Friday, 20 June 2014

ENTRI 55 : RESEPI DONAT.

Pengisian : Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia boleh pecah.

Bismillah....


Jujur saya kurang pandai guna yis.
Beberapa kali terjadi yis tidak aktif. Tidak membuak.
Mungkin salah suhu.

Tapi memang tergoda betul bila tengok donat yang gebu-gebu mak ai.
Kita cuba saja lah.

RESEPI DONAT.
( uli tangan )

250 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil susu pekat/ susu tepung
1 biji telur gred A atau B
50 gm marjerin
( satukan semua bahan diatas )

105 ml air suam
50 gm gula pasir
1/2 paket yis mauripan.


  Tepung gandum 250 gram.


Bahan lain adalah garam halus,susu pekat, telur dan marjerin. Satu sahaja bahan yang saya tiada iaitu bread improver, tapi saya jalan terus.


   Yis, air suam dan gula.


  Satukan bahan-bahan kecuali yis.


Larutkan gula pasir kedalam air suam. Bila agak larut, masukkan yis. Kacau-kacau dan biarkan dalam masa 10 minit. 
Selepas itu, tuang kedalam bahan-bahan lain tadi. Adunan agak lembik.


Keluarkan kedalam dulang. Stand by sedikit tepung gandum dan tabur-tabur untuk memudahkan proses menguli. Tabur sedikit-sedikit dan uli-  hingga dapat keanjalan yang sepatutnya. 
Uli dalam masa 10 minit.


Tutup dengan tuala bersih. Biarkan selama 1 jam. 
Gambar yang dibawah menunjukkan setelah 1 jam- doh sudah pun mengembang. 
Sukahati betul.
Jadi!


Uli lagi untuk keluarkan angin. Doh akan mengecil semula. Cubit sejemput dan bentukkan bebola yang sama saiz. Ia akan mengembang lagi. Untuk adunan ini kita akan dapat lebih kurang 24 bebola. Tutup dengan tuala bersih sekali lagi -perap selama 1/2 jam.


1/2 jam kemudian, semakin kembang dan sangat lembut. 
Buatkan lubang ditengah dengan jari sahaja.


Biarkan sebentar. 


Makin lama dibiarkan, ia makin menggebu. Hati-hati angkat kerana ia sangat lembut dan bentuknya mudah mejadi herot.


Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana. Bila dah nampak bahagian bawahnya  brown baru terbalikkan. Goreng hingga brown. Toskan, letak atas tisu serap minyak.

Hiaskan.


Pagi lagi saya sudah siapkan chocolate ganache (sebab saya sangat suka donat bersalut coklat ).
Ada pula sedikit stok coklat putih.


  Buatlah design macamana pon.


Serlahkan kreativiti.


 Donat cara lama.
                                                     

Hias cara moden.



     

                         


 Lebih sedap sejurus digoreng sementara kulit luarnya masih garing.


Good job!
Memang puas hati dapat buat dan makan donat air tangan sendiri.



Sekian.


No comments:

Post a Comment