Pengisian : Mengumpat dan mengeji orang di bulan puasa itu berdosa.
-pengisian untuk kanak-kanak.
Bismillah....
Resepi biskut ni saya dapat dari keluarga mertua. Setiap rumah kami akan ada biskut ini.
RESEPI BISKUT CORNFLAKES
3 cawan tepung naik sendiri MFM
1 cawan gula castor
1 cawan mentega
3 cawan cornflakes
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
putih telur dari 3 biji telur untuk sapuan.
Seperti biasa, panaskan oven dahulu pada suhu 170c selama 20 minit dan lengserkan dulang dengan sedikit butter atau marjerin.
Tepung MFM ada banyak jenis, Make sure ada tertulis - tepung naik sendiri.
(saya pernah tersalah beli, sudahnya biskut tidak naik)
Kita gunakan gula halus (boleh kurangkan sedikit).
Secawan mentega- tidak sampai sebuku (250gm).
Sebutir kuning telur
Cornflakes ini sebagai salutan sahaja.
Kita akan gunakan lebih kurang 3 cawan dan haruslah dihancurkan. Nak guna lesung pun boleh, saya blend kering + kasar.
Sedikit esen vanilla.
Lebih mudah blend kering saja cornflakes ini, jangan terlalu halus pula. Taburkan kedalam bekas yang lebar. Sediakan juga putih telur.
Pukul mentega, gula halus dan esen hingga kembang. Bila sudah kembang masuk pula telur dan pukul hingga sebati, Perlahankan speed, masuk tepung secara sedikit-sedikit. Bila mixer mula memberat- gunakan tangan untuk menguli hingga jadi doh.
Cubit sedikit dan bentukkan bebola. Jangan besar sangat kerana ia akan mengembang selepas dibakar. Samakan saiz. Masukkan bebola kedalam putih telur, pastikan ia menyalut sempurna.Sengetkan pinggan berisi putih telur supaya cairan turun kebawah dan tolak keluar bebola tadi kedalam bekas berisi cornflakes hancur. Gelek-gelekkan bekas itu dengan gerakan membulat supaya serbuk cornflakes menyalut semua bebola .
Susun dalam dulang pembakar. Angkat dengan hati-hati kerana bebola boleh bergolek-golek.
Bakar selama 20 minit.
Biskut memang merekah-rekah.
No comments:
Post a Comment