Pengisian : Sabar, sabar dan sabar. Kerana bukankah sabar itu separuh dari iman.
Bismillah....
Kek Karamel.
Saya sangat suka akan rupanya. Sebab itulah mahu sangat mencuba. Ditambah lagi dengan gambaran bloggers bahawa ia adalah raja bagi segala kek.
Raja kek!
Saya bernasib baik kerana follow satu blog yang bagus. Percubaan pertama terus saja menjadi walaupun pemilik blog sendiri sudah kantoi 7 kali!
Semak resepi.
Nampak macam complicated.
Ikut saja arahan.
RESEPI KEK KARAMEL.
Bahagian 1
2 sudu besar gula pasir- tabur dalam loyang 8 inci dan letak atas dapur. Masak dengan api perlahan sehingga semua gula mencair dan mula menjadi karamel. Senget-sengetkan loyang untuk meratakan gula. Ketepikan.
Bahagian 2
Sediakan bahan untuk karamel :
1/2 tin susu cair
70 gm gula castor
( kacau bersama keduanya )
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
( kacau perlahan keduanya)
Satukan semua bahan dan tapis. Tuang kedalam loyang berisi gula hangus yang sudah pun keras tadi.
Bahagian 3
6 biji putih telur
70 gm gula castor
1 sudu teh cream of tar-tar
( buat meringue- mula-mula pukul putih telur sahaja dengan low speed selama 15 saat, masuk bahan lain dan mula putar dengan high speed sehingga gebu dan mencapai stiff peak ( bertanduk) lebih kurang 2-3 minit.
Bahagian 4
Adunan untuk buat kek-selain meringue diatas.
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
( ayak bersama)
70 gm gula castor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
Cara : Pukul kuning telur,minyak dan air dengan speed laju hingga gebu dan putih. Masuk gula castor dan putar lagi hingga naik sekali ganda. Matikan mixer. Masukkan tepung secara kaup balik dengan sudip.
Akhir sekali- masukkan 1/3 daripada meringue kedalam adunan tepung. Kaup balikkan dan ulang hingga habis. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Warnakan dan buat corak- lihat caranya dalam gambar dibawah. Jangan lupa panaskan oven sebelum itu pada suhu 170c ( api atas bawah ). Sebaik loyang dimasukkan terus tukar ke suhu 160c dan guna api bawah sahaja. Kita gunakan teknik steambath. Maknanya sebelum masuk loyang, kita kena masukkan dulu air panas mendidih kedalam loyang lain didalam oven. Ia seperti bakar dalam masa yang sama kukus juga. Bakar selama 1 jam.
Faham?
Ikut step by step dibawah.
Ada 2 perkara yang kena buat dahulu.
1- panaskan oven 170c selama 15 minit (api atas bawah)
2- panaskan air dalam cerek.
Ini adalah cara handle gula. Kalau agak leceh nak ratakan, guna saja belakang sudu (guna sudu hanya selepas ia jadi karamel.) Ia tak mungkin dapat rata pada semua permukaan loyang. Asalkan ia merebak kesemua sudut sudah kira okey.
Jumlah telur yang digunakan untuk kek ini adalah 6 biji. Untuk buat meringue kita perlukan 6 biji putih sahaja dan 3 butir kuning telur untuk buat karamel dan yang 3 butir lagi untuk adunan kek.
Bahan untuk karamel : susu cair digaul dulu dengan gula manakala esen vanilla pula gaul pada kuning telur.
Gula yang sudah dihanguskan, dengan cepat menjadi keras.
Sementara itu campurkan susu cair/gula dengan telur kuning/ esen vanilla. Gaul dan tapis terus kedalam loyang berisi gula hangus tadi. Biarkan.
Seterusnya buat meringue pula.
Putar telur putih dengan slow speed selama 15 saat ( sehingga berbuih ) dan tambah gula bersama cream of tar-tar. Lajukan speed sehingga menjadi gebu dan kental. Pastikan sebelum memutar, semua peralatan benar-benar kering dan tiada benda asing dalam bowl.
Sukanya tengok meringue ini, gebu-putih-bersih.
Kita buat batter untuk kek pula. Putar kuning telur, minyak dan air dahulu sehingga gebu dengan speed yang laju.
Masukkan gula dan putar lagi dengan speed yang sama sehingga ia mengembang. Matikan mixer. Masukkan 1/3 tepung yang sudah pun diayak. Kaup balik dengan konsistan. Gunakan sudip kayu ataupun spatula. Masuk lagi separuh tepung. Kaup balik dan habiskan.
Mula-mula letak 3 sudu penuh warna pilihan. Control-sebab kita letakkan batter atas cairan karamel. Tambah 3 sudu lagi keatas warna pertama tadi. Cuba adjust smartly. Cuba bentuk bulatan.
Cantikkan?
Buka oven. Tuang air mendidih dalam cerek yang kita masak tadi kedalam dulang pembakar warna hitam itu, jangan sikit sangat, jangan banyak sangat sebab kita akan masukkan loyang.
Tukar suhu ke 160c dan tukar mode- api bawah sahaja.
Masukkan loyang. Masak selama 1 jam.
(atau boleh saja loyang diatas diletak dalam loyang lain yang saiz lebih besar-masuk air panas)
Sebaik 1 jam, buka sedikit pintu oven. Jangan keluarkan kek dulu. Biarkan ia menyejuk dalam oven lebih kurang 10 minit sehingga kek merenggang.
Sudah renggang.
Terbalikkan. Lap dengan tisu cepat-cepat jika ada sedikit air pada permukaan karamel. Itu adalah biasa.
No comments:
Post a Comment