Tuesday, 1 July 2014

ENTRI 57 : RESEPI PUDING SUSU.

Pengisian : Kesempatan yang kecil adalah permulaan dari usaha yang besar.

Bismillah....


Semalam suhu mencecah 36 c.
Menduga sungguh!
 Teringat puding yang pertama kali saya rasainya ketika kenduri di rumah bapa saudara. Sedap betul! Saya pon pi kecek resepi.


RESEPI PUDING.

1 peket agar-agar ( jelly strips )
14 mug air
400 gm gula batu
1 penutup esen vanilla
1 penutup esen banana
2 tin susu cair
buah-buahan cocktail dalam tin
( jenama SPC-tin hijau/ Kimball-tin merah )

Satu adunan dapat banyak. Saya buat 1/4 aduanan sahaja.

Cara-caranya:


Gula batu ( rock sugar ) dan agar-agar tali. Gunakan agar-agar tali yang seberat 20gm atau 24 gm. 
Ada juga agar-agar tali seberat 12 gm.(jika 12gm hanya boleh buat separuh adunan sahaja) 
Rendamkan agar-agar supaya senang hancur bila direbus nanti.


Selain gula batu kita juga akan guna susu cair. Dua esen bila bergabung akan hasilkan aroma yang mewangikan satu rumah. 
Puding ini texturenya seperti dadih- ia tidak sekeras agar-agar.


Rebus jelly strips hingga benar-benar larut barulah masukkan gula batu. Bila gula batu sudah hancur barulah masuk kedua-dua esen.


Masukkan susu cair. Bila mula mendidih,  boleh tutup api. Biarkan menyejuk sebentar dalam masa 10 minit, baru tuang kedalam acuan. 
Kalau untuk majlis keraian, untuk kelihatan lebih presentable, masukkan dalam loyang kaca. Bila sudah disejukkan -baru tabur buah-buahan cocktail. 
Highly recomended  buah-buahan overseas, contohnya cocktail yang ada buah peach,anggur semua tu. 
Jika mix fruit buah-buah tropika seperti nenas dan lain-lain- kurang sesuai sebab masam.
( ambil buah saja)
Kalau buat bekas besar, kena sediakan pencedok dan mangkuk kecil untuk para tetamu menikmati dessert ini.


Saya tidak beli pun buah-buahan cocktail dalam tin, sebab tidak ada dijual dalam tin kecil. Semua tin besar. Tidak mahu membazir. Saya pakai saja apa buah yang ada dirumah. Kebetulan ada buah rock mellon. Pun sedap!


Suami saya yang tidak minat agar-agar pun boleh minta  buat puding ini. 


Cuba buat layering pulak.
Keluarkan separuh puding yang baru siap dimasak dan masih belum keras, campur dengan sedikit pati sirap ros. Kacau sebati.


Masuk ke dalam acuan pilihan. Untuk acuan kecil ini, biarkan 10 minit-baru test permukaan atasnya sudah set ke belum. 


Cara menuang, tuang pada dinding tepi dengan cermat. 


 Kalau ada buah-buahan campuran diatasnya lagilah menawan.


Makan sejuk-sejuk. nyaman sungguh bila masuk ke anak tekak.


Inilah rupanya jika sudah dihias indah dengan taburan buah-buahan cocktail.


  Sesuai sebagai pencuci mulut untuk tetamu.


 Contoh fruit cocktail buah-buahan tropika.


Silalah cuba.




Sekian.
Salam Ramadhan.

No comments:

Post a Comment