27hb. Jun 2020
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
Kek Sarang Semut.
Kek Sarang Lebah.
Kek Gula Hangus.
Ada nama lain lagi tidak?
Ini merupakan percubaan pertama, sebab sudah simpan azam, tahun hadapan mahu bawa balik kampung sewaktu raya.
Practice makes perfect..!
Macam-macam resepi ada dalam internet.
Pilih saja yang berkenan dihati.
Saya gamble pilih yang ini.
RESEPI KEK SARANG SEMUT.
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
( jadikan gula hangus)
1 cawan susu pekat manis ( suhu bilik )
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
(ayak bersama)
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega
Cara-cara:
Secawan gula pasir dan secawan air panas.
Tepung gandum, serbuk penaik (baking powder) dan soda bikarbonat.
4 butir telur ayam pada suhu bilik, esen vanilla dan mentega ( butter)
Secawan susu pekat.
Mula buat gula hangus. Proses buat gula hangus ini, lebih kurang 20-25 minit. Curah gula pasir kedalam periuk tahan panas, dan masak dengan api paling perlahan.
Serentak dengan itu, jerang air disebelahnya supaya mudah untuk proses seterusnya.
Tidak perlu kacau. Biarkan saja gula menghangus, cuma sesekali angkat periuk dan lenggangkan kekiri dan kanan supaya gula tidak hangus setempat. Biar gula cair semuanya dan mula menggelegak.
Bila gula sudah menggelegak, tuang air panas secawan dan masukkan separuh separuh kedalam gula tadi, hati-hati kerana wap panas akan meruap.
Kacau dan masukkan 2 sudu besar mentega. Tutup api. Biar mentega cair perlahan-lahan.
Ada resepi yang mengatakan,gula hangus ini mesti digunakan semasa masih suam. Resepi lain pula menyebut, perlu tunggu hingga sejuk.
Saya cuba yang pertama.
Tawakal saja.
Sementara itu, pecah telur kedalam satu bekas, masuk esen vanilla dan susu pekat manis. Gaul rata dengan spatula. Tidak perlu kembang.
Masukkan 1/3 tepung gandum yang telah diayak tadi kedalam adunan telur. Gaul rata dan ulang sehingga habis tepung.
Curah masuk gula hangus yang masih suam.
Tapis batter ini.
Kena perap selama 1-3 jam. Saya perap sejam sahaja.
15 minit sebelum habis masa perapan, panaskan oven.
Suhu pon ada macam-macam suhu yang saya jumpa. Saya cuma ikut naluri. Kebanyakkannya menggunakan suhu 170c. Saya ikut saja.
Redai (besi jaring dalam oven), letakkan bahagian paling bawah.
Tetapi setiap resepi berbeza-beza masa memasaknya. Pening juga kan.
Selama saya mem'baking', selalunya guna api atas bawah. Tapi untuk kek ini, ada api bawah saja. Ada resepi yang menambah masa dengan menukar suhu yang lebih rendah. Ada yang tukar api atas pula selepas itu.
Gamble sajalah.
Tetapkan hati.
170c selama 30 minit api bawah.
Kemudian tambah 20 minit, api atas bawah.
Kek nampak naik dengan cantik.
Sesudah 30 minit, ketika hendak menukar suhu, terpandang kek yang sebelah dalam, macam tidak sekata naiknya. Oven dibuka. Saya pusingkan untuk tukar kedudukan. Oh kek masih bergoyang, bermakna, masih belum masak.
Tukar pelan, on the spot!
Tidak jadi follow masa masak yang mula-mula tadi.
Saya guna masa memasak resepi yang lain.
170c selama 45 minit, api bawah
Kemudian tukar suhu 130c selama 15 minit, api atas sahaja.
Jadi total masa memasak kek adalah 1 jam.
Sudah pon sejam.
Cucuk dengan lidi sate.
Alhamdulillah...masak.
Tapi saya baru perasan. Saya lupa nak tukar suhu!
Jadi, sejam itu cuma bersuhu 170c...yang bertukar hanyalah api bawah ke api atas sahaja.
Hahaha.
Apapon, kek nampak elok. Patutlah nampak berkerak semacam!
Satu lagi, saya kehabisan baking paper.
Maklum sahajalah, sudah bertahun tidak mem'baking'.
Jadi saya cuma griskan loyang dengan mentega, dengan doa penuh di dada.
Bila kek sudah keluar oven, saya lalukan pisau disekeliling loyang, azab jugalah hendak keluar kek ini.
Pecah juga sedikit dibahagian bawahnya.
Tapi sebaik diterbalikkan, wah....cantik.
Syukur sangat.
Sangat kenyal, lembab dan lembut.
Ingatkan ini kek orang tua. Tidak sangka pula anak-anak boleh terima rasa kek ini.
Jika suatu hari nanti ada rezeki buat kek ini lagi, saya mahu cuba sejukkan sepenuhnya gula hangus dahulu dan perap adunan selama 3 jam. Mana tahu, sarangnya semakin menjadi.
Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.
No comments:
Post a Comment