Monday, 21 April 2014

ENTRI 16 : EMAK DAN POKOK.

Pengisian : Bahagiakanlah keluarga kita sebelum kita membahagiakan orang lain.


Bismillah...










      "Pergi petik buah ciku..." arah emak. 
Tanpa sebarang bantahan,saya terus pergi.
Pantas memanjat pokok ciku yang 4 batang di halaman rumah. Ini sudah tentu nenek dan adik-adik
emak akan datang petang nanti. Kadang-kadang mereka menaiki bas. Jika adik ipar emak yang bekerja di jabatan haiwan itu ada kelapangan,maka mereka akan datang berkereta pula.
Buah-buah ciku bergantungan begitu banyak sekali. Memang sedang musim! Saya memilih buah yang tua saja untuk dipetik. Manis sekali bila sudah masak.
    Sekejap saja tugas memetik itu selesai.Adakalanya saya perlu membasuh buah-buah ciku ini dengan sabut kelapa. Kemudian menjemurnya dipanas matahari agar cepat kering. Buah-buah ini perlu diperam dalam periuk selama 3 hari, barulah ia masak dan baunya mengharumkan satu rumah. Emak pula sedang sibuk meninjau-ninjau ke belakang,mana tahu pokok jering ada buahnya. Dapat saya  bayangkan bonet kereta pakcik Seman akan penuh dengan guni berisi buah ciku dan jering. Saya pernah melihat jering-jering ini dimasak dalam periuk dan dicampur dengan bahan seperti tempurung kelapa, daun jambu batu dan macam-macam ramuan lain bagi menghilangkan rasa pahit dan supaya ia lembut. Barulah sedap dimakan bercicahkan kelapa parut bercampur gula. Memang sedap. Bila tiba musim rambutan,tugas saya akan beralih ke pokok rambutan pula.
   Walaupun saya seorang kanak-kanak perempuan,tidak pula kedua ibu bapa saya risaukan keselamatan anaknya ini sewaktu operasi panjat memanjat. Sedikit pun tidak! Sebagai anak sulung,semua saya boleh buat! Sesungguhnya anak kampung dulu sangat lasak dan sangat berdikari. Malah ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan untuk kami meneroka keseluruh ceruk kampung. Mainlah puas-puas. Yang penting sebelum petang mesti pulang untuk ke kelas mengaji pula.

       " Long! "...
       " Oii..kat mana kau ?suara adik kedua saya bergema mencari-cari.
Setelah puas memerhati dia dari atas,saya mula menggoyangkan salah satu dahan perlahan Dia nampak saya! Tersenyum sambil melangkah ke arah pokok rambutan bersebelahan pokok saya sedang bertenggek. Berhati-hati dia memanjat dan mula mencari 'pot' yang sesuai...Kami sama-sama ketawa,sambil tangan memetik buah rambutan yang sedang masak ranum. Saya membaling kulit rambutan gading yang isinya sungguh tebal sekali ke arahnya manakala dia pula membalas membaling kulit buah rambutan merah .Itulah  senario yang selalu berlaku setiap kali tiba  musim rambutan. Pokok-pokok rambutan yang lebih dari 8 batang itu ditanam abah ketika mula mendiami tanah ini .Tidak pernah dijual buahnya. Untuk makan sendiri dan yang selebihnya disedekahkan kepada saudara mara serta jiran tetangga.

Di satu hari yang sunyi pada waktu yang lain pula....
.
 BERDEBUPP
Awww!!!..
Mata melangit memandang dahan terakhir tempat saya berpaut tadi. Ceh memalukan saja.
         Bingkas bangun sebelum dinampak orang. Sehingga kini tidak seorang pun ahli keluarga saya tahu kejadian jatuh dari pokok jambu batu tepi rumah pada ketinggian 3 meter!
Bersyukur betul kerana tiada sebarang kecederaan.

******

   " Dah sapu halaman ??"
" Belum..."
       " Apasal tak sapu lagi?..Kau tak nampak lagi bla...bla...bla...bla "  emak mula berleter!
Saya dan adik kelam kabut mencapai penyapu lidi masing-masing dan mula membersihkan daun-daun ciku yang tebal bertaburan di sekeliling halaman rumah...Tugas dibahagi 2. Saya ambil kawasan hadapan yang melibatkan 2 batang pokok manakala dia pula yang selebihnya. Itulah rutin kerja kami pada setiap hujung minggu.
Budak kampung.

*******

Emak sangat suka menanam .Persekitaran halaman memang berseri dengan landskap indah ciptaannya.


   Petua elak rabun,selalu tengok tumbuhan hijau

                            
 
                                      
 
                                       

                                  
Tanaman membekalkan oksigen.

                                           

                                      

                                   

                                   

                                        
 Perlu minat yang mendalam.

Selain membekalkan oksigen, ia juga sentiasa berzikir kepada Allah.
Kita?
Respect lah pada tumbuh-tumbuhan kerana mereka mahkluk Tuhan yang sangat taat.
Tangan emak sejuk.
Tanam apa semua jadi.
Tangan saya sebaliknya.


Sekian.

No comments:

Post a Comment