Bismillah.
Kek ini agak istimewa.
Ada kelainan, yang guna teknik berbeza.
nama asalnya:
RESEPI KEK VELVET OMBAK BERALUN.
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
( ayak bersama )
5 biji telur gred A ( dari peti ais )
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovallet
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil esen vanilla
150 gm susu sejat
100 gm mentega / marjerin cair
Serbuk milo atau koko
Beberapa pilihan pewarna
Caranya sangat senang -campur semua bahan diatas dalam bowl.
(kecuali marjerin cair dan serbuk milo/koko ).
Putar guna mixer dengan speed paling laju hingga kembang (anggaran 5 minit).
Kemudian kaup balikkan dengan marjerin/mentega cair.
Senang sangat.
Mana kelainannya?
Sabar.
Ini antara bahan-bahan yang digunakan.
Sukat marjerin dan cairkan.
Seperti biasa sapu loyang dengan sedikit marjerin dan alaskan baking paper. Sediakan juga beberapa pilihan pewarna dan sedikit serbuk koko.
Masuk semua bahan dan mix sehingga kembang.
Kaup balik marjerin guna spatula. Bahagi dalam 3 mangkuk yang sama besar supaya dapat dibahagi sama banyak. Saya akan buat 3 layer. Cuma guna 2 pewarna sebab lagi satu saya gunakan warna asal batter. Jangan letak banyak sangat pewarna sebab bila sudah kukus warnanya akan jadi lebih terang.
Mula tuang batter yang berwarna hijau. Senget-sengetkan loyang supaya ia merebak dengan sekata.
Teknik inilah yang lain dari kek biasa.
Masukkan serbuk koko atau milo kedalam tapisan dan ayakkan keatas batter hijau tadi hingga menutupi semua permukaan.
Sudukan batter tanpa pewarna pula. Pastikan batter menutupi semua permukaan lapisan pertama serbuk koko tadi. Memang cerewet. Jangan ratakan dengan sudu sebab dengan mudah ia akan menarik lapisan koko dibawahnya nanti. Jadi tumpukan bahagian yang masih kosong dulu dan baki batter akan diguna untuk menutup ruang-ruang kecil yang masih ada. Masalah utama adalah agak sukar untuk mendapatkan lapisan batter yang benar-benar rata- Bila permukaan berlekuk-lekuk-apabila diayak serbuk koko selepas itu-akan ada lapisan koko yang terbenam dalam lekukan yang mana sepatutnya lapisan serbuk koko mestilah nipis sahaja.
Tidak mengapa.
Itulah cabarannya.
Lapisan terakhir, sangat leceh bab melapis batter.
Siap pun.
Tidak mengapa permukaan tidak begitu licin. Memang sukar hendak ratakan memandangkan terdapat lapisan serbuk koko yang mudah bocor dibawah.
Kukus selama 45 minit -jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil.
Rupa permukaan luar agak tidak molek.
Uniknya - dalamnya bercorak, terbentuk oleh lapisan koko. Nampak tidak ada lapisan yang agak tebal? Disitulah lekuk-lekuk akibat permukaan tidak rata. Pengumpulan serbuk koko yang tebal akan terbitkan rasa pahit disitu.
Memang cantik beralun-alun.
Orang pandang pun terpegun.
Siapa yang penyabar boleh cuba buat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment