Pengisian : Manusia tidak akan terlepas dari pencinta yang memuji dan musuh yang mengeji
Bismillah..
Majlis berlangsung dengan lancar walau berskala sederhana namun meriah dengan kehadiran sanak saudara mahupun jiran tetangga. Saya tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan jiran-jiran, kerana saya masih baru di situ. Sebelum ini saya tinggal dengan mertua selama 7 tahun dan alhamdulillah dengan izin Allah dapat kami miliki rumah sendiri walau sedikit jauh.
****
" Nak akak tolong buat hantaran ?"
" Akak boleh buat?boleh lah,kita gotong royong..." mesra saja tuan rumah itu melayan.Dia masih muda dan anak-anaknya juga masih kecil. Lalu saya pun buat satu gubahan dan satu lagi sireh junjung.Yang lain,tuan rumah buat sendiri (tuan rumah merupakan ibu saudara kepada gadis yang bakal bertunang). Selepas jiran-jiran melihat hantaran saya, mereka ada bertanya,
" Akak belajar kat mana buat hantaran ni.... ?"
" Eh tak adalah,belajar sendiri je" saya menguntum senyum.
(betullah tu...nak belajar kat mana pulak buat hantaran-hantaran ni?..Ada sekolah offer kursus gubah-gubah ni ke ? kalau ada pun..manalah saya tahu..)
Mereka diam sahaja sambil mata meliar memerhati setiap hantaran yang disusun berbaris di ruang tamu yang agak sempit itu. Perlahan-lahan saya melangkah keluar kerana hawa didalam semakin panas.
" Aleh...kau percaya ke dia tak belajar kat mana-mana " satu suara di belakang saya terbisik-bisik namun saya masih dapat menangkap buah butirnya.
" Ha'ah!mesti ada tu..." sampuk seorang lagi. Perasaan saya ketika itu?..Mmm tipulah kalau saya tak berasa apa-apa,cuma saya bukan jenis orang yang suka memanipulasi keadaan. Diam itu lebih baik.
Selepas insiden itu mereka mungkin memandang saya dengan pandangan yang sedikit berbeza.Masakan tidak -dengar lagi perbualan lain di tempat yang lain pula,adakah mereka orang yang sama?
Entah!
" Akak belajar kat mana jahit langsir ni...cantiklah pattern ni.."
" Alah, belajar sendiri je.." saya menjawab selamba,as always.
Yang mereka tak tahu adalah,saya adalah seorang bekas 'designer' !
Untuk mengelak stress diumpat jiran,ada baik kita buat gubahan.Yang ni,saya belajar kat mana?
Sudah gaharu cendana pula.
*****
Kenapa 'Cabaran' ?
Ada 2 sebab.
Sebab 1 : Gabus hantaran siap dihias bunga dan senaskah AlQuran telah disediakan..Bermakna..ruang untuk menggubah adalah sangat terhad memandangkan sejadah bersaiz besar dan mengambil ruang.
Itu sangat mencabar!
Sebab 2 : Cabaran terpaksa disambut memandang yang menghantar sejadah adalah antara jiran dalam perbualan diatas!
Dengan hati yang bersih,saya mulakan dengan bacaan Bismillah..
Barang utamanya,sehelai sejadah,senaskah Al Quran dan gabus yang telah dibalut dengan pembalut berwarna grey ,dililit sekelilingnya dengan renda hitam ngelip-ngelip,beserta deretan bebunga di penjuru sebagai alas hantaran.
Ini adalah barang asas untuk saya bertukang. Kali ini saya gunakan kotak terpakai,gunting,jarum peniti dan glue gun.
Step 1 : Ukuran alas hantaran adalah 10 x 10 inci-Jadi kita kena buat sesuatu yang lebih kecil dari itu beserta ruang sekeliling sebagai border untuk kelihatan kemas. Dan saya rasa saya mesti menyumbat sejadah tersebut kedalam sebuah kotak untuk menjimatkan ruang.
Step 2 : Sediakan kotak dan buat kiraan .Kita akan membina sebuah kotak lain berukuran 7 x 7 inci..
Tingginya 3 inci.
Step 3: Gunting dengan cermat.
Step 4 :Gam pada tempat-tempat yang sepatutnya.
Step 5 : Letak kotak dan acu di atas gabus.
Step 6 : Letakkan kotak ke atas sejadah yang telah diterbalikkan,lebih kurang pada kedudukan 1/4 dari sejadah tersebut.
Step 7 : Masukkan lebihan sejadah masuk ke dalam kotak. Buat dengan kemas.
Step 8 : Masukkan bahagian kiri dan kanan sejadah kedalam kotak. Keadaan di dalam kotak kelihatan sedikit sesak dan berasak-asak.
Step 9 : Lebihan sejadah harus dikemaskan.
Step 10 : Hujungnya dilipat dengan ukuran yang sama kalau tak sama,buat semula.
Step 11 : Sedaya upaya bawa lipatan berbentuk kipas itu kehujung kotak supaya di hadapannya boleh diletakkan Al Quran.
Siap.
Bucu kotak mesti tajam.
Gubahan yang ringkas dan kemas.
Menggubah itu mendatangkan kepuasan.Apatah lagi jika dapat menyenangkan hati tuan punya hantaran. Mungkin ada jiran akan berkata..." alah..bukannya cantik sangat pun.." Tidak mengapa. Suruh saja dia pula buat di lain kali.
Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Janji hati kita bersih dan ikhlas menolong.
" Berapa ni.?"
" Tak payahlah...saya tolong je..."
" Iya?...tima kasih je lah....kau ni selalu macam tu.."
Sekian.
No comments:
Post a Comment