Wednesday, 16 July 2014

ENTRI 64 : RAYA COOKIES : choc chips cookies

Pengisian : Barangsiapa yang berkawan dengan Al Quran...ia bertemankan punca kebaikan.

Bismillah.....


Sedap sangatkah sampai ada yang mahu menempah.

Saya gunakan resepi Chef Amir.
No wonderlah sedap.


RESEPI CHOC CHIPS COOKIES

250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 butir kuning telur

Bahan ayak:
300 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung

60 gm badam cincang
40 gm oat
250 gm coklat cips

Cara-caranya;


Macam biasa, panaskan oven 170c selama 20 minit. Jangan lupa lengserkan sedikit butter atau marjerin diatas dulang pembakar agar biskut tidak melekat. 
Panggang badam cincang pada suhu 160c selama 5 minit, atau boleh sangai saja dalam kuali.


Keluarkan butter dari peti sejuk dan biar ia lembut pada suhu bilik dahulu sebelum digunakan (saya biarkan hampir sejam ). Dadukan ia supaya mudah untuk diputar nanti. 
 Bagi yang mementingkan kualiti,gunalah pure butter.


Kita gunakan gula halus/kastor.
Boleh juga kisar gula pasir biasa hingga halus.


Guna juga gula perang. 


 Bahan kering ayak bersama- tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan susu tepung.


Badam cincang yang telah pun dibakar terlebih dahulu  pada suhu 160c selama 5 minit


Makan oat, baik untuk sihatkan jantung


Banyak juga chocolate chips ini, patutlah sedap.


Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga sebati sahaja. Tidak perlu sampai kembang . Bila sudah sebati, masukkan telur. Perlahankan speed untuk masukkan bahan kering. Masuk sedikit-sedikit. Bila batter mula memberat, matikan mixer- gunakan senduk kayu atau spatula.


 Badam cincang,oat dan coklat cip digaul bersama terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam adunan.


Jemput-jemputkan ia dan susun atas dulang pembakar, Tekan dengan belakang garfu bagi mendapatkan bentuk leper.


Bakar pada suhu 170c selama 18-20 minit. 


Lebar dan bentuknya tidak sekata.


 Sedap betul. Tapi saya rasa perlu seragamkan bentuknya.
Bentukkan bebola yang sama saiz.


 Barulah indah dipandang mata.




Resepi yang mesti dicuba.



Sekian.






No comments:

Post a Comment