Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...
Telekung merupakan hadiah hantaran istimewa yang seringkali menjadi tumpuan. Lazimnya, jika pengantin sendiri yang menguruskan perihal gubahan hantaran-gaya ringkas selalu jadi pilihan berbanding jika mak-mak yang diberi tanggungjawab, selalu mahu yang dibentuk-bentuk samada bentuk buah, bunga dan sebagainya.
Saya tidak kisah.
Apa yang dimahu orang, itulah yang cuba direalisasi.
Asalkan tercapai apa dihajat.
Saya menerima satu persalinan telekung.
Dalam otak terbayang bunga, jadi saya dapatkan kotak terpakai. Rasanya cukup 2 kuntum, so saya perlu buat 10 kelopak. Gunting dengan kemas. Saya gunakan kain telekung yang plain tidak bercorak untuk membentuk bunga. Gumpal separuh dari saiz suratkhabar tabloid dan buat bunjut. Saya terpaksa beli getah ni dengan harga RM 1 sebab stok dirumah sudah habis diguna untuk gubahan lain. Setiap bunga memerlukan 5 kelopak. Buat sehabis kemas.
Untuk bahagian badan telekung, saya masukkan kotak bersaiz 8 inci x 8 inci sebagai tapak. Biarkan bahagian bersulam keluar. Bahagian dalam kotak akan diletakkan bunga yang sudah siap tadi.
Bahagian bersulam mesti ditonjolkan. Terpulang samada nak bentukkan kipas atau buat macam cara saya ini. Paling mudah jika dapatkan gabus bentuk 'love' tapi saya hanya gunakan kotak terpakai. Jimat.
Kena banyak fikir untuk kemaskan bahagian yang terlebih dan adjust kedudukan 'love' menggunakan jarum peniti.
Hias dengan renda bagi memberi impak menarik.
Bahagian tengah bunga akan nampak sedikit ikatan getah dari beberapa sudut, jadi saya saratkan dengan renda organza purple lembut dan letak pin ungu ditengah-tengah bunga.
Sebab ada lebihan tasbih yang agak berpadanan dirumah, apa salahnya digunakan bagi menaik seri.
Sudah pun siap.
Sekian, semoga perkongsian membawa manafaat.
Alhamdulillah.
Lihat juga :GUBAHAN TELEKUNG 1
: CERITA GUBAHAN KAIN
No comments:
Post a Comment