Bismillahirrahmanirrahim.....
Pengisian : Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Mahu dihantar kemana mereka ini?
Kem cuti sekolah?
Cuti penggal pertama. Takkan hendak dibiar mengadap tv pagi petang siang ke malam.
No no no...
Saya bertekad- masuk kem! but organised by me!
Aktiviti apa?
Mereka tidak kemana-mana jadi program ini hanya berkisar dirumah sahajalah.
(apalah lagi pilihan yang saya ada?)
Pedulikan itu semua.
Motif 1- agar masa mereka terisi.
Motif 2 - bonding antara mereka lebih utuh!
Pagi pertama. Dimulakan dengan meeting ringkas. Setiap mereka akan mempengerusikan mesyuarat ringkas setiap pagi secara bergilir-gilir.
Aktiviti pertama -membersih dan mencabut rumput di halaman belakang rumah. Oleh kerana halaman belakang tidaklah sebesar mana, seorang dari mereka harus stay didapur bagi menyelesaikan cabaran lain- menyiang ikan keli.
Best kan?
Itu acara pagi. Sepanjang cuti ini mereka dikehendaki sembahyang secara berjemaah.
Untuk aktiviti petang- sediakan minum petang. Resepi diberi iaitu Roti jala.
Macam-macam incident berlaku, but it's ok
" Sedapnya....."
" Sebab apa sedap? sebab sudah susah payah korang buat. Itu yang terasa lagi sedap" terang saya. Misi agak berjaya.
Yes!
Hari kedua- merumput dihalaman hadapan rumah. Kali ini kena basuh tong sampah beroda yang baunya sungguh kaw-kaw.
Walau saling bergurau, bergaduh, berbaik semula, namun semua kerja dibuat dengan agak baik.
Walau banyak...' ala bu...'
Ha rasa kan!
Manja sangat.
Ibu masa kecik sudah macam-macam kerja busuk ibu buat.
(tak macam korang...bla..bla..bla...mana ada pengarah kem cuti sekolah yang membebel macam ni kan?)
Program untuk petang ini -buat karipap.
Saya berani gerenti. This is the most memorable moment untuk semua.Mereka mesti tersenyum sorang-sorang bila terkenangkan saat itu suatu hari nanti. Memang kelakar.
Saya bersyukur dapat ilham buat ini semua. Sekurang-kurangnya mereka ada kenangan yang best untuk dikenang bila dewasa.
Tidak adalah lagi kedengaran ' boring ' bila tiba musim cuti sekolah.
Walau ada tugasan yang tidak mencapai piawaian seperti membersih tandas, namun cuti harus diteruskan. Bila cuaca begitu kelam diluar kerana mendung, aktiviti berpusat didapur sahaja.
" Settle ayam. Kakak masak ayam masak kicap. Abang buat sayur campur..."
( saya perhati juga riak wajah masing-masing- ada tanda-tanda nak protes tak?- tak ada?....bagus!)
Si kakak berusia 13 tahun, memang sukakan masakan berkicap so...tidak ada masalah.
Kalau saya bagi tugasan masak sesuatu yang tidak disukai, memanglah kurang wajar. Pengarah haruslah bijak!
Hari berlalu dengan penuh manafaat. Bila lapang, saya wajibkan mereka mengaji 4-5 mukasurat seorang. Semua aktiviti saya rakam sebagai kenangan.
Terburai ketawa bila melihat kembali gambar-gambar tersebut.
Khemah turut dipasang diruang tamu rumah dan mereka tidur didalamnya malam itu! Sehingga si ayah pun terperanjat bila membuka pintu sewaktu pulang lewat malam....
"Kenapa tidak buat diluar?"
" Luar mana ada kipas."
Janji korang bahagia!
Bergasak berhimpit 4 beradik dalam khemah.
Kuih koci ibu biasa-biasa.
Tengok kuih koci adik, sangat luar biasa...
Abang masak sambal sardin.
Kakak masak kuah sawi. Suka-suka letak telur banyak.
Next time kalau suruh masak macam ini lagi, mesti dia kata- dah lupa.
Ini kad pertama yang adik buat. Lepas tu buat lain sebab tidak puas hati.
Apa pun adik memang terror tulis yang touching-touching.
Walaupun kerja-kerja pembersihan rancak dijalankan hampir setiap hari namun ia bukan jaminan rumah saya sentiasa kemas dan teratur.
No..no..no...
Let say mereka kemas bilik tengah. Kemas gila-gila. Bawa almari berlaci keluar, beg-beg,all the buku-semua diletak luar - lap, sapu, mop - gila-gila punya kemas- tetapi bilik itu akan bertahan 5 jam sahaja sebelum ia kembali berselerak seperti asal.
Why?
Me also don't know!
...so terrible..
Kesimpulannya : rumah saya akan kelihatan anggun berseri HANYA ketika mereka tiada dirumah. Dua orang sudah masuk semula keasrama dan yang dua lagi berada disekolah.
Sebaik lepas memasak, saya akan mengelap ,mengemop. Lantai bersih-perabot tersusun kemas.
Hanya ketika itu sajalah baru nampak rumahku syurgaku!
Apapun overall cuti sekolah kali ini memang best.
Sekian.
No comments:
Post a Comment