Pengisian : Celakalah untuk setiap orang pengumpat dan pencela
Bismillah...
Ini bukan siaran ulangan.Ikuti perbualan di bawah dan anda akan dapati apa kaitannya.
" Kau dah cari resepi kuih XX yang makcik suruh cari tu ?"
"Alah sekejap je nak cari tu makciik..." ..si makcik kelihatan tidak sabar sabar dan saya masih hairan kenapa dia asyik meminta dari saya sedangkan setiap anaknya masing-masing punyai internet.Adakah mereka tidak kuasa hendak melayannya yang macam macam itu atau sayakah yang terlalu baik-kerana bila minta pagi-petang cornfirm dia dapat..Walau kekadang dalam hati saya seakan meradang tetapi sedaya upaya ikhlaskan hati,dengan niat semoga Allah akan melepaskan segala hajat saya pula..
" Hari tu makcik ada minta resepi kuih dari Dak K..sampai sekarang tak dapat.dapat.."..adunya.Muncung memanjang as always.Saya terdiam.Teringat beberapa hari sebelum itu,patutlah K ada datang mencari saya,kelihatan seperti sedang dilanda masalah.
" Kak! Saya nak tanya pendapat akak."...dia akhirnya bersuara.
" Ala Kak..makcik kepoh tu ada minta saya resepi kuih XX...macamana ni..??"
" Bagi sajalah......apa yang susah?.."...ujar saya.
" Mana boleh kak.Itu punca rezeki saya,banyak orang order..Mana boleh dia nak jual kuih yang sama. Carilah kuih lain..."..terangnya dengan suara yang gusar. Saya terdiam.Dalam hati saya beristighfar panjang......
Pelik. Persoalannya....KENAPA? Kenapa boleh berfikiran begitu? Kenapa menganggap itu periuk nasi sendiri sedangkan rezeki itu milik Allah. Kenapa berkira? Tidak mahu berkongsi dengan yang lain?
Marah ni.
Bagi saya,baik makcik kontroversi yang selalu muncul diblog ini,mahupun Dak K itu.-sama sahaja.Mereka sungguh banyak persamaan yang mereka sendiri tidak perasan!
Moral of the story?...Berkongsilah apa jua ilmu yang ada supaya dapat dipanjangkan manafaatnya.dan sudah tentu pahala yang berterusan akan kita dapat selagi ilmu yang tersebar itu digunakan dengan sebaiknya..Yang penting..jiwa kita akan lebih tenang kerana dapat menolong orang walaupun tidak sebesar mana ..Tak pernah dengar ADA...BERI...DAPAT..?..Memang sangat betul bagi orang yang faham maksud tersirat..Wallahualam.....
Okeh,pelajaran pendidikan moral sudah selesai.Kita masuk pula kelas memasak . Bangun semua,beratur...masuk dapur!
Resepi inti karipap (inti kentang )
5 biji kentang sederhana besar
2 inci lobak merah
1 labu bawang besar
(semua di atas dipotong dadu..)
1/2 cawan daging (dadukan kecil-kecil )
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cm halia (tumbuk halus )
1 tangkai daun kari
1/2 sudu besar garam halus
1 1/2 sudu besar gula perang
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sudu besar kicap masin.
Perlu diingatkan bahawa resepi ini adalah versi saya..
Serbuk kari...bersama sedikit serbuk kayu manis
Daging didadu bersama sedikit halia yang ditumbuk lumat.
Bawang dadu bersama daun kari.
Kentang dan lobak merah didadu.
Bila bawang, halia dan daun kari dah naik bau,masuk serbuk kari.Saya tidak buat pes (tak gaul serbuk kari dengan air). Bila naik bau kari tanda dah cukup garing,masukkan bahan seterusnya.
Masuk daging yang telah didadu kecil..
Biarkan daging keluar air, masukkan 2 mug air dan 1 ketul kiub ayam.Biar mendidih -tambah air jika daging belum empuk.
Dalam masa 20 minit,check samada daging betul-betul empuk.Jika masih liat tambah air lagi.
Jika daging sudah lembut.masukkan kentang dan lobak merah. Tambah air untuk pastikan kentang empuk sempurna..
Reneh sampai inti kentang hampir kering.Dah boleh matikan api.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Terpulanglah,hendak terus guna atau disimpan dalam petisejuk.
Ikut kesukaan jika hendak letak hirisan daun sup/bawang atau daun ketumbar.Saya pernah menonton di TV beberapa tahun lepas,seorang hambaallah yang keluarganya menjalankan bisness karipap...katanya dia suka letak kicap manis dalam inti karipap,sebab jadi lagi sedap.Mungkin jika sudah guna kicap manis,tidak perlulah letak gula. Saya pula tidak biasa gunakan kicap manis.Ikutlah kesukaan masing-masing.
Sekian.
No comments:
Post a Comment