Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....
Biasalah, hujung tahun begini, ramai sanak saudara melangsungkan perkahwinan/pertunangan.
Saya jadi agak sibuk, siapkan apa yang diminta.
Hari ini walau separa demam, masih in the mood hendak buat hantaran.
Sebelum angin itu terbang, baik saya terus take an action.
Dan Tuhan itu sangat sporting pada hambanya yang lemah.
Semua yang dirancang berjalan seperti yang dimahukan, alhamdulilah.
Tuala.
Macam-macam colour.
Yang normal size berwarna cream berharga RM16.90
The other 8, a little bit smaller berharga RM2.90 sehelai, so total RM40.10
Walau sudah tahu dalam kepala mak pengantin berlegar-legar mahu kuntuman roses, namun jiwaku membantah. Tidak mengapa kakak iparku. Akan kupastikan kau berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Bila melibatkan tuala, saya lebih suka buat bekas yang boleh sorokkan lebihan yang tidak kemas.
Jadi saya terus buat kotak berukuran 9x9x 3 1/2 inci. Setelah siap, bentang tuala yang paling besar. Balutkan kotak dengan kemas dan pastikan setiap bucu tajam. Sematkan dengan peniti mana yang perlu. Lebihan tuala itu akan digubah menjadi buah.
Ambil kertas suratkhabar bersaiz besar dan lipat dua. Gulungkan. Beri tekanan pada bahagian hujung dan longgarkan pada tengahnya, gunakan salotep untuk memberi bentuk yang tetap.
Ada macam bentuk pisang tidak?
Seterusnya ambil towel yang kecil. Cekup bahagian tengah dan ikat ketat dengan gelung getah. Terbalikkan dan masukkan gumpalan dari sehelai suratkhabar bersaiz kecil. Susun dan betulkan kedutan supaya tersusun cantik sebelum ikat bawahnya dengan getah atau dawai halus. Buat lagi dengan saiz yang sama. Actually saya buat saja tanpa rancang buah apakah itu.
Untuk towel berwarna hijau saya buat daun. Senang saja. Guntingkan bentuk daun dari kotak terpakai, balutkan dengan tuala ketat-ketat dan ikat dengan getah. Untuk sehelai tuala boleh dapat 2 helai daun bersaiz sederhana. Tuala yang sehelai lagi saya bentukkan buah .
Tuala pink. Alamak, buah apa hendak buat ni, try yang comel-comel pula.
Gumpal setengah helai paper saiz kecil banyak-banyak dan buat buah secara bergugusan. Saya ikat ketat dengan dawai halus.
Sehelai lagi saya bantai buat buah macam yang mula-mula.
It's time to assemble everything...
Nice.
Masa ini baru saya belek betul-betul,buat keputusan-buah purple akan ditransform jadi buah manggis. Yang hijau itu maybe buah jambu batu. Yang pink tu, sukahatilah apa-apa pun boleh.
Lepas itu pening kepala pusing satu rumah perhati apa benda yang boleh digunakan untuk realisasikan ia.
Rasanya kotak itu agak plain juga so saya hiaskan dengan reben warna senada.
Pisang oh pisang, puas memikir apa benda yang sesuai untuk kamu, last-last terfikir hendak guna labuci hitam dari balance renda. Kemaskan dengan pin berkepala hitam. Selesai.
Tangkai buah pula, kenalah proper, jadi saya tanggalkan kudup bawah bunga ros kecil dan letak pada permukaan atas buah jambu batu. Potong sedikit tangkai bunga dan pinkan dalam kudup tadi. Tekan bukannya senang, sakit jari mahu kasi jarum peniti tembus gumpalan paper dalam buah itu...
Buah manggis. Fikir punya fikir, terpaksalah kukorbankan daun yang ada pada jambangan bunga di rumah. Itu saja yang nampak suitable. Guna 2 helai yang paling atas saja. Ambil sedikit double sided, tampalkan pada belakang daun tadi dan tampal ditepi tangkai yang sudah dicucuk dengan peniti.
4 helai sudah ok. Buat pada kesemua 3 biji buah manggis jadian itu. Atur setiap buah dengan teliti, ubah kedudukannya sehingga berpuas hati.
Saya juga selitkan daun-daun hijau dari bunga artificial pada celah-celah buah untuk menghidupkan lagi suasana.
OK siap.
Kita tengok ending nya...
Nice.
Really nice!
Seronoknya semua berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah.
Semoga mak pengantin pun seronok sama walau tidak dapat kuntuman bunga ros idaman kalbu.
Sekian.
(kami sponsor tuala ini- jadi tidaklah salah ikut citarasa sendiri).
Lihat juga ; GUBAHAN TUALA BENTUK TEKO
:GUBAHAN TUALA BENTUK BUNGA
No comments:
Post a Comment