Monday, 22 May 2017

ENTRI 204 : GUBAHAN TUALA BENTUK BUNGA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



Sudah lama memendam hasrat, berangan sendiri hendak gubah tuala ke bentuk bunga bungaan. Lain dari kebiasaan. Rasanya boleh buat. Tidak mustahilkan. Cuma perlu berfikir diluar kotak.


Setiap gubahan sama ada hantaran perkahwinan, bunga segar atau tiruan- ada mukanya, bermaksud bahagian yang perlu dihadap kehadapan kerana itu yang akan memancing pandangan. Muka yang sudah sempurna tidak lagi perlu hiasan kerana ia sudah punya kekuatan tersendiri, malah eksesori tambahan kadangkala menjadikan visual keseluruhan kelihatan sarat. Apa yang perlu ditambah hias adalah bahagian belakang atau yang kurang kemas akibat lebihan kain / tuala dan sebagainya.

Ok bagaimana gubahan ini direalisasi?

Saya diberi sehelai tuala yang ada tertulis ' Selamat Bertunang'. Saya akan cuba sedaya upaya agar tulisan ini dinampakkan. Tuala kecil-kecil saya beli sendiri kerana dalam otak ini sudah ada macam-macam gambaran.


Cotton towel bersaiz 35cm x 75cm berharga RM 4.80 sehelai manakala tuala berpetak yang lebih kecil-hand towel bersaiz 24cm x 24cm berharga RM 18.95 sepeket yang mengandungi 12 helai.


Mula sekali, buat bekas untuk bunga. Saya buat dari kotak terpakai. Balut kotak yang sudah siap dengan tuala besar sekemas boleh dengan bahagian yang bertulisan dibiarkan menjadi lebihan. Pastikan setiap bucu adalah tajam. Untuk menampakkan tulisan, saya bentukkan love daripada dua keping kepingan kotak agar sedikit tebal, lebih bagus kalau gunakan gabus yang sudah sedia dipotong. Masukkan kepingan love kebahagian belakang tulisan dan ikat guna gelung getah.


Gunakan peniti supaya bahagian tuala dibahagian belakang kelihatan terik supaya bentuk love lebih terserlah.


Ambil hand towel yang berwarna pink. Hendak gubah bunga ros lah kononnya. Sudah siap atur elok-elok dipenjuru kotak.


Giliran tuala yang besar sedikit dan bersaiz memanjang ini pula. Saya guna kotak-kotak terpakai juga untuk membentuk kelopak-kelopak bunga. Tapi tidak tahulah apa nama bunga ini. Ikut saja gerak hati.


Tuala memanjang pink ini saya buat konon-konon bunga filler. Jenuh juga hendak menyiapkan. Kalau bunga diatas saya guna gelung getah, yang akan ada problem ternampak getah dari celah-celah sudut tertentu, kali ini saya cuba guna benang dari warna yang sama. Sudah boring dengan bentuk ini, bahagian hujungnya saya cuba gubah bunga lain pula. Belasah saja.


Tuala kecil berwarna kuning. Kita hentam saja!


Sebab tuala kecil-kecil ini banyak, jadi kenalah fikir macam-macam design. Letak pin yang ada kepala berwarna sebagai penyeri. Saya juga ada lebihan renda untuk menghias kotak.


Belek punya belek, macam tidak sesuai pulak ros ini, so saya keluarkan dan bentuk bunga yang ada kelopak. Baru match dengan bunga yang lain. Sehelai tuala memanjang hijau saya gunakan sedikit sebagai daun dan selebihnya dibentuk berombak untuk menutupi bahagian belakang kepingan love .

OK overall sudah siap.
Gandingan warna yang agak soft dan nampak full. Tidak perlu lagi bunga hiasan tambahan.


Untuk membuat sekuntum bunga bukan semudah yang disangka. Kena pandai adjust kedudukan kelopak dan samakan semuanya pada peringkat akhir. Juga susunan bunga-bunga juga perlu diadjust turun naiknya agar kelihatan balance.


Letak reben yang simple sebagai pemanis.





Semoga perkongsian ini membawa manafaat.

Sekian.

Lihat juga :GUBAHAN TUALA BENTUK TEKO
                 :GUBAHAN TUALA BENTUK BUAH

No comments:

Post a Comment