Wednesday, 2 July 2014

ENTRI 60 : CERITA GUBAHAN KAIN.

Pengisian : Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimiginasi.


Bismillah.

Seminggu sebelum Ramadhan saya menerima satu panggilan. 
Seperti biasa, sedaya upaya cuba untuk menunaikan hajat orang. Kain lace biru gelap berukuran dua meter beserta kain plain dari warna senada sampai ketangan saya beberapa minit kemudian. Majlis pertunangan itu akan berlangsung esok! Saya pula menerima satu jemputan ke majlis bacaan Yaasin pada malam itu juga. Dengan kekangan waktu yang sebegitu mengapa saya masih lagi menyanggupi?
Pertama - kerana saya rasa saya boleh. 
Kedua - kerana saya tahu mereka sangat mengharapkan.

Jom kita tengok apa yang telah pun berlaku tempohari.
.


Kain lace biru gelap ini dihantar bersama dulang beralas kain satin putih.
Maka berasaplah kepala memikir-mikir bentuk apakah yang patut dibuat. 
Saya mula mencari apa sahaja bahan yang boleh membantu. Terjumpa sekeping gabus bulat. 


Kain plain biru ini agak berat dan panjang, dalam anggaran 4 meter. Ini agak menyukarkan.  
Kena cuba dulu. Mula-mula masukkan gabus pada kedudukan 1/4 kain yang dilipat . Cuba balut sekemas mungkin dan ikat pada bahagian tepi. Ini sebagai dasar untuk kita letak gubahan kain lace diatasnya, kononnyalah.


Mahu ikat benda yang tebal ini pun azab juga, sebab ekor kainnya masih banyak dan banyak pula getah saya yang putus. Bila sudah berjaya -cuba acu atas dulang. Macam ok saja.


Kita concentrate kat kain lace pula.
Bila ada pattern yang menarik pada hujung kain haruslah ditonjolkan- ikat dalam bentuk kipas. Cabarannya -kain ini terlalu lembik- untuk bentuk kipas memanglah mustahil.
Yang itu kita fikir kemudian. Untuk lebihan kain saya rasa elok kalau buat bunga, baru kena dengan kelembutan kain. 
Gumpalkan kertas atau tisu, masukkan bawah kain dan ikat dengan getah.


Gunting kertas keras berbentuk kelopak bunga dalam saiz yang sama. Letak bawah kain dan ikat dengan benang berwarna sama. Pada mulanya saya menggunakan getah untuk mengikat tapi bila dah siap semuanya -getah itu tidak mampu saya sorokkan. Selalunya saya akan sematkan jarum peniti agar semua kelopak menjadi rapat. Yang demikian, getah yang digunakan tidak akan nampak tetapi setelah puas mencuba, saya tetap gagal. Terpaksa juga guna benang yang sebenarnya agak leceh untuk diuruskan. 


Berpeluh nak adjust. Letak kanan- letak kiri -pusing atas- turun bawah -tolak ketepi- humban ketengah- tidak jumpa jugak posisi yang sesuai + menarik.
Saya buntu!....
Kena buat cara lain. Ini kerana kain plain sangat banyak lebihannya dan untuk menempelkan si lace memang tidak kena. 
Otak sudah mula berasap!
Sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, baik saya coolkan diri dengan pergi ke majlis bacaan Yaasin.


**************


Dalam pada saya menghadiri majlis itu, otak terus ligat berfikir....
Apa penyelesaian terbaik untuk menyorokkan kain plain yang tebal dan panjang tu ya?
Berkat baca Yassin, akhirnya dapat juga satu idea! 
Sampai sahaja dirumah saya terus terkam kotak cerek yang baru dibeli. Saya ambil loyang untuk buat saiz bulatan dan gunting kotak. Siap sekeping kertas tebal berbentuk bulatan sebagai dasar.


Kena acu dulu, sesuai ke tidak saiz tu. Nampak macam ok. Saya mula gunting kertas dari kotak yang sama pada ukuran 3 1/2 inci sebagai dinding. Kertas ini keras, perlu rollkan supaya mudah untuk dibentuk. Mula gamkan dinding tadi mengikut dasar bulatan yang telah siap tadi.


Ok lah tu. Tanpa membuang masa, letak diatas kain plain dan masukkan kain itu dengan kemas.
Sudah boleh sorok 
Solve problem!


Mula letakkan bebunga dari kain lace tadi. Gunting kertas dari kotak tebal untuk bentuk daun dan masuk dibawah kain plain.Tidak perlu buat banyak daun. Tiga sudah cukup. Ikat dengan kemas, dan mulalah susun agar semua nampak harmoni. Lipatan kipas pada hujung kain lace disusun berbentuk bunga.


Dan inilah hasilnya. Pattern dalam gambar kurang timbul, sebab semuanya dah biru. Kalau tengok secara berdepan nampak lagi ok. Apapun saya bersyukur dapat siapkan jua akhirnya. 
Alhamdulillah.


Sekian.



" Dik...best tak puasa? "
" Tak, masa berbuka dengan sahur jer best."




No comments:

Post a Comment