Pengisian : Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Bismillah....
Masuk yang ini-sudah 5 kali saya membuatnya.
Melihat senarai bahan-bahannya rasa sangat simple, tidaklah complicated.
Tapi mengapa tidak jadi. Kali pertama dan kedua memang failed .Saya tahu dimana silapnya (ramai yang mengatakan dessert ini agak manis-saya kata-apa yang susah- kurangkanlah gula).
Tapi mengapa tidak jadi. Kali pertama dan kedua memang failed .Saya tahu dimana silapnya (ramai yang mengatakan dessert ini agak manis-saya kata-apa yang susah- kurangkanlah gula).
Hasilnya- Ia jadi sangat sticky, tidak garing dan tidak merekah.
Bermakna-jumlah gula dan putih telur memang memang sudah diformulasi begitu.
Tidak kenal erti putus asa, saya cuba lagi. Percubaan yang ke 3 baru menjadi.
Dan pada cuti sekolah yang lalu, keinginan itu datang semula. Oleh kerana sudah ada pengalaman, saya menjadi terover confident lah pula.
RESEPI PAVLOVA.
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
TOPPING:
1 cawan whipping cream
( 1/2 cawan pun dah cukup)
Hirisan buah-buahan masam.
Mula-mula kena uruskan telur untuk buat meringue. Syarat utama ada dua. Semua peralatan mesti betul-betul kering dan mesti pastikan tiada bendasing dalam putih telur.
Jika guna telur gred yang baik, agak mudah untuk diasingkan putih dan kuningnya. Mula pukul putih telur dengan low speed sehingga berbuih. ( dalam 1/2 minit ). Tukar high speed sehingga ia menggebu.
Masukkan sesudu gula. Sprinkle. Putar dalam masa 1/2 minit baru masuk sudu kedua. Putar lagi hingga betul-betul sebati ( 1/2 minit ) baru masuk sudu ke tiga. Buat hingga habis. Meringue sepatut stiff dan berkilat. Cuba terbalikkan bowl- meringue tidak akan jatuh. (inilah yang selalu dikatakan,pukul sampai bertanduk)
Jumlah gula cuma boleh dikurangkan sesudu dua.
Masuk esen vanilla. Saya guna 1 sudu teh cream of tar-tar sebagai ganti cuka masakan dan masuk juga 1/2 sudu besar tepung jagung. Saya mix semula sampai betul-betul sebati.
Saya sangat suka buat meringue.
Saya hanya ada nozel plastik, belasah sajalah...Confident kemain.
Masukkan meringue kedalam piping bag dan separuh lagi saya masuk kedalam plastik bag biasa yang saya gunting bucunya ( kalau boleh guna plastik yang agak besar dan ikat kemas dengan getah ).
Nozel itu untuk deco. Saya guna loyang yang diterbalikkan dan alas dengan baking paper.
Bahaya betul saya ini- tidak mahu yang ringkas-ringkas.
Jangan peningkan kepala. Masuk oven- Jangan lupa sebelum itu kena panaskan oven pada suhu 150c selama 15 minit. Sebaik dimasukkan pavlova- turunkan suhu kepada 120c dan bakar selama 1jam 15 minit.
Kami tidak pernah beli strawberry, jadi guna apa yang ada dirumah.
Untuk presentation yang lebih cantik-boleh gunakan buah masam seperti strawberry,kiwi dan anggur.
Sudah cukup time. Renggangkan oven sikit. Biar ia menyejuk dalam oven 1/2- 1 jam
Sementara itu, siapkan topping. Untuk putar whipping cream- sekejap saja. Paling bagus tunggu masa hendak makan baru putar.
Tips untuk guna whipping cream: Masa beli kat kedai baking- untuk pavlova sila minta non dairy dan yang masih beku. Macam-macam jenama ada.( kalau kat shopping-yang dijual selalunya dairy whipping cream yang tidak sesuai untuk buat pavlova- ada juga non dairy whipping cream dijual dalam bentuk yang sudah siap-macam spray bottle tu...boleh juga guna yang itu.)
Saya guna jenama Value pride.(sebab ia murah sedikit) Tiba rumah terus masuk petiais bahagian sejuk beku. Kalau hendak guna esok- pada malam sebelumnya letak di bahagian bawah petiais. Biar dia mencair perlahan dalam petiais. Bila hendak guna, tuang ke dalam cawan untuk disukat dan simpan baki ke tempat beku semula. Pukul dalam keadaan ia sejuk. Sekejap saja ia menggebu seperti meringue. Rasanya manis dan tidak perlu gula lagi. Jika dairy ( produk tenusu)-rasanya tawar dan cepat cair semula- ia bukan untuk pavlova tapi untuk kegunaan masakan yang lain.
Rasa macam ais krim. Cukup sedap dan cukup manis. Tak perlu tambah gula dan esen. Bila sudah siap, masuk kedalam piping bag. Lebih mudah untuk diuruskan
Pavlova sudah sejuk.
Alamak! melekatlah pulakkk!
Tak jadi lah?
Ingatkan jadi.
Termenung panjang. Whipping cream yang sudah stand by cepat-cepat dimasukkan kedalam petiais. Sambung termenung.
Tidak boleh jadi.
" Ibu nak buat balikkah?"
Dan saya memulakan semula proses tadi.
Kali ini ikut betul-betul apa yang tertulis dalam resepi. Jangan tukar ikut suka. Guna cuka masakan. Tidak mahu guna cream of tar-tar. Peringkat terakhir, jangan guna mixer. Bila sudah masuk 3 bahan terakhir itu, kaup balik guna spatula. Ikut saja.
Mula balik. Prosesnya sama macam diatas. Cuma setelah gula habis dimasukkan, matikan mixer.
Gambar pun sudah terbalik.
Masukkan 1 sudu teh cuka masakan disamping 1/2 sudu teh esen vanilla dan 1/2 sudu besar tepung jagung sebagai bahan terakhir.
Just kaup balikkan dengan spatula atau sudip kayu.
Letak atas baking paper.
Tapi yang separuh lagi sudah selamat masuk piping bag (belum puas main nozel..)
Awesome....!
Ringkas- lebih baik.
Alamak kenapa terkeluar lagi design pelik.
(menggambarkan betapa serabutnya otak orang yang membuat)
Dekorasi yang tiada tolok banding.
Wah mudah tanggal kertas dan masak pun sekata.
* senyum sampai ke telinga *
Senang tanggal,boleh letak atas tapak tangan lagi.
Tengok baking paper pun bersih.
Tapi deko itu...sangatlah......pelik.
Next time lebihkan meringue pada base. Masukkan sedikit saja dalam piping bag untuk deco.
Buat hiasan yang simple.
Cracks muncul dalam proses menyejuk- bermakna pavlova menjadi...yeay!
No comments:
Post a Comment