana ibu ada dirumah. Makan masakan dari air tangan yang berkat. Menjaga solat mereka.
Bersyukur juga kerana saya jenis tidak berkisah.
Saya tahu ramai wanita yang terbiasa bekerja, punyai duit poket sendiri sukar untuk menjadi surirumah kerana bosan and no more money on your own.
Dunia hanya berkisar hal anak.
Mendidik anak sangatlah sukar. Nampak mudah tetapi tidak.
Kadang-kadang kita rasa berjaya, ada masa rasa gagal pula.
Jika anak kecil boleh lagi dirotan, tapi bila sudah remaja, tidak sesuai pula.
Sesungguhnya saya cuma mahu anak-anak menjadi hamba Allah yang taat, kerana dengan ketaatan itu saya yakin Allah akan memudahkan segalanya untuk mereka.
Taat pada agama walau diluar pandangan kita.
Semoga Allah sentiasa bantu saya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment