Tuesday, 1 July 2014

ENTRI 58 : RESEPI KEK BATIK TERLAZAT.

Pengisian : Lebih baik tidurmu dengan perut yang kosong daripada bangunmu ditunggu hutang.

Bismillah..

Cuma satu kebetulan. Tetamu yang datang sekeluarga itu merupakan jiran setaman. Bukan anaknya yang gilakan coklat tapi s ibapa!
     
      " Inilah kek batik tersedap yang pernah saya makan kak"

Kalau peminat tegar coklat sudah kata sebegitu, memang betul sedaplahkan! 
Saya dapat resepi ini dari keluarga sepupu suami.


RESEPI KEK BATIK.

1 cawan serbuk koko van houten
2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan susu cair
2 sudu besar nescafe
2 sudu besar marjerin
500 gm biskut cheese
500 gm biskut marie
1/2 cawan air

Cara-caranya mudah sahaja. 
No oven..no mixer..!


Sekotak jenama ini berharga RM 7.50,  cuma perlukan satu cawan.


 2 cawan gula pasir.


1/2 tin susu cair anggaran secawan.


Dua butir telur di pukul ringan.


  Dua sudu besar planta marjerin.


Dua sudu besar serbuk nescafe, biar ada rasa pahit-pahit sikit.


1/2 cawan air.


 Biskut marie pecahkan kepada 4 manakala biskut cheese-pecah dua.


 Sediakan loyang dan alas dengan plastik. 
(nak juga try another version, nak cuba buat bentuk bulat disamping yang biasa)


Dalam kuali campurkan bahan-bahan selain biskut. Gaul rata-rata, baru buka api sederhana. Kacau selalu supaya tidak hangit dibawah. Masak hingga gula larut dan texturenya agak licin berkilat
Matikan api.


  Masukkan kedua-dua jenis biskut tadi. Gaul rata-rata.


Masukkan kedalam loyang yang telah dialas plastik. Padatkan, Alas dengan plastik lain diatasnya supaya tidak melekat ditangan dan beri tekanan yang kuat supaya ia jadi betul-betul mampat. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik, kemudian tranfer kedalam peti sejuk. Biarkan lebih dari 2 jam.


 Bila  sudah set dengan baik, keluarkan dengan menarik plastik.


Potong elok-elok. Loyang paling sesuai adalah segiempat. 


 Susun elok-elok dalam bekas bertutup dan masukkan semula kedalam peti sejuk. Kalau makan pada masa ini, biskut masih ada rasa rangup. Bila dibiarkan lebih lama lagi, semua cairan akan menyerap dan rasanya akan lebih lembut.
 Lagi bagus biarkan semalaman dalam peti sejuk.


Satu adunan dapat banyak juga.


Leceh juga hendak buat bentuk selinder ini.

                                        


Rasa tetap sama.

Senang dan mudah.
Sesuai  untuk hidangan raya nanti. Saya pernah buat pada musim raya beberapa tahun lepas dan ada beberapa tetamu telah meminta resepinya.


Sekian...
Salam Ramadhan.

No comments:

Post a Comment