Wednesday, 25 June 2014

ENTRI 56 : COCKTAIL AL MUBARAK.



Pengisian : Orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Yang pertama saat dia berbuka puasa dan yang kedua, saat dia bertemu Tuhannya.


Jun 2014.
Ramadhan datang lagi. Datangnya kali ini sedikit berbeza memandangkan perubahan cuaca yang amat ketara. Cuaca terik menambah dugaan, mengundang juga serba sedikit masalah kesihatan. Yang paling merisaukan, sudah tentu anak-anak sepanjang persekolahan mereka di bulan ini nanti.

Sikecil yang berusia 6 tahun itu akan mula berpuasa penuh. Mampukah dia?
Jangan berdrama pula. 
Dia pula memang tidak biasa berlapar. Perutnya sentiasa minta diisi. Makannya selalu saja bertambah. Namun sebagai ibu, saya mesti kuat. Tidak kiralah sekiranya dia curi-curi makan atau minum, boleh saja dipertimbangkan. Yang paling penting, puasa mesti cukup!
 Itu bukan azam dia, tapi azam saya!

Suka kurma?
Kurma penuh dengan khasiat.
Ia bagaikan nikmat dan rahmat dari Tuhan.

Saya suka buat koktel ini. Selain sangat mudah dan sedap, sudah tentu ia penuh dengan nutrisi yang diperlukan badan. Saya buat dalam kuantiti sedikit. Kalau hendak buat banyak,gandakan sahaja.


Saya gunakan 7 ulas kurma yang telah dibuang biji, susu pekat manis dan pati sirap..


 2 sudu susu pekat manis dan setengah sudu besar pati sirap ros. Pati sirap ini tawar.


Blend semua bahan bersama 3 cawan air masak, itu sahaja. 
 Biarkan lebih dari dua jam dalam petiais ( blend biar sampai halus kurmanya).
(untuk hasil yang lebih halus, rendam dahulu kurma seawal pagi)


Kena minum sejuk-sejuk, baru heaven!   
Serius sangat sedap.


Boleh juga kalau nak gunakan sirap kordial yang sudah sedia manis,tapi  gunalah susu cair. 
Pun sedap.


Sekian.

No comments:

Post a Comment