Pengisian :" Allah tidak menurunkan penyakit keatas hambanya melainkan bersama penawarnya..."
Bismillahirrahmanirrahim...
Mengimbau kepenghujung tahun 2011...kawasan tempat tinggal dikunjungi wakil TM- bagi mempromosi pakej jalur lebar dengan netbook (mini laptop ).Memikir keperluan anak-anak maka kami bersetuju melanggan.Ketika itu saya masih belum celik IT sepenuhnya,namun minat belajar mula berkobar.Kebetulan pula ketika itu,disana sini orang bercakap mengenai apam polkadot.Pergi kemana pun akan jumpa.Pelbagai bentuk dan perasa .Memang teringinlah membuatnya...tapi bagaimana?
Sesiapa ada resepi tolong bagi ....
Alah kak...dah ada internetkan? Google jer lah...
Tak pandai.
Boleh kak...belajarlah..bukannya susah.
Begitulah ceritanya.
The best part is - saya memang tak pernah buat kuih,hatta seketul kuih raya pun.! (sudah 7 tahun saya berkahwin ketika itu).
Perlahan lahan saya belajar mencari resepi dalam internet.
Sangat banyak.
Sangat detail.
Resepi pertama.
Kelakar juga-dot-dot dibuat pakai belakang sudu!..Asalkan boleh. Masa itu belum kenal piping bag. Kemudian semangat saya jadi lain macam...semua nak dicuba sampai Mr. Suami naik seram kerana terpaksa membiayai projek yang belum pasti untung-ruginya!
As time goes by...dah mula kumpul skil. Ruangan step by step dalam blog-blog masakan memang banyak membantu.
Jika ikut arahan dan tips dengan betul,pasti hasilnya sangat memuaskan.
Apam Ladybird bersama jiran sebelah rumah.
Untuk mahir perlukan banyak latihan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment