Thursday, 19 June 2014

ENTRI 53 : KEK COKLAT ( 1 )

Wanting to be someone else is a waste of the person you are...

Bismillah.


Saya sangat suka kek coklat dan telah cuba buat macam-macam versi.
Yang masuk oven. 
Yang kukus.
Cuma belum jumpa yang betul-betul umph.

Of courselah kalau mahu buat chocolate cake yang sangat sedap, kenalah gunakan coklat yang berkualiti tinggi. Untuk menikmati hidangan lazat, ada harga yang perlu dibayar.
Resepi saya selalunya yang affordable. 
Apapun, jangan biarkan kos membatasi minat anda. 


RESEPI KEK COKLAT.

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan soft brown sugar
2 biji telur gred A
125 gm mentega
1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh nescafe
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan air panas
1/4 cawan susu cair
( satukan- jadikan pes )


GANACHE COKLAT.
7 sudu susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu mentega/ marjerin
2 sudu susu segar
1/2 sudu teh nescafe

( Jangan lupa  panaskan oven pada suhu 175c selama 15 minit )


Ayak tepung kek atau tepung gandum bersama serbuk penaik ( baking powder). 
Kalau ikut resepinya-ayak 3 kali..


  Soft brown sugar.


 Telur ayam gred A sahaja yang dibenarkan. 

       
 125 gm mentega (butter )-anggaran 1/2 ketul.


Oleh kerana stok esen vanilla sudah habis, saya gantikan dengan 1/2 sudu teh chocolate emulco.


Membuat pes: masukkan susu cair dan serbuk nescafe ke dalam periuk-tak perlu masak. 
Sebatikan sahaja.

                           
  Masukkan pula gula halus.


Masuk 1/2 cawan serbuk koko (saya selalu pakai serbuk koko paket yang dijual di kedai bakery).
 Last sekali baru masukkan air panas dan gaul rata-rata dengan whisk.


   Sudah siap pes coklat. 


  Pukul pula mentega dengan soft brown sugar dengan high speed.


 Sudah kembang dan agak putih, baru masuk bahan seterusnya.


Masukkan telur satu persatu. Masuk sebutir, putar hingga hilang baru masuk yang satu lagi. Jika guna esen vanilla, boleh dimasuk pada masa ini. 


Bila sampai masa hendak masuk tepung, slowkan speed .Masuk sedikit-sedikit. Buat 3 kali. Untuk resepi ini, selang selikan tepung dengan pes coklat.

           
  Pes coklat beserta coklat emulco dituang berselang seli dengan tepung.


Tuang kedalan loyang yang telah dilengser dengan mentega/marjerin dan dialas pula dengan baking paper. 


   Masuk kedalam oven dan bakar selama 50 minit.


Cucuk dengan penyungkil gigi, kalau clear - maknanya masaklah tu.
Kalau kita potong/makan panas-panas, yang bestnya bahagian atasnya garing.+ rangup tapi rasa coklatnya masih belum menyerlah. 

Contoh resepi ganache kayangan:
* CHOCOLATE GANACHE :  200 dark chocolate, 100 gm whipping cream ( dairy ), 2 sudu butter..
Gerenti terbaik. Krim putar (whipping cream)  dipanaskan secara double-boiler hingga berbuih ditepi periuk, padamkan api, terus masuk dark choc yang telah di potong-potong.Sebatikan hingga coklat benar-benar larut. Masuk butter. Sejukkan dulu sebelum tuang atas kek.

                      
    * * * * * *

Saya pula buat ganache yang simple dan mudah. Cuma satukan semua bahan dalam resepi yang tertera diatas didalam periuk. Gaul hingga benar-benar sebati baru buka api yang perlahan. Masak sehingga berkilat. Siap. Rasanya? Mestilah sedap. Sejukkan dulu pada suhu bilik baru tuang atas kek.



  Bila kek dan ganache sudah sejuk  baru tuang ya.


 Iman siapakah yang tidak tergoda ?


  Ketepikan sementara diet.

                               
                  
            
   Sedap tidak terkata.
Saya pernah makan ganache yang terasa butter nya. Muak. 
Tapi yang ini totally sedap.


Sekian.


No comments:

Post a Comment