Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula..
Dulu banyak sungguh masa terluang tapi lately, macam tidak cukup.
Petang haritu keluar jumpa customer, hish customerlah sangat.
Alah jumpa jiran lorong belakang saja.
Ikut suka dia lambakkan kain ela di ruang tamu rumah, terpaksalah saya layankan.
Saya jahit jugalah baju-baju itu.
Sebab itu baju si Sofea, budak berbadan gempal berhidung ala heroin hindustan.
Ramah pula tu!
Baju Sofea sudah siap, alhamdulillah.
Setibanya dirumah, sepasang telekung sedia menanti diatas meja.
Ah gerangan siapakah yang menambah lagi beban kerjaku yang sedia melambak ini?
Telekung Siti Khadijah! beli online.
Yang biru, instant shawl .
Malam ini juga mesti siap.
Tidak mahu pening-pening, saya keluarkan kotak terpakai. Makcik sudah tinggal pesan tidak mahu bunga. Buat rendah-rendah.
Hendak diletak mana telekung ini? Dulang pon tidak diberi.
Terpaksalah saya guna kotak, selesai masalah.
Nasib baik ada kotak cerek ini, saya keratkan untuk dapatkan kotak setinggi 3 inci.
Undang-undang gubah telekung, kena nampakkan bahagian sulaman yang cantik, kalau tidak sia-sia. Saya lipatkan pada saiz yang sama. Ikat dengan getah supaya mudah dibentuk samada kekal sebagai kipas ataupun dibuka sebagai bunga (mulanya saya ikat dengan dawai halus, ada problem bila hendak bentukkan). Bungkus kotak yang sudah siap dengan kemas dan bucu mestilah tajam. Biarkan bahagian sulam didalam. Ha fikir, hendak buat camana pula lepas ini. Cuba masuk shawl.
Haii tidak nampak lagi apa bentuknya.
Stop dulu.
Sudah buntu!
Kita makan dulu.
Hadap balik.
Tengok shawl ini, kena tonjolkan keistimewaannya.
Saya rasa elok bahagian yang mengelip-ngelip ini di ropolkan begini. Biar orang jauh pun boleh nampak.
Sebab belum nampak pengakhiran yang munasabah jadi terpaksalah saya bikin gempak. Kenalah juga buat bunga sebagai focal point. Buat sekuntum pun jadilah sebagai pembangkit seri.
Bila sudah siap, macam masih kosong. Kena buat 2 nampaknya.
Ginilah sesaknya hidup bersempitan dalam kotak. Sekejap ditolak ketepi, sekejap ketengah.
Uih pening betul.
Akhirnya, menjelang larut malam dapat juga siapkan satu gubahan yang agak simple.
Bila mata sudah kata ok baru tangan berhenti mengkitai, itu konsepnya.
Mesti kemas walaupun ringkas.
Makcik bagi upah 10 hinggit.
Katanya sudah campur GST, aha ha ha lawaklah makcik.
Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.
Lihat juga :GUBAHAN TELEKUNG 2
No comments:
Post a Comment