Pengisian : Adab dan akhlak ibarat pokok dan kemasyhuran pula seperti bayang-bayang . Malangnya ramai orang melihat bayang berbanding pokoknya.
Bismillah....
Kenapa kuih koci sangat sedap ditekak saya?
Sehingga ingin membuatnya lagi,walaupun sudah dua kali tidak menjadi.
Tak tahulah.
Senjata utama- inti wajib sedap.
Kalaupun tepungnya tebal dan liat,tapi dengan kesedapan inti, tetap boleh cover.
Saya rasa sudah jumpa resepi yang bagus untuk dicuba.
RESEPI KUIH KOCI.
2 cawan tepung pulut
2 biji kentang
6 sudu besar tepung pulut hitam
200 ml air
KUAH SANTAN
1 kotak santan ( kecil)
2 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar garam halus
2 helai daun pandan
INTI KELAPA
1/2 biji kelapa parut putih
( dari kelapa yang tidak berapa tua)
7 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu kecil tepung jagung
( masak semua gula dengan air dan daun pandan- tapis- masak semula. Masuk kelapa dan tepung jagung sebagai agen pemekat- masak hingga agak kering- sejukkan. )
Mari kita lihat cara-caranya
Sediakan daun pisang, ukurannya lebih kurang 5 1/2 inci x 4 1/2 inci. Bahagian yang jalur mesti ukuran yang lebih lebar.( lihat gambar-ini adalah contoh yang salah..) Pilih bahagian daun yang lembut supaya tidak mudah koyak. Anggaran 35 keping.
Inti boleh disiapkan awal-awal. (guna kelapa yang belum berapa tua kerana isinya lemak dan lembut)
Jika buat inti awal, simpan dalam petiais dalam bekas kedap udara.
Resepi tepung pulut memang agak liat tetapi bila ditambah kentang,ia jadi lembut dan sedap. Kupas kentang dua butir dan rebus 15 minit. Cucuk garfu untuk pastikan ia sudah lembut. Keluarkan dan lenyek. Selain kentang, boleh guna labu atau keledek.
Siapkan kuah santan . Gabung semua bahan dan gaul hingga benar-benar sebati.( gunakan whisk bagi mengelak tepung jadi berketul-ketul..). Buka api dan masak dengan api sederhana sehingga ia meletop-letop (supaya ia tidak cepat basi ). Rasanya mesti lemak masin dan kuahnya mesti pekat. Sejukkan.
Lenyek kentang semasa masih panas dan satukan dengan tepung pulut. Masuk air sedikit-sedikit hingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekat ditangan. (adjust sukatan air)
Bulat-bulatkan doh dalam anggaran sebesar duit syiling 50 sen lama.Ambil satu bebola. In stead of leperkan ia, lagi mudah kalau bentukkan seperti cawan or mangkuk. Senang masuk inti dan mudah untuk ditutup semula.
Tutup semula dengan menggelekkan antara kedua belah tangan, sampai permukaan jadi licin. Sementara itu, tuang kuah santan yang sudah sejuk kedalam satu bekas. Panaskan air berisi daun pandan dalam satu periuk.
Sebaik mendidih, masuk bebola kuih yang sudah siap dibubuh inti. Masak selama 4 minit dan kuih tadi akan timbul. Keluar dan toskan.
Bila timbul menandakan sudah masak. (sama konsep dengan kuih onde-onde / buah melaka)
Terus masukkan kedalam bekas berisi santan pekat. Macam ini pun sudah boleh dimakan.
Belajar bungkus.
Ambil sehelai daun yang sudah pun dilayur. Kalau tidak layur nanti cepat koyak. Sapu sedikit minyak masak. Sudukan sebutir kuih koci bersama sedikit kuah santan. Hendak letak santan lebih pun boleh.
Buat jari seperti ini, supaya kuih tidak bergerak. Kalau masak cara ini ( rebus ) kita boleh bentuk kuih yang comel dan tinggi. Kalau cara biasa,(dikukus) kuih akan jadi leper dan lebar.
Lipat pula kebawah kemas-kemas. Cuba untuk tidak gerakkan jari yang satu lagi supaya kuih kekal bulat dan buncit.
Comel sebab ia tinggi malah daunnya nampak fresh. Kalau guna method lama (kukus)- daun akan jadi sedikit pucat.
Cerewet juga buat kuih ini.
Puas makan air tangan sendiri.
Kulit nipis.+ lembut bersama inti tebal dan sangat sedap.
Cuba sendiri.
Dan nikmatilah sepuasnya
Tips: Kalau mahu simpan lama daun pisang ini, gunting pada saiz yang kecil-bungkus dalam suratkhabar dan masuk kedalam plastik. Simpan dalam peti sejuk. Saya pernah simpan selama 2 minggu dan daunnya masih kekal hijau.( gambar dibawah )
Gunakan penyepit seperti ini untuk melayur atas api.
Melayur pun satu hal juga sebab mengadap haba panas.
Kuih ini seronok dibuat beramai-ramai. Baru tidak terasa kelecehannya.
Sekian.
LIHAT JUGA: ENTRI 212:PULUT TETAL MELAKA
ENTRI 213:BLUE OCEAN PUDDING
ENTRI 214:KEK SARANG SEMUT
ENTRI 215:HOMEMADE ICE CREAM
ENTRI 216:LEMPENG PISANG KELAPA
No comments:
Post a Comment