Pengisian : Keutamaan akal adalah hikmah kebijaksanaan dan keutamaan hati ialah keberanian.
Bismillah...
Hari ini 3 Ramadhan.
Ramadhan kali ini terasa berlainan benar dengan yang lepas. Mengapa?
Raya lepas saya terover ecited !
Buat kuih raya seminggu sebelum puasa.
Berkemas pula tak hingat dunia. Sebelum puasa lagi semua balang kuih, gelas-gelas untuk tetamu, semua telah siap berbasuh.
Tahun lalu la.
Tahun ni?
Semuanya terbalik!
Semuanya belum!
Relax.
Sesekali badan hendak bermalas-malasan.
Badan kita bukannya mesin.
Daripada sedih mengenang diri sudah tua, lagi bagus kita buat kek pisang yang sangat sedap. Sama sedap macam yang dijual dikedai. Bertambah sedap dimakan suam selepas keluar oven.
Rangup dan garing.
RESEPI KEK PISANG COKLAT CIPS.
300 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
( ayak bersama )
220 gm gula castor
4 biji pisang
( saya guna pisang berangan )
3 biji telur
250 gm mentega cair
( boleh guna marjerin )
80 gm cip coklat
( saya guna coklat rise )
secubit garam.
Panaskan oven 180c selama 15 minit. Jangan lupa sapu loyang dengan sedikit butter atau planta dan alaskan dengan baking paper agar tidak melekat. Gunakan loyang 10 inci x 10 inci. Kalau buat separuh adunan gunakan loyang 8 inci x 8 inci.
Gunakan pisang yang telah dilenyek halus dan campurkan dengan secubit garam. Gaul sebati. Saya sangat suka guna pisang berangan.
Cara saya- ambil beberapa sudu marjerin (tak payah sukat). Panaskan dalam kuali. Bila mula mencair boleh matikan api dan gaul-gaulkan saja agar ia mencair sepenuhnya. Biarkan sebentar. Tuang hati-hati kedalam penyukat dan jika tidak cukup 250 ml ( anggaran 1 cawan ) tambahkan saja minyak masak. Senang kan?
Pukul telur dengan gula halus hingga kembang dan putih ( anggaran 4-5 minit ) Gunakan speed paling laju.
Perlahankan speed. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bila sudah sebati masukkan pisang, diikuti coklat rise dan yang terakhir, mentega/marjerin cair. Bila agak sebati-matikan mixer.
Gunakan spatula untuk membersihkan sekeliling bowl. Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 180c selama 1 jam.
Rangup betul permukaan atas ketika panas.
Sangat sedap walaupon sudah sejuk.
Resepi ini insyaAllah, mudah untuk jadi.
Saya sendiri tidak pernah failed bila buat kek ini.
Sekian
Salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment